IKLAN

Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MOTIVASI. Papar semua catatan

Rabu, 16 Oktober 2013

BEKALAN UNTUK PARA DAIE

Assalamualaikum w.b.t

Bekalan untuk para daie sekalian di sepanjang perjalanan kehidupan kita ini,



daie


Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abi Zar RA:


  1. Berpuasalah di hari yang panas terik demi menghadapi kebangkitan 
  2. Sembahyanglah 2 rakaat ditengah gelap gelita malam demi menghadapi kesunyian dan kegelapan kubur
  3. Tunaikan haji demi menghadapi cabaran-cabaran besar
  4. Hulurkanlah sedekahmu untuk si miskin
  5. Ungkaplah sentiasa kalimah yang benar
  6. Diam dan hindarkan lah diri dari bertutur dan melafazkan perkataan-perkataan yg tercela dan buruk
daie



rujukan- buku "bahtera penyelamat dalam kehidupan pendakwah" karangan syeikh fathi yakan.

--Muhasabah diri--
#tebumanis78

Jumaat, 2 Ogos 2013

Cita-cita dia nak jadi pendakwah

Assalamualaikum wbt


Cita-cita adalah sinonim dengan seorang kanak2.Soalan saya pada semua parents , pernah tak tuan2/puan2 tanya anak2 apakah cita2 atau impian mereka apabila dewasa kelak?... mungkin majoriti akan menjawab cita2 hampir sama dengan pekerjaan ibubapa mereka.

Kenapa? sebab ibubapa dan guru adalah role model mereka terdekat kanak2 tersebut..apa jua pekerjaan yang mereka lihat di persekitaran mereka...itulah yang akan menjadi cita2 mereka

Hari ni saya nak share dengan semua cita2 seorang kanak2 

impian anak kecil


Cita2 kanak2 kecil ini adalah untuk menjadi seorang pendakwah, masyaALLAH

Dia adalah anak kepada Firdaus Wong Wai Hung yang juga seorang pendakwah Nama anaknya ialah Wong Khai Jien..Semoga Doa anak ini termakhbul.Kita doakan sama2 ya.

Dalam hati saya berkata:Untung ibu bapa Wong Khai Jien ^_^

taken from facebook Firdaus Wong Wai Hung



pstttt:dah servis kereta?

Sekian

Jumaat, 2 Disember 2011

Dosa Ibubapa Mendahului Kesalahan Anak-Anak

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Untuk renungan Kita bersama..



Kita berjumpa dengan anak-anak ketika Kita sudah letih. Kita sudah hilang
Seri di wajah Dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika
Kita sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya Kita menumpahkan
Akhlak mahmudah Kita kepada anak-anak?
hiasan


Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru
Nursery, Dan entah siapa lagi. Ibu Dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja
SIBUK BEKERJA.

Janganlah disangka Kita sudah menjadi ibu Dan bapa yang baik hanya kerana
Makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa manusia Ada tanggungjawab yang
Lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan,
Makanan emosi Dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan
Yang tidak putus-putus.


Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang Kita luangkan bersama
Mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa Kita benar-benar
Kasihkan mereka?

Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain.
Kita sibuk bekerja Dan kerja tidak pernah habis. Anak buat perangai mungkin
Semata-Mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian Kita.


Ingatlah, dalam suasana Kita Hari ini, dosa ibu Dan bapa terhadap anak-anak,
Lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada Kita.Insaflah wahai ibu Dan bapa,
jangan mudah melenting, sebelum cukup kasihSayang diberi.

Seandainya Kita memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah
Heret Kita ke suasana yang menjadikan ianya tersepit. Kia Ada tanggungjawab
Kepada isteri/suami Dan anak-anak.

Jika Kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, Kita singgah di Tapah
Untuk Solat Dan makan. Kemudian Kita meneruskan perjalanan ke Ipoh.
Tetapi selepas 15 minit memandu, baru Kita tersedar yang salah seorang anak
Kita tiada. Ketika itu Kita kelam kabut mencari U-Turn Dan mulut tidak
Henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat Dan tiada
Mudarat.

