IKLAN

Memaparkan catatan dengan label jihad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jihad. Papar semua catatan

Rabu, 16 Oktober 2013

BEKALAN UNTUK PARA DAIE

Assalamualaikum w.b.t

Bekalan untuk para daie sekalian di sepanjang perjalanan kehidupan kita ini,



daie


Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abi Zar RA:


  1. Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan 
  2. Sembahyanglah 2 rakaat ditengah gelap gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur
  3. Tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar
  4. Hulurkanlah sedekahmu untuk si miskin
  5. Ungkaplah sentiasa kalimah yang benar
  6. Diam dan hindarkan lah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yg tercela dan buruk
daie



rujukan- buku "bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah" karangan syeikh fathi yakan.

--Muhasabah diri--
#tebumanis78

Sabtu, 28 September 2013

Jejaka Manis dari Syria

Assalamualaikum wbt

memandangkan saya rindu Bumi SYRIA maka saya nak berkenalan dengan pemuda dari sana pulak-- boleh?

Bagus kah intro saya?

Sebenarnya saya nak ajak kawan2 lihat betapa hidayah dari ALLAh adalah tuk semua hambanya--tak kira baik atau jahat-- Islam atau Kafir

Alkisahnya pemuda ni bertugas sebagai tentera BASYAR -- 7 bulan yang lalu
tapi kini mamat ni dah beralih angin--Dia fikir masak2 -- tiada manafaat bekerja dengan PENZALIM.jadi Mazloum yang berumur 23 tahun telah resign dan bekerja dengan Mujahideen FSA

Memang tepat sekali keputusannya--
Saya setuju!!!!! 

Mazloum, 23, membelot dari menjadi tentera Basyar sejak 7 bulan lalu dan kini berjuang bersama-sama Mujahideen FSA. Beliau menggunakan pengalaman beliau selama bertugas sebagai tukang masak di kem tentera Basyar dan kini tugasnya adalah memasak makanan bagi Mujahideen FSA di Khaldiyah, Aleppo.

pray for syria
Taraaaa--
Nilah dia mamat tu

Jom sama2 kita doa keselamatan MOZLOUM dan semua tentera mujahidin selamat begitu juga dengan rakyat syria yang tertindas.kalau kita tak beri pertolongan wang atau tenaga-- jangan lokek untuk tadah tangan dan berdoa untuk SYRIA


ayuh!!!! PRAY FOR SYRIA

--tebumanis78-- 


Rabu, 25 September 2013

Dalam penjara pun ?

Assalamualaikum

"new update from egypt"

Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir. Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain.

Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal. Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa".

Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, "para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih". --MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah [tempat didikan]". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

penjara mesir
Gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah [salah satu penjara di Mesir] suatu ketika dahulu

Sumber

IKLAN 3