IKLAN

Khamis, 5 Mei 2011

DISIPLIN PELAJAR, DI MANA SILAPNYA?

 Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan pelajar ialah rumah,persekitaran, rakan sebaya dan media massa namun faktor yang terpenting ialah ibu bapa

Ibu bapa zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya masing-masing.Kuantiti masa mereka adalah  sangat terhad.Ada yang hanya dapat bertemu dengan anak mereka pada waktu malam sahaja.Jadi kanak-kanak tersebut membesar tanpa kawalan dari ibu bapa. Mereka bebas membuat keputusan tentang apa yang mereka ingin lakukan tanpa perlu merujuk kepada kebenaran ibu bapa masing -masing. Antara aktiviti popular yang menjadi pilihan kanak-kanak ialah bermain video game,play station, melayari internet dan berkawan dengan sesiapa sahaja yang mereka inginkan.Aktiviti tersebut akan membentuk sikap mereka pada masa akan datang

.Mereka akan menjadi orang yang agresif,suka berkhayal, nakal,dan menjadi kanak-kanak yang suka memberontak.Kebiasaannya sikap mereka yang suka memberontak diterjemahkan melalui perlakuan agresif mereka di sekolah.Ini adalah kerana di sekolah terdapat ramai kawan-kawan dan mereka boleh menunjukkan kehebatan meraka dihadapan kawan-kawan.Diantara pelajar yang menjadi mangsa tunjuk perasaan mereka ialah kanak-kanak yang lemah dan tidak melawan.Dia akan menjadi bahan untuk dibuli .

Menurut pemerhatian saya kanak-kanak tersebut juga gemar merosakkan peralatan sekolah contohnya merosakkan kerusi meja, menendang pintu, merosakkan pasu,meletakkan cap tapak kasut pada simen dan lain -lain lagi

Perbuatan kanak-kanak sekolah rendah yang saya tidak dapat bendung ialah membuang sampah di dalam bilik darjah.Bilik darjah mereka dijadikan tapak pembuangan sampah.Buku-buku latihan dikoyak dan dijadikan kapal terbang kertas dan ada yang sengaja menconteng dan kemudian menabur kertas-kertas tersebut di merata pelusuk kelas.

Pendek kata sikap kanak-kanak tersebut adalah kerana keinginan mereka melakukan perkara-perkara baru tanpa memperdulikan kesan kepada orang lain







Rabu, 4 Mei 2011

Permasalahan Pelajar

Saya hanya dapat menghabiskan tugasan pada pukul 5 petang untuk pulang ke rumah..... hari yang sangat sibuk..... walaupun kelas hanyalah 2 jam namun Guru Besar telah mengadakan mesyuarat selama 1 jam. Banyak permasalahan yang dikupas .Semuanya adalah berkaitan dengan masalah disiplin pelajar.... bermula dengan punca.... apa yang berlaku... diikuti dengan bagaimana cara menangani masalah.. semua cuba diselesaikan bersama dalam mesyuarat yang diadakan......

Kebisingan, kenakalan, sikap pelajar yang suka membuang sampah merata-rata merupa antara isu yang kami fikirkan puncanya.setelah berkali-kali nasihat diberi namun pelajar masih menunjukkan sikap yang  negatif...

sekiranya tiada guru maka bertambah hebat perlakuan pelajar.Semua ingin menjadi raja, hero dan segala watak yang mereka tonton di televisyen.....

Saya juga memerah otak memikirkan jalan keluar kepada masalah pelajar-pelajar ini. Adalah saya perlu mengadakan kajian tindakan... menjadikan pelajar sebagai bahan untuk saya uji ..... Saya cuba untuk menggunakan cara berhikmah dahulu ... adakah perlu rotan atau hukuman? jawapannya sudah tentu tidak.. zamab sekarang memukul hanya akan meningkatkan risiko dibenci oleh pelajar.... Jadi? bagaimana cikgu zaman dahulu walaupun merotan masih dihormati? adakah kerana zaman sudah berbeza?

otak masih ligat berfikir.......... sekiranya kelas bising.. guru tidak dapat menyampaikan isi pelajaran.................. adakah beerti saya gagal sebagai guru? saya akan cuba mencari penyelesaian kepada masalah ini....NSYAALLAH sekiranya saya temui jawapan saya akan berkongsi dengan semua ....

