IKLAN

Jumaat, 18 Oktober 2013

JANJI ALLAH BERSYARAT

Assalamualaikum wbt




sayang allah


"Dijadikan terasa indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)." [QS al-Imran, 3:14]

jaga hak allah


Inilah sepotong ayat bagi menyedarkan kita --
beberapa keindahan yang dijadikan sebagai ujian cinta manusia.
 Saya pasti kita sedia maklum dan mengetahui ayat ini,
 tapi sejauh mana kita jadikannya sempadan bagi 
 memasuki kawasan cinta kepada Allah?
 kerana ramai yang memasukkannya dalam kawasan yang sama dengan Cinta Allah,
 bahkan ada yang menjadikannya dominant atau 
majoriti dalam kawasan tersebut sehingga menyebabkan
 berkurangnya kawasan Cinta Allah dan akhirnya ...........

bersyukur



Sedarkah kita?
betapa banyak nikmat dunia yang Allah beri kepada kita--
Agar terbit rasa bersyukur dalam hati kita--
namun apakah yang kita lakukan untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah
Adakah kita benar2 amal maaruf nahi Mungkar?
Adakah kita benar-benar taat pada perintah Allah?
Adakah kita benar2 mendekati RABB kita dengan ibadah-ibadah siang berganti malam?
atau kita sekadar berkata Alhamdulillah tetapi tidak memberi pulangan balik
kepada ALLAH

Inilah persoalan yang kutanya pada diri sendiri
Semoga aku bisa membetulkan diri sendiri
dan menambah baik hubungan ku dengan ALLAH 
Seharusnya jangan berhenti mencintai ALLAH
sampai MATI

JazakaALLAH

--Muhasabah diri--
#tebumanis78

Khamis, 17 Oktober 2013

Hikmah melakukan Ibadah Korban



Apabila Aidiladha muncul maknanya terdapat 2 ibadah yang boleh dilakukan pertama ibadah haji manakala kedua ibadah korban

Entry kali ni saya fokuskan tentang ibadah korban

Tempoh masa ibadah korban
Masa untuk melaksanakan ibadah korban ialah apabila setelah selesai dua rakaat sunat hari raya dari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun. 

kurban 2013


Haiwan untuk ibadah korban
Binatang yang boleh disembelih untuk ibadah korban samada unta, lembu, kerbau, kambing , kibas dan biri-biri. 

Menurut Imam Khatib al-Syarbini, seekor unta ,lembu atau kerbau yang hendak dijadikan korban boleh dikongsi bersama tujuh orang manakala seekor kambing/kibas/biri-biri hanya untuk ibadat korban disunatkan diberikan kepada fakir miskin daging yang mentah.

Hikmah 

  • Antara hikmah ibadah korban termasuklah bersyukur kepada ALLAH atas nikmat kehidupan yang diberikan.
  • Keduanya ialah untuk meniru teladan Nabi Ibrahim as yang diperintahkan agar menyembelih anaknya sendiri Nabi Ismail. Ini dikisahkan dalam firman ALLAH bermaksud;
“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur yang mampu) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata, ‘Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu!’ Ia menjawab, ‘Hai ayahku, kerjakanlah apa diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar’. Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia, ‘Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu’, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar” (surah As-Soffat : 102-107)

Rabu, 16 Oktober 2013

Dafi duta Marrybrown kah?




6.17pm / @ Marrybrown Changlun

Tahukah Anda?
Dafi ditabalkan sebagai duta Marrybrown
Saya pun terkejut--
Rasanya sbb mukanya babyface cam Aiii
yg menyebabkan dia terpilih jadi duta hew hew--(just kidding meh)
acely--Dah rezeki dia jadi duta
pluss moka comeyyy kan kan~
 Terpaling penting Dafi dapat membantu marketing
Marrybrown agar lebih ramai kastemer datang bertempek
kat Restoren kegemaran Rakyat Malaysia ^___^

dafi
Tudia~ besaqnya gambaq dafi terpampang kat Marrybrown
 seluruh Malaysia

Last dulu -- Mawi yang terpilih jadi duta
rasanya lama dah cerita tu
BTW sapapun duta Marry Brown--
saya tetap suka makan Di Mb
marrybrown
Cer tengok leklok signature Dafi--dan tertulis kat sitooo Duta Marrybrown