Ya, jika Kita tercicir anak di perjalanan dunia, Kita Ada jalan untuk
Berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor,
Polis, jurutera, pegawai bank Dan Kita-Kita semua yang ketika dalam
Perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, Kita tertinggal isteri Dan
Anak-anak di belakang. Jika lebuh raya Kita boleh berpatah balik. Tetapi
Jika mereka ditinggalkan dari tarbiah Dan didikan Islam, ketika Kita
Tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah Ada
Jalan pulang? Apakah Ada satu lagi peluang? Jawapannya TIADA.

Jika Ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa
Kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa Kita terhadap
Mereka.Sabda Nabi Muhamad SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang
Melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu
Boleh terjadi?



Kesimpulannya, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu Dan bapa
Yang sibuk bekerja yang tidak menguruskan masa dengan bijak.

Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula
Dengan dosa ibu Dan bapa yang sibuk bekerja.

Isnin, 28 November 2011

Kisah benar banduan: Tanpa ilmu, aku jadi begitu


Assalamualaikum wbt.

Sempena dengan sambutan MAAL HIJRAH 1433H ,Astro saluran Oasis telah menyiarkan Rancangan Bertajuk Ikhtibar Hijrah.Diantara kisah yang dipaparkan ialah kisah 2 banduan yang dipenjarakan sepanjang hayat.Namun telah mendapat pengampunan daripada SULTAN KEDAH...Bagi yang terlepas menonton rancangan ini saya ada googlekan kisah yang memberi motivasi kepada kita semua.... yang bebas dari cengkaman tembok besi penjara....hargailah kebebasan ini dan jadikan hidup kita lebih bermakna .....okeyyyy~ sterima kasih kepada sekalibicara kerana bermurah hati meminjamkan entry beliau kepada saya untuk tatapan kita semua

Oleh Mohd Fuad Razali

SEWAKTU sambutan Ma'al Hijrah yang berlangsung bulan lalu, surau di kawasan perumahan tempat saya tinggal telah mengadakan program ceramah dan qiamullail. Program kali ini agak luar biasa sedikit. Yang luar biasa tu bukan acaranya kerana mengadakan majlis ceramah sempena kedatangan tahun baru hijrah adalah perkara biasa. Tetapi yang luar daripada kebiasaan adalah penceramahnya.

Kebiasaannya yang datang berceramah di majlis sambutan Ma'al Hijrah adalah orang lulusan agama, tidak kiralah sama ada mufti, pegawai jabatan agama Islam, pensyarah Pengajian Islam, guru agama atau pendakwah bebas. Bagaimanapun, penceramah yang dijemput ke surau itu pada malam berkenaan adalah bekas banduan. Ya, bekas banduan. Sebab itu saya katakan luar biasa. Banduan itu juga bukan calang-calang orang kerana berada di dalam penjara selama 30 tahun 11 bulan 9 hari, menjadikannya banduan paling lama ditahan di negara ini.


Jika ada antara kita yang masih ingat, berita mengenai pembebasannya pernah dilaporkan secara meluas oleh media massa ketika itu. Bahkan baru-baru ini pun sebuah stesen televisyen turut menyiarkan rencana mengenai kisah pembabitan dan penahanan beliau bersama rakannya.

 


Banduan berkenaan, Jamil Ahmad (gambar) dibebaskan daripada penjara pada 3 Oktober 2006 selepas mendapat pengampunan daripada Sultan Kedah. Turut dibebaskan bersamanya pada hari yang sama adalah rakannya, Mohd Salleh Taib, 59. Mereka berdua dijatuhi hukuman penajara sepanjang hayatpada 1976 selepas didapati bersalah melakukan rompakan bersenjata di Baling, Kedah. Metika itu Jamil berusia 26 tahun dan Mohd Salleh pula 27 tahun.


