IKLAN

Sabtu, 6 Ogos 2011

PUASA TETAPI TIDAK BERSOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
Saya mendapat soalan mengenai orang yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Banyak fatwa ditemui dan pelbagai ragam fatwanya.
 
Ini semua berpaksi kepada hukum meninggalkan solat dengan sengaja. Apakah jatuh kafir atau tidak. Sebahagian menyatakan hanya jatuh kafir jika menolak kewajipan solat, dan berdosa besar meninggalkannya jika masih beriman solat itu wajib. Sedangkan ada sekelompok ulama yang lain berpegang meninggalkan solat dengan sengaja jatuh hukum sebagai kafir tidak kira seseorang itu menolak kewajipan solat atau tidak.
 

ISTILAH BABI DALAM PERUBATAN

Sangat berguna untuk anda...

Untuk dikongsikan bersama.
Mudah-mudahan ada manfaatnya..
Emel asal ini dari seorang Pakar Farmasi..

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jumaat, 5 Ogos 2011

PUAS JAYAKAN WATAK LELAKI/WANITA IDAMAN DALAM KETIKA CINTA BERTASBIH

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my
pix_middle
BIARPUN karier seni di Indonesia baru bermula, lakonan mantap Kholidi Asadil Alam, 22, dan Oki Setiana Dewi, 22, sebagai bintang utama filem dan sinetron popular, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) nyata berjaya melonjakkan nama dan populariti mereka.

Khamis, 4 Ogos 2011

BERSATU DI KELAS AGAMA

http://www.kosmo.com.my/




PERTEMUAN di kelas agama ternyata telah memberi satu wadah perjuangan baru kepada beberapa bekas ahli tiga buah kumpulan yang sememangnya cukup popular dengan lagu berentak R&B dan Soul.
Jika sebelum ini kebanyakan lagu-lagu mereka lebih menjurus ke arah mencintai wanita, kini lagu-lagu yang dipersembahkan adalah lebih kepada mencintai Allah dan Rasulullah.
Itulah yang kini diperjuangkan oleh Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge)

AKIBAT PARKIR DI LALUAN BASIKAL

ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk  menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram.
ZUOKAS menaiki kereta perisai untuk menggelek kereta Mercedes yang diparkir secara haram. 

BERTUAH MENJADI UMAT MUHAMMAD

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Rabu, 3 Ogos 2011

SUKAR UNTUK CAKAP TAK TAHU

Teringat akan pengalamanku ketika Form 6 dahulu, perkara ini terjadi selepas aku menjadi imam terawih di masjid kawasan Kok Lanas. Selepas tamat solat terawih pada malam itu ada seorang makmum bertanya kepadaku : "Tak salah ke kalau baca Surah al-Fatihah ketika imam juga baca al-Fatihah ?"
Fuh! terkial-kial aku nak fikirkan jawapan untuk soalan makmum tersebut, itulah kali pertama aku ditanya dengan soalan furu' macam tu. Memang pening aku dibuatnya ketika itu tetapi aku buat-buat seolah-olah aku tahu jawapannya.

Selasa, 2 Ogos 2011

SOLAT TARAWIH 3

Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
a) Hukumnya sunat Muakkad (yang
sangat dituntut) dikerjakan oleh orang - orang
Islam lelaki dan perempuan
pada tiap-tiap malam bulan Ramadan
sama ada secara berseorangan atau
berjemaah.
b) Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan
lain-lain tempat sembahyang orang - orang
Islam.

Ahad, 31 Julai 2011

SOLAT TARAWIH 1


Dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
 
“Barangsiapa yang mendirikan sembahyang
(Tarawih) pada malam bulan
Ramadan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan maka Allah ampunkan segala
dosanya yang telah lalu.”(Riwayat Muslim)

SOLAT TARAWIH 2

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa dibulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam diMalaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.

IKLAN 3