Selasa, 3 Mei 2011

TAKLIMAT SETIAUSAHA PEPERIKSAAN MENGENAI PBS

Assalamualaikum... how re u guys? sepanjang hari ni saya menghadiri taklimat di PSPN Perlis... taklimat yang merangkap kursus ini bertujuan mendedahkan SETIAUSAHA PEPERIKSAAN dengan cara memasukkan MARKAH pelajar berdasarkan PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH atau dikenali sebagai PBS

PBS diperkenalkan untuk menggantikan PPSMI yang bakal dimansuhkan tak lama lagi.Jadi pemarkahan adalah 40% diberi oleh guru-guru di sekolah manakala 60% lagi berdasarkan PEPERIKSAAN AWAM iaitu UPSR.Peperiksaan PMR akan dimansuhkah tetapi peperiksaan SPM masih diteruskan. So tujuan saya menghadiri taklimat itu adalah mempelajari bagaimana menguruskan pemarkahan 40% yang akan diberi kepada pelajar.Untuk tahun 2011 hanya pelajar tahun 1 terlibat kemudian tahun- tahun seterusnya kepada pelajar tahun 2 hingga 6.

Sistem yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan sangat mesra PENGGUNA. untuk mendaftar pelajar, saya hanya perlu memasukkan no MY KID pelajar .. maklumat lengkap akan terus dipaparkan.Ini adalah kerana sistem ini telah disambungkan dengan JABATAN PENDAFTARAN MALAYSIA..Sisitem ini saya anggap canggih dan sangat mudah digunakan.Walaupun belum menggunakan sepenuhnya namun Pihak Lembaga banyak bertanya sekiranya timbul masalah kepada kami, iaitu SETIAUSAHA PEPERIKSAAN.Bagusnya bila bekerja dengan organisasi yang sangat profesional.

Kebanyakan peserta kelihatan memahami penerangan ENCIK AZMAN iaitu pegawai dari LPM atau LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.ucapan setinggi tahniah kepada JPN dan LPM atas usaha memartabatkan sistem pendidikan yang BERTEKNOLOGI dan UP TO DATE

NASIHAT HARI INI 3/5/2011

 Mari kita sakitkan syaitan-syaitan dengan keikhlasan hati, letihkan mereka dengan kalimat tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, kalimat tauhid yang membakar syaitan jin dan manusia. Namun, bagaimana mungkin kita mampu melawan syaitan jika masih bersemayam banyak tuhan di hati kita?

KETABAHAN MASYARAKAT JEPUN

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini bertitah dunia kini menyaksikan kehebatan masyarakat Jepun yang tabah berdepan malapetaka sehingga menjadi inspirasi kepada semua. "Kini, dunia sekali lagi memandang ke timur, kali ini bukan untuk menyaksikan kepakaran pembangunan dan teknologinya, namun ke dalam hati sanubari rakyat Jepun.

"Ini termasuk kekuatan dan ketabahan serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Kini, ketika berdepan malapetaka yang dahsyat, Jepun masih menjadi inspirasi kepada dunia. "Penduduknya membuktikan bahawa manusia mampu menguasai naluri asas kehidupan demi kebaikan bersama. Mereka mempamerkan kecekalan, ketenangan, maruah dan kemurahan hati yang menjadi nilai budaya mereka selama ini," titah baginda.
Raja Dr Nazrin bertitah demikian pada majlis sumbangan lebih RM600,000 kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, di kediaman Menteri Besar Perak di sini. Baginda bertitah dunia turut menyaksikan bagaimana penduduk di wilayah yang teruk terjejas dengan bencana itu tidak teragak-agak untuk membantu orang lain, walaupun kediaman sendiri musnah dan harta benda milik mereka hilang.
"Walaupun mereka mempunyai sebab yang kukuh untuk menangis, mereka melakukannya secara terkawal. Mereka mempunyai sifat semula jadi untuk terus cekal dan bersopan. Lelaki dan wanita yang tegap dan sihat membawa bekalan kepada mangsa selain sanggup menyerahkan catuan makanan sendiri kepada keluarga yang mempunyai anak serta warga emas.
"Terdapat 500,000 orang yang dipindahkan, namun tidak berlaku kejadian berasak-asakan, rusuhan atau desakan. "Ketenangan mangsa yang berbaris panjang sehingga berkilometer jauhnya untuk mendapatkan makanan, minuman dan minyak, ternyata mampu mengatasi keganasan gempa bumi yang menggegarkan negara mereka. Kemesraan mereka terhadap satu sama lain juga mampu melawan cuaca sejuk yang perlu ditempuhi," titah baginda.
Raja Muda Perak turut menyampaikan rasa simpati Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Bainun serta seluruh rakyat negeri itu kepada Maharaja Jepun Maharaja Akihito, Maharaini Michiko dan seluruh rakyatnya di atas tragedi tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu.
- Ipoh, 27 Mac 2011