Bagi saya, Jamil yang lebih mesra dengan panggilan Pak Long Jamil, adalah contoh hidup penghijrahan dari segi sikap kerana seperti diakui sendiri oleh beliau, bukanlah mudah bagi seorang banduan yang dibebaskan untuk diterima kembali oleh keluarga dan masyarakat. Namun, Pak Long Jamil tidak menyalahkan keluarga dan masyarakat jika berlaku keadaan sedemikian kerana baginya ia berpunca daripada sikap banduan itu sendiri.



Pak Long Jamil sebenarya adalah anak kepada seorang anggota polis. Bagaimanapun, katanya, sejak kecil lagi dia tidak berminat dengan persekolahan. Dia tidak pernah menyalahkan orang tuanya, namun dia mengakui kekerapan berpindah mengikut bapanya yang bertukar tempat kerja, menyebabkan persekolahannya terjejas.


Ketika di tingkatan satu, Pak Long Jamil mula bercampur dengan remaja yang disifatkannya liar iaitu mereka yang tidak mahu balik ke rumah, sebaliknya bergelandangan di pasar. "Jika di Kelantan dan Terengganu, mereka berada di kuala, menunggu nelayan balik dari laut dan mencuri ikan. Bukan secara curi-curi, bahkan berdepan. Kemudian dijual. Pada 1960-an, jika mendapat RM10, sudah cukup besar kerana gaji kuli ketika itu baru RM4 sehari. Bayangkan jika boleh dapat RM50 hingga RM60. Terpengaruh dengan wang ringgit!" katanya.


Bermula dari situ, Pak Long Jamil kemudian terbabit pula dengan kegiatan pecah rumah. Ketika itu, katanya, beliau langsung tidak ingat mengenai pelajaran dan ibu bapa. Ketika usianya meningkat 18 tahun, beliau mengikut bapanya ke Pulau Pinang. Ketika itu sekitar 1970-an. Kumpulan gengster memang sudah wujud dan kuat ketika itu. Pak Long Jamil juga ada kumpulannya sendiri. Beliau mula terbabit dengan ganja dan heroin. Merasakan kumpulannya belum kuat, Pak Long Jamil berazam memperkukuhkannya dengan melengkapkan anggotanya dengan senjata api. Dengan pemilikan senjata api itu, kumpulannya melakukan pelbagai kegiatan jenayah lain lagi.


Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat.


Beliau ditahan di Penjara Alor Setar. Mengikut Pak Long Jamil, pada peringkat awal ditahan, beliau masih lagi ganas. "Tidak ada rasa takut kepada sesiapa pun. Saya pernah merancang komplot untuk menawan penjara untuk melepaskan diri dan semua pesalah yang ditahan. Namun, nasib tidak menyebelahi kerana rancangan itu dihidu lebih awal oleh pihak penjara," katanya. Rancangan itu berjaya dihalang dan Pak Long Jamil diasingkan daripada banduan lain selama tiga bulan.


Selepas itu, Pak Long Jamil dihantar ke Taiping. Di sana, dalam satu pergaduhan, beliau membunuh seorang tahanan. Akibatnya beliau diasingkan sekali lagi selama setahun. Tetapi kali ini dalam sebuah bilik kecil dan gelap yang hanya mempunyai dua lubang. Ketika itulah, seorang pegawai agama Jabatan Penjara datang menemuinya yang akhirnya membuka pintu hati dan mindanya untuk berubah.

"Semuanya berpunca kerana tidak ada ilmu." Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Pak Long Jamil. Katanya, disebabkan benci kepada ilmu, dia tidak mahu bersekolah. Kerana tidak berilmu, dia terjerumus dengan remaja yang liar. Kerana tidak ada ilmu juga, dia tidak pernah mendirikan solat. Bahkan dia tidak pernah pun belajar mengaji al-Quran dan solat.


Mujurlah di dalam penjara dia dipertemukan dengan pegawai berkenaan. Dalam tempoh setahun itu, ketika dikurung seorang diri dalam bilik berkenaan, Pak Long Jamil segera insaf akan dirinya dan membuat keputusan untuk berubah. Di dalam bilik itulah dia belajar mengaji dan solat.


