IKLAN

Jumaat, 24 Ogos 2012

Sanggup menyalin Al Quran

Assalamualaikum wbt


SubhanaAllah, a moving picture of a young man in Africa copying some lines of the Quran from the ONLY Quran in the ENTIRE village. They stand in line just to copy few lines each day...





KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL



Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.


Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.


Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

http://www.facebook.com/ansuranumrah


Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.


Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.


Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.


Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.


Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.


Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.


Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
 
SUMBER 

Best Friend Forever

 Assalamualaikum

Anda semua dah jumpa best friend forever? Kalau belum , ini saya beri contoh bagaimana yang boleh kita katakan BFF itu

 

Bersahabat dan tertawa ketika hidup, kemudian keduanya gugur tersenyum sebagai syuhada insya Allah keduanya tertawa di Jannah..
mereka adalah para pejuang di Suriah yang melakukan perlawanan terhadap rezim bashar al asad.

Nasihat baik 2

Assalamualaikum wbt




Kadang-kadang ada binatang yang menghampiri kita seperti dirumah kita itu sebenarnya untuk menguji kita, samada bersyukur dengan nikmat Allah atau tidak... Juga sebagai menguji keimanan seseorang itu... Perbanyakkan amal kebajikan lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini... Berilah makan pada mereka dari tangan-tangan kalian, agar menggugurkan dosa-dosa tangan yang terlampau banyak...
Sesungguhnya Allah Amat Kasih Kepada HambaNya Yang Sentiasa Mengasihi MakhlukNya Yang Lain...
 
 
Banyaknya Binatang Pada Hari Ini Tidak Takut Pada Manusia... Kerana Kebanyakan Manusia Itu Tidak Takut Pada Penciptanya...
 
Sesungguhnya Dalam Suatu Hadis Nabi Muhammad SAW Bersabda, "Aku Berbangga Pada Hari Akhirat Kelak Kerana Aku Mempunyai Paling Ramai Umat"... Lalu Apakah Kita Semua Mahu Nabi Berbangga Dengan Ramai Umatnya Yang Di Antaranya Terdiri Dari Kalangan Kita, Sedangkan Kita Semua Tidak Seperti Umat Yang Disangka-Sangkakan Oleh Baginda SAW...
 
 
Sumber:Dipetik dari kata2 ustaz Azhar Idrus
 
 
 
 

Rabu, 22 Ogos 2012

Amalan Sambutan Raya yang disarankan dalam Islam

Assalamualaikum 

Semoga EID  MUBARAK kali ini akan lebih mendekatkan kita dengan pencipta kita. :)














Sumber:Facebook Ustaz Azhar Idrus

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Pengadang Baru

Assalamualaikum..

Nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus  di Masjid Pengadang Baru. (11/07/2012)

- Kitab Hidayatul Sibyan -


Perkara sunat selepas solat
1. Perkara sunat yg dilakukan selepas solat jika tak buat tak dosa pun,oleh kerana dosa kita ni byk maka kita buatlah..sekurangnya boleh ringankan dosa kita.

2. Sunat berwirid bersama imam sampai habis,tak wajib..tp hormatilah majlis. Nak baca wirid sendiri pun tak salah tp jgn la baca dgn kuat,baca dgn perlahan je..

3. Kalau ada kerja boleh b'wirid semasa bgn dr tempat solat selepas selesai berjemaah dgn imam.

4. Sunat letak tangan kanan atas ubun-ubun dan dibaca doa,dan lurutkan tangan ke muka,kata ulama ubun-ubun adalah 1/4 dari kepala..

5. Sapu muka ada khilaf,ada ulama kata sunat dan ada jugak yg kata tidak..sapu atau tak solat tetap sah.

6. Orang lenim byk ceduk ilmu agama dari laman web,blog dan facebook,sampai t'sorok hukum yg ada dlm kitab-kitab lama..pahtu hentam pulak hukum orang yg sapu muka lepas solat,kata bidaah.

7. Perkara kecil yg khilafiyah dan tidak dicela syarak mereka pakat hentam,perkara besar mcm hukum hudud mereka senyap je..jadilah ulama kerajaan sekular..

8. Ulama sekular ni sesat,marah pulak bila dgr Parti Ikhwanul Muslimin Mesir menang pilihanraya..dikatanya parti ini parti komunis.

9. Doa yg dibaca atas ubun ini utk elakkan keluh kesah dlm kehidupan,rasa tak puas hati dan dukacita..b'dukacita dgn ujian Allah ni Allah tak suka,tp kalau b'dukacita bila umat islam ditindas tak mengapalah..

10. Jangan berdukacita dgn perkara dunia,walaupun kita ni susah tp masih ada lg orang yg lebih susah dari kita. Dunia adalah penjara bg orang yg beriman.