RAHSIA MB terletak pada nasi ayam MB,
nasi Marrybrown,chickenporridge,
mi kari ayam goreng dan menu burgernya
yang memang sedap


marrybrown
Saya suka sesangat suasana restoren marrybrown especially kat changlun

Sobat2 sekelian amacam
dah pernah cuba menu kat Mb?
kena terai sekali weh --
Dari saya kayakan kfc,mcd 
baik bantu Restoran yang 
rootnya dari Malaysia
Ye idop?
--Satu ja yang saya kurang gemar
sorang drp staff kat kaunter agak rude
female dan agak2 saya dia org baru
mujur memang saya suka sangat MARRYBROWN so saya abaikanlah


K chick-a-liciuos saya dah sampai
makan dulu eh?
Salam


--restoren kegemaran ciknurul--
#tebumanis78

laman sesawang marrybrown

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Kisah Malaikat penjaga 7 Pintu langit

 Assalamualaikum wbt


Untuk peringatan kepada kita semua:

KISAH MALAIKAT PENJAGA 7 PINTU LANGIT
Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Di setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu

Ibnu Mubarak mengatakan bahwa Khalid bin Ma'dan berkata kepada sahabat Mu'adz bin Jabal RA, "Ceritakanlah satu hadits yang kau dengar dari Rasulullah SAW, yang kau menghafalnya dan setiap hari kau mengingatnya lantaran saking keras, halus, dan dalamnya makna hadits tersebut. Hadits manakah yang menurut pendapatmu paling penting ?"

Mu'adz menjawab, "Baiklah, akan kuceritakan: " Sesaat kemudian, ia pun menangis hingga lama sekali, lalu ia bertutur, "hmm, sungguh kangennya hati ini kepada Rasulullah SAW, ingin rasanya segera bersua dengan beliau.."


Ia melanjutkan, "Suatu saat aku menghadap Rasulullah SAW. Beliau menunggangi seekor unta dan menyuruhku naik dibelakangnya, maka berangkatlah kami dengan unta tersebut. Kemudian beliau menengadahkan wajahnya ke langit, dan berdoa, "Puji syukur kehadirat Allah, Yang Maha Berkehendak kepada makhluq-Nya menurut kehendak-Nya."

Kemudian beliau SAW berkata, "sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu yang apabila engkau hafalkan, akan berguna bagimu, tapi kalau engkau sepelekan, engkau tidak akan mempunyai hujjah kelak di hadapan Allah SWT.
malaikat penjaga langit


AMAL YANG TERTOLAK


"Hai, Mu'adz! Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Pada setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu, dan tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh malaikat penjaga pintu sesuai kadar pintu dan keagungannya.


Maka, Malaikat hafazhah (malaikat yang memelihara dan mencatat amal seseorang) naik ke langit dengan membawa amal seseorang yang cahayanya bersinar-sinar bagaikan cahaya matahari. Ia, yang menganggap amal orang tersebut banyak, memuji amal-amal orang itu. Tapi, sampai di pintu langit pertama, berkata malaikat penjaga pintu langit itu kepada malaikat hafazhah, "Tamparkanlah amal ini ke wajah pemiliknya, aku ini penjaga tukang pengumpat, aku diperintahkan untuk tidak menerima masuk tukang mengumpat orang lain. Jangan sampai amal ini melewatiku untuk mencapai langit berikutnya."

BEKALAN UNTUK PARA DAIE

Assalamualaikum w.b.t

Bekalan untuk para daie sekalian di sepanjang perjalanan kehidupan kita ini,



daie


Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abi Zar RA:


  1. Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan 
  2. Sembahyanglah 2 rakaat ditengah gelap gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur
  3. Tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar
  4. Hulurkanlah sedekahmu untuk si miskin
  5. Ungkaplah sentiasa kalimah yang benar
  6. Diam dan hindarkan lah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yg tercela dan buruk
daie



rujukan- buku "bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah" karangan syeikh fathi yakan.