Ketika Pak Long Jamil dibebaskan, kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia. Dia tidak sempat berjumpa mereka. Bahkan tidak berkesempatan pun untuk menziarahi jenazah mereka kerana berada di penjara.


Sewaktu berceramah pada malam itu, ketika melafazkan kata-kata, "Saya bersalah kerana menderhaka kepada ibu bapa. Namun saya mengharapkan keampunan daripada Allah. Saya percaya tidak ada ibu bapa yang bencikan anak mereka," air matanya jelas kelihatan mengalir di sebalik cermin mata yang dipakainya. Nadanya penuh sebak dan sayu!


Namun dia tetap tabah meneruskan ceeramahnya sebagaimana dia tabah meneruskan kehidupannya hari ini. Pak Long Jamil memang contoh hidup manusia yang berhijrah daripada kehidupan yang gelap gelita kepada kehidupan yang diterangi cahaya - hidayah dan petunjuk. Dia membuktikan tanggapan bahawa bekas tahanan penjara tidak boleh berubah adalah salah. Bahkan dia percaya, masyarakat boleh menerima bekas banduan asal saja mereka benar-benar berubah dan tidak kembali kepada perangai dan sikap lama mereka.

Kini, dengan berbekalkan ilmu yang mula dipelajarinya ketika di dalam penjara, Pak Long Jamil sudah memulakan kehidupan baru. Beliau sudah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan. Bahkan dia sedikit un tidak segan silu mengakui siapa dirinya. Dengan saki baki usia yang masih ada, Pak Long Jamil kini giat membantu memberi kesedaran kepada mereka yang terjerumus ke dalam kancah jenayah. Pak Long Jamil kini kerap keluar masuk penjara kerana dijemput memberi ceramah motivasi dan kesedaran kepada tahanan di samping ceramah yang disampaikan kepada pelajar dan masyarakat.

Pak Long Jamil masih ingat lagi pesanan arwah ibunya supaya berbakti kepada manusia selepas dibebaskan daripada penjara. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kehidupan Pak Long Jamil untuk meneruskan usaha baktinya.

Sekian




Sabtu, 17 September 2011

LASKAR PELANGI YANG MENGUSIK EMOSI

Assalamualaikum


Pagi tadi sempat saya menonton filem laskar Pelangi.. Cerita dia very touching, memberi motivasi, inspirasi dan semangat kepada kita terutama apabila kita menghadapi kegagalan dalam hidup


Kisahnya berkisar tentang kanak2 yang hidup dalam serba kekurangan .Mereka ingin menuntut ilmu di sebuah sekolah yang mempunyai 2 orang guru..Semangat waja dan kental yang ditunjukkan sepanjang tempoh mereka belajar di situ walaupun mereka dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling

Jumaat, 2 September 2011

PETUA KALAU NAK KAYA


 Semua  orang nak kaya? yeke? Bukan setakat kaya wang tapi kaya semangat, kaya kasih sayang, kaya keredhaan dan etc.Tajuk kat atas tu sebenarnya cuma gempak ja..Apa yang saya nak bgtau kat sini adalah cara2 untuk meluaskan rezeki yang kita terasa sangat sempit......Saya dah amalkan petua ni...alhamdulillah memang menjadi...tapi yang penting ikhlas, redha dan yakin pada ALLAH...dan nanti lihatlah hasilnya? korang akan mengucap syukur banyak2 kerana Allah memang MAHA PembeRI..apa petuanya? JOM LAYAN!!!! baca dulu

Rabu, 24 Ogos 2011

KATA-KATA NEGATIF vs KATA-KATA POSITIF


Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan Kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-Kata yang Positif dan Baik.  



Setelah mendengarkan info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku “ The Hidden Messages in Water “ karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang banyaknya orang yg melakukan percubaan


Selasa, 28 Jun 2011

KITA BERTANYA DAN AL QURAN MENJAWAB

Bismillah Hirrahmanirrahimm........    

  KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

  QURAN MENJAWAB

  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
  jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
  mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216



  KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

  And here is the rest of it.

  QURAN MENJAWAB

  "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
  - Surah Al-Baqarah ayat 286



  KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUSTASI….?