http://www.iluvislam.com/berita/dunia/1961-ketabahan-masyarakat-jepun-dikagumi-dunia.html

Isnin, 2 Mei 2011

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
-cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
-bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

BABY BARU

Just now saya , mak dan adik baru pulang dari menziarahi sepupu yang baru melahirkan anak. Baby lelaki namanya AFIF DARWISH..... comel dan chubby pipinya...... saya berpeluang memegang baby baru..... Fuhhhh!!! seram sejuk dibuatnya

Maklumlah baby baru... so perasaan not confident memang menganggu saya..... yalah selama ini saya x penah pulak pegang baby yg baru lahir...sekali dia menangis kuat pulak.... apa lagi menggelabah jugaklah kan

Rupa rupanya hermmm..... dia lapar daaaaaaaa!!!! memang tak pass lagi lah....saya!!! nak jadi baby sitter pun x boleh ni.....     :(

Anyway bertambahnya bilangan anak saudara saya.... maknanya bertambahlah bajet untuk raya nantikan 
....... Yang saya suka sebab baby lelaki maknanya dapat meramaikan bilangan umah islam lelaki yang semakin lama semakin pupus

Saya doakan Adik AFIF akan jadi anak yang soleh dan taat pada IBU dan ABAHnya AMIN.........


NASIHAT UNTUK HARI 2/5/11

Nasihat Hari Ini : 

Jangan memandang rendah dengan dosa yang kita lakukan, Jangan juga memandang tinggi akan amalan yang kita laksanakan, teruslah memohon ampun atas dosa kesalahan, dan teruslah berdoa agar diterima segala amalan..ayuh sensiviti hati kita tingkatkan
..

Salam dari saya

Assalamualaikum, Ini adalah percubaan pertama saya untuk menjadi penulis BLOG secara serius.selama ini saya hanya melihat orang lain menulis.Kali ini saya pulak akan mengekspreskan perasaan, pendapat, dan maklumat yang saya ada agar dapat kita kongsi bersama

Selain dari itu saya ingin mencerita sedikit sebanyak mengenai kehidupan saya sebagai seorang guru kepada pembaca .Walaupun saya tahu bakat saya sebagai penulis tidaklah bagus, namun blog adalah medan kepada saya untuk mengabadikan cerita hidup saya disini.... Its ME

APA ITU RIAK?

Riak itu ialah : menuntut sesuatu pangkat/kedudukan dengan cara melakukan ibadat. semua sedia maklum bahawa riak itu adalah suatu yang haram. Riak berasal daripada kalimah ‘roa’ iaitu bermaksud lihat. Riak itu suatu yang dikeji dan dimurkai Allah.

Mengapa riak itu tidak dibenarkan..? kerana seseorang yang riak dalam amalan bermakna dia telah mengambil sesuatu yang keji (redha manusia)dan dia telah meninggalkan sesuatu yang mulia (redha Allah). sedangkan Allah telah menjanjikan ganjaran yang sangat besar bagi hamba-hambanya yang ikhlas dlm beramal, lalu mengapa manusia berpaling daripada memilih ganjaran Allah sebaliknya mendambakan pandangan dan pujian manusia. 

Riak itu ibarat manusia berpakaian hitam yang berjalan di dalam gelap. Sukar untuk disedari akan kewujudannya kecuali bagi orang2 yang selalu bermuhasabah dan memperbaharui niatnya.