--Muhasabah diri--
#tebumanis78

Selasa, 15 Oktober 2013

6 Perkataan yang ALLAH sembunyikan

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari

apa yang Allah sembunyikan
.
--mencari redha ALLAH--
#tebumanis78

Asiyah Isteri Firaun

Assalamualaikum wbt

Teringat pada seorang wanita hebat bernama ASIYAH --
isteri Firaun dan wanita yang taat pada perintah ALLAH
HArta yang melimpah-- bukan apa-apa baginya


Asiyah

Beliau merupakan wanita di samping lelaki yang sangat berkuasa dan hidup dalam keadaan yang sangat mewah .Asiyah sangat istimewa kerana kekayaan dan kekuasaan yang beliau miliki tak mampu menghalang beliau untuk mendekati Allah dan taat kepada perintah Allah.

felda chuping


Tahukah anda semua apa yang diminta oleh Asiyah kepada Allah?Asiyah meminta agar Allah mendirikannya sebuah rumah disisi Allah di syurga...... masyaallah. Asiyah berdoa yang berbunyi


"Dan lepaskan aku dari angkara Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada orang orang yang zalim."

Betapa tegasnya wanita ini dalam menepis kemewahan dunia.... wajar sekali kita contohi

--Idola cikNurul--
#tebumanis78
wasalam


Isnin, 14 Oktober 2013

Aktiviti Sehari Sebelum AidilAdha


Isnin 14/10/2013

10.00 pagi~
Let me guess--
tentu ramai mak2 dan anak2 mak
lepak kat dapur hari ni.

Manakala ayah dan anak lelakinya pula
tengah beratur beli daging, tulang
limpa hari,paru dan  part2 lembu yang berkaitan
untuk juadah besok hari^__^

CikNurul pula masih kat atas jalan
I Mean somewhere around --
Menjelang raya memang itulah tugas ai
merayap kesana kesini wiwi--
tapi bukan sebarangan merayap Yeaa
CikNurul sedang beratur beli santan
sambil taip untuk update blog
wah-- tak buang masanya kiterrr
Tiap kali menjelang raya , saya paling bimbang tak dapat
beli santan--
Yalah tanpa santan tak dapatla cikNurul makan ketupat yang sangat yumyum--
Alhamdulillah hari ni tak yah Q lama2 kat tempat santan
tak sampai 5 minit CikNurul dan mak dah dapat santan hoho yes!yes!-- (happy sangat)

santan
Kedai santan di Arau -- Buat kerja memang tip top 5 star CikNurul Bagi




10 minit kemudian--
Phewww! Alhamdulillah dah sampai
saya dan Mak sekarang berada di Nat Pauh (Pasar pagi Pauh)
cadangnya nak beli daging,ayam.ikan etc
jom loading apa ada kat Nat Pauh :)

Semestinya daging dan tulang adalah dalam trending tertinggi hari ini
Letaklah berapa banyak butcher pun hari ni InshaaALLAH semua akan terjual

daging lembu

Kat perlis taksah lah hari ni tak jual ketupat
maklumlah golongan muda cam CikNurul bukan reti sangat pun nak buat ketupat
Mudahnya terus beli ketupat siap
Balik rebus --
Buat gulai daging--
taraa esok siap untuk dihidangkan


Hah--
Lagi satu kuih raya ready made
Hari Raya korban bukan orang nak sangat makan kuih
janji ada sejenis dua ja buat rambang mata tetamu
so belilah kat Nat Pauh ni ha--

kuih raya perlis
Lepas ni nak balik buat kije yer
that it from now
till see u all in my next update
Thanks for reading
dan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA--
pisss~

--Diari Cik Nurul Menjelang Perayaan--
#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3