IKLAN

Khamis, 7 Julai 2011

SIAPAKAH MAKHLUK YANG IMANNYA PALING MEMPERSONAKAN?

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...
Dini hari di Madinah Al Munawwarah.
Kusaksikan para sahabat berkumpul di masjidmu. Angin gurun membekukan kulitku. Gigiku gemertak. Kakiku tergoncang....
Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka. Engkau datang, ya Rasul Allah. Kupandang dikau...

Rabu, 6 Julai 2011

UKHUWAH BERPAKSIKAN IMAN

Sebuah cerita tentang ukhuwah
+++
Suatu hari, ketika Badar mulai sunyi daripada huru hara peperangan yang akhirnya mengoyak kejahatan dan memenangkan kebenaran, ‘Abdurrahman ibn ‘Auf mengiring lelaki tampan dan ranggi yang terbelenggu itu. Dia membawa lelaki itu dengan berhati-hati dan lembut tanpa melepaskan genggaman pada ikatannya. Mereka menuju ke arah lelaki yang berwajah mirip dengan si tawanan. 
Sangat mirip. 

Selasa, 5 Julai 2011

KISAH SEORANG ULAMA DAN PRAMUGARI

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Isnin, 4 Julai 2011

BETUL KE TIDAK?

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Ahad, 3 Julai 2011

RASULULLAH YANG DIRINDUI

Kerinduan Umar r.a kepada Rasulullah s.a.w


Diriwayatkan bahawa pada suatu ketika,setelah Rasulullah s.a.w meninggal dunia, terdengar Umar bin Khattab r.a menangisi baginda s.a.w sambil berkata:

"Demi ayah dan ibuku, wahai Rasulullah, dahulu hanya sebatang pokok kurma kau jadikan sandaran berdiri apabila sedang berkhutbah.Kemudian ,ketika orang semakin ramai, engkau pun menggunakan mimbar agar mereka dapat mendengar seruanmu.Maka, merintihlah pokok kurma dengan perasaan sangat sedih kerana berpisah denganmu.Lalu kau letakkan tanganmu di atasnya, sehingga ia pun tenang kembali. Jika sebatang pokok kurma pun begitu, apatah lagi umatmu, tentulah lebih layak merinduimu ketika kau berpisah dengan mereka."

IKLAN 3