Riak adalah perosak bagi sesuatu amalan..lawan bagi riak adalah dengan ikhlas. Ramai orang yang boleh beramal,berpersatuan dari pagi sampai ke malam, berdakwah bertahun-tahun, ringan tangan dalam memberi sumbangan...namun persoalannya adakah amalan itu benar-benar ikhlas dengan niat yang tiada lain kecuali hanya satu..kerana Allah.

Sedangkan syarat bagi penerimaan suatu amalan itu disisi Allah adalah :
1)dengan niat yang ikhlas sebelum,semasa dan selepas kita melakukan amalan itu
2)dengan berlandaskan ketetapan syara'

Diceritakan daripada anak murid kepada Junaid al-Bagdadi bahawa setelah gurunya Junaid meninggal..dia telah bermimpi bertemu dengan gurunya itu dan bertanya tentang keadaan gurunya itu..

Kata Junaid, "telah habis segla (amalan)ilmu-ilmu yang telah aku ajar dan habis semua amalan-amalan sufi aku melainkan hanya beberapa rakaat daripada solat yang aku lakukan sebelum subuh (yakni tahajjud)"

Tahajjud yg dilakukan semasa tiada orang lain yg melihat melainkan Allah dan para malaikat yg menyaksikan..sedangkan amalan-amalan lain biasanya dilihat oleh manusia lalu menimbulkan rasa riak dan senang hati.

Peliharalah amalan seboleh-bolehnya agar tidak dilihat oleh org lain..Ali bin Zainal Abidin dikisahkan bahawa dibawah matanya ada garis hitam dan dibelakang badannya juga ada tompok hitam. hal ini kerana byknya dia menangis dan pada malam hari dia akan mengangkat barang2 yg ingin disedekahkan pd org2 miskin..sehingga begitu sekali dia menjaga amalannya!! agar benar-benar bersih tanpa riak..agar amalan itu ikhlas dan akhirnya diterima Allah. 

Kata ibrahim adham pula , "Jangan kamu bertanya pada seseorang itu sama ada dia berpuasa atau tidak"

Hal ini kerana dibimbangi dengan kita bertanya kepadanya..jika dia berpuasa dia akan menjadi gembira dan riak dan jika dia tidak berpuasa dia akan menjadi sedih dan terkilan kerana semasa ditanyakan soalan itu dia tidak berpuasa dan org lain tidak dpt tau kebaikannya.

Rujukan -Kitab Mauizzatul Mukminin 
 
 

MAKANAN JIWA

Makan. Satu keperluan kepada semua manusia. Bolehkah manusia hidup tanpa makanan?

Boleh, tetapi itu hanya di akhirat sekiranya syurga menjadi destinasi akhir.

Di dunia, tidak!  Manusia bukan malaikat, yang diciptakan tanpa nafsu. Manusia perlu makan untuk hidup. 

Kalau tidak makan, sudahnya tentulah anda akan lapar, bukan?

Letih, tidak larat, tidak bertenaga, dan sebagainya.

Bagaimana, anda sudah makan? Sedap makanan anda hari ini?

Kalau sedap, alhamdulillah. Kalau tidakpun, sekurang-kurangnya anda masih ada makanan untuk dimakan.

Itu keperluan tubuh. Jiwa ini ada keperluan 'makanan'nya juga.

Bila pula masanya itu untuk 'makanan' jiwa? Kalau kita seharian makan ada sarapan (breakfast), makan tengah hari (lunch), makan malam (dinner), minum tengah malam (supper) dan sebagainya, bukan?

Itu mungkin bagi yang berkemampuan. Kalau yang agak kurang berkemampuan, mungkin sekali sehari makan.

Maka, bagaimana pula 'makanan' jiwa? [read more  
 
 

SELAMAT PAGI

ASSALAMUALAIKUM................ hey what'up ?.................