11. Kalau dunia ni utk org yg beriman maka tok imam dan tok bilal lah jd org yg paling kaya.

12. Tok bilal yg azan 5 kali sehari dpt bayaran kecik je..kalu penyanyi nyanyi 1 lagu je pn,dibayar ribu-ribu.

13. Dunia ini adalah syurga utk orang yg tak beriman dan lawan islam..

14. Wirid dan zikir yg dibaca lepas solat tak mengapa nak baca yg kita sendiri atau yg diajar ulama,tp yg t'baik adalah wirid yg diamalkan Rasulullah.

15. Jgn ngaku la zikir kita ni yg t'baik,zikir guru kita yg t'baik..kerana yg t'baik itu dtg dr nabi.

16. Nabi tidak pernah m'baca wirid yg sama tiap kali solat..jd ikutla nak baca wirid yg mane dulu,buleh belaka..

17. Boleh b'tasbih sbyk 11 kali atau 33 kali,semuanya ada sandaran..tiada ulama yg larang.

18. Nak wirid panjang-panjang pun lg bagus,tp hayatilah wirid yg dibaca itu. Gunakan dlm kehidupan,jgn takut pada orang..ni sapa nk gi kuliah pun takut,bimbang kne potong nama,rezeki kita Allah dah jamin..semua rezeki datang dariNya.

19. Islam ini ibarat roda,kadang diatas kadang dibawah..susah atau senang biarlah tetap b'sama islam.

20. Kita bertuah kerana tak dilahirkan pada zaman Nabi,belum tentu kita ni akan jd sahabat Nabi kalau ada pada masa tu..kena molek jd orang Abu Jahal.

21. Ni gok sapa nok dekat ngan ustaz-ustaz pun takut,nak minum air b'same pun bimbang..takut kena tukar,gaji seribu dua je padahal,orang jual kat pasar malam lg mahal gaji dari mu,tak takut pun.

22. Sesuatu rezeki itu belum tentu jd milik kita,kena molek yg ada dalam perut dah pun blh muntah keluar lg,mu nak bimbang mende kalu rezeki tu dah memang tetap utk mung..rezeki-rezeki ni adalah perkara yg beri manafaat utk kehidupan.

23. Kaya tak salah,kaya jugak tak jahat..tp yg jahat itu adalah perbuatan manusia itu sendiri. Kaya tp cari agama lg baik daripada miskin tp tak sedar diri,orang ngajar agama pun tak gi..


Selamat membaca dan mengamalkannya

Wasalam

Kenali umur Nabi-Nabi kita


Assalamualaikum wbt

Ini adalah pesanan daripada Ustaz idola saya.....jom kita baca

Umur orang yang kita sayang biasanya kita tahu dan ingat, tapi adakah kita tahu umur para nabi? Baiklah, hari ini yang tidak tahu akan tahu, yang dah tahu sebarkanlah kepada teman lain :)

*umur umat Nabi Muhammad saw di antara umur 60 hingga 70tahun.
 
 share dan like banyak2 selepas awak semua baca eh

sekian wasalam

Selasa, 21 Ogos 2012

Abang Track Bottom Oren

Assalamualaikum wbt


Kepada pendengar setia Radio HOT FM nama Abang track bottom oren menjadi sebutan semenjak dia menjadi mangsa panggilan hangit FBI.Menariknya FBI gagal menghangitkan ATBO kerana sepanjang panggilan hangit berlangsung ATBO hanya ketawa terbahak-bahak tanpa sebarang riak untuk melenting walaupun FBI memaklumkan kepada beliau seluar raya beliau telah salah potong hingga paras lutut




Untuk menghangatkan suasana menjelang raya......HOT FM AM crew pun bawak ATBO masuk studio





Antara komen2 yang saya baca di FB HOT FM

bila sya dn teman sya mndgr paggilan hangit ni td d keta smpai trkluar air mata mndgrnya..sungguh2 lh lucunya..

 Hahahahaha.... Lawak yang paling lawak... Rugi x dengar radio pagi tadi

abg oren mmg best mcm AMkrew. ..pagi yg indah. ..saya yg ada dlm kete pun ketawa terbahak2...

tergelak 1 opis.. dgr semula panggil hangit tu...memang terbaik..

Terbaik~ thumbs up 2 HOT FM

Iklan Raya Terbaik 2012

Assalamualaikum wbt

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog di Malaysia...hari ni sudah masuk hari ke-3 kita meraikan lebaran :) Sekejap ja kan masa berlalu.


BTW jom sama2 menonton iklan raya BERNAS 2012 yang sangat tacing


Sambil2 tu kita berkenalan dengan Adik Fizi dan Ahmad yang comel dan bijak ini dengan lebih dekat lagi.Meh layan foto2 cun diorang





InsyaALLAH lepas ini kehidupan Adik Fizi dan Ahmad akan berubah kerana terdapat Dua orang doktor yang ingin membantu mereka secara sukarela (berdasarkan apa yang saya dengan di radio HOT).Alhamdulillah itulah hikmah RAMADHAN buat mereka... Syukur

IKLAN 3