Syukur PadaNYA kerana saya masih boleh melihat keindahan dunia lagi hari ini.Hari ini masih cuti tapi bukan esok ya ...... sikecil saya KERIANG dan CIK PUTEH awal2 sebelum subuh dah mula mencari saya ...... 
so sweetkan eheheh

Apa yang saya nak buat hari ini? oh tentu tentunya saya kna sediakan pakaian untuk besok,tulis ringkasan mengajar hingga selesai (minggu sudah x sempat nak tulis)... oh ya saya nak kna SULAM NAMA name tag.... ada sedikit tempahan dari kawan2 untuk anak2 mereka

saya juga harus membersihkan rumah sendiri... hari ni mood lebih bagus  :)    so ada baiknya saya pergi berjoging dan melawat anak saudara baru saya nanti.............. TERIMA KASIH kepada kawan2 yang melawat blog saya yg tak seberapa ini ..... walaupun kita saling tidak mengenali tapi saya sangat2 gembira....
so nanti saya upDATE lagi ya ............ SEE YA!!!!!! 
 

Ahad, 1 Mei 2011

AYAT KURSI

Bersabda Rasulullah SAW:
‘’Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi pada penghujung setiap Solat Fardu (iaitu selepas solat), tidak akan menegahnya daripada masuk Syurga melainkan ianya meninggal dunia”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Nasai’ dan Ibnu Habban dalam sahihnya daripada Abu Umamah)

Maksud hadis ini ialah, hanya mati sahajalah yang membolehkannya masuk ke Syurga, iaitu jika orang itu meningal dunia dan tempatnya ialah terus ke Syurga.

Di sana juga ada sebuah hadis sahih menerangkan bahawa Ayat Al-Kursi adalah ayat yang paling afdal, iaitu terbaik di dalam Al-Quran

Renung-renungkan dan selamat beramal..

15 Senjata Menghalang Syaitan

  1. Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
  2. Banyakkan berzikir
  3. Banyakan Beristigfar
  4. Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
  5. Jangan tidur berseorangan
  6. Baca doa pagi dan petang
  7. Bersugi
  8. Melaksanakan solat jemaah
  9. Berwudhuk sebelum tidur
  10. menutup aurat
  11. Membaca doa masuk tandas.
  12. Banyak berselawat pada hati
  13. Bertaubat, beristighfar
  14. Banyakan baca Al-Quran
  15. Membaca surah Yassin setiap pagi


 

catatan harian-MY 33rd BIRTHday

Genaplah usia 33 tahun pada hari ini.Saya bersyukur Pada ALLAH SWT kerana masih mengurniakanDARJAH KEBESARAN kepada saya iaitu nafas,anggota badan yg masih sempurna, akal yang masih waras, ilmu yang saya boleh manafaatkan (bertepatanlah dengan tugas saya sebagai seorang guru). Selain daripada itu saya masih punya pekerjaan, ibubapa, adikberadik, saudara mara, sahabat handai yang masih menyayangi dan mengambil berat pada saya..... ALHAMDULILLAH

ANDA AHLI NERAKA?

Bismillahirrahmanirrahim.....
Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.
” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis:
Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.
Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?
Pemuda : MaafNYA lebih besar.
Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!”
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.
Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”
Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:
Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan.
Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”
Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.
Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:
“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”
“Kau memang layak masuk neraka!”
Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka….wallahualam….


 

9 MIMPI RASULULLAH

Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh

malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk
mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu
disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA
KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang

amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA
YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh

syaitan-syaitan
dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat
ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat

daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi
SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia

mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan

para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia
datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN
RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku
seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap

gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin

tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN
SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke

mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU

KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"



WANITA

WANITA IBARAT RAMA2..YANG INDAH DAN MEMPESONA..MERUPAKAN MAKHLUK YANG LEMAH..PERLU BERHATI2 DALAM SENTUHAN..JIKA TIADA HATI2 MAKA ROSAKLAH SAYAPNYA...BINASALAH IA.. WAHAI PUTERI AGAMA..PELIHARALAH DIRIMU DENGAN AKHLAK YANG MULIA KERANA PADANYA ADA KEKUATAN SEHINGGA TAK MAMPU IA DIROSAKKAN MALAH DIHORMATI DAN DISANJUNGI... BUAT PUTERA AGAMA..SABARLAH DALAM DALAM MENDIDIK KERANA TULANG YANG BENGKOK IBARAT SAYAP YANG RAPUH..SEMOGA KITA DALAM RAHMAT KASIH SAYANG ALLAH TAALA...AMIN...

credit 2 :HARUSHIKANO





IKLAN 3