  QURAN MENJAWAB

  "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
  kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

  - Surah Al-Imran ayat 139



  KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
  "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
  kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
  kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
  perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
  sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
  Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


  KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

  QURAN MENJAWAB

  "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
  sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
  orang-orang yang khusyuk"

  - Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

  QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
  dengan memberikan syurga utk mereka... ?

  - Surah At-Taubah ayat 111





  KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

  QURAN MENJAWAB

  "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku
  bertawakkal. "

  - Surah At-Taubah ayat 129




  KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

  QURAN MENJAWAB

  "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
  berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

  - Surah Yusuf ayat 12




  KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
  
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
  telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
  diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
  sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
  org2 yg dusta."

  -Surah Al-Ankabut ayat 2-3



  Nota:
  Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya cuba mengingatkan diri sendiri dan menyebarkan kepada kalian sebagai peringatan
  untuk dikongsi bersama.

 

WALLAH HUALAM

 
 KREDIT 2:
 Azizi Shaari,
IPOH
ab_azizi48@yahoo.com.my / abazizi48@gmail.com

Ahad, 19 Jun 2011

TIPS STUDY MENURUT AL QURAN

Jangan Hanya Pandang Ke Barat

InsyaAllah, pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi suatu alternatif bagi kita mendapatkan motivasi dan tips belajar berdasarkan sumber yang jarang diketengahkan. Kebiasaan bagi manusia zaman ini hanya mencari tips kejayaan dan kecemerlangan berpaksikan sumber kajian dari negara barat, mahupun negara-negara maju lainnya. Ianya memang amat baik bagi menyingkap dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dimana-mana, kerana ia sebenarnya berasal dari umat Islam sendiri, namun mengapa pada hari ini kita lebih menaikkan dan mengutamakan sumber di sana berbanding sumber yang wajib kita pegangi, Al-Quran. Kerana 'Al-Quran Ummul 'Ilmi' [Ibnu Mas'ud], Al-Quran ibu/induk kepada ilmu. InsyaAllah, kali ini kita membelek ilmu pada topik tips belajar dan berjaya dalam Al-Quran.

Sebelum kita mulakan perkongsian perlu kita yakini dan sedari bahawa kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman. Orang-orang yang beriman sepatutnya menjadi yang paling tinggi dalam pelbagai aspek, samada pendidikan, kerjaya, rumah tangga, sosial, ekonomi dan sebagainya, kerana inilah batu-bata yang bakal menguatkan binaan umat Islam.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]

Janganlah kita jatuh motivasi atau bersikap lemah, apatah lagi bersedih hati sehingga merapuhkan kejayaan, kerana jika kita mengaku orang-orang beriman, sepatutnya kita yang paling tinggi darjatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan. Maka ayuh kita buktikan kepada dunia, orang-orang beriman paling tinggi kedudukannya. Kerana memang berjaya orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya berjaya-lah orang-orang yang beriman,"[QS al-Mukminum, 23:1] 

Tips Belajar @ Al-Quran

Sebenarnya terlalu banyak tips dalam al-Quran yang mampu kita manfaatkan dalam kehidupan, kita perlu menjadi orang-orang yang berakal, berfikir, menghayati dan mengkaji ayat-ayat Allah yang mengandungi pelbagai hikmah kepada semua status manusia. Antara tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah......

Jumaat, 17 Jun 2011

HALUSNYA CARA ALLAH

Masya-Allah, Astaghfirullah.
Aku seolah-oleh baru tersedar dari mimpi. Mindaku seolah-olah baru bangun dari kelalaian yang lama. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Dia masih menginginkan aku untuk berubah menjadi lebih baik. Menginginkan aku kembali merujuk kepada-Nya dalam melayari kehidupan ini.
Kedatangan rakanku bersama rakannya yang tidak aku kenali, benar-benar memberi hidayah kepadaku. Sememangnya rakan perempuanku itu telah memberitahu untuk datang ke rumahku pada hari itu. Setelah mendapat izin suamiku, aku pun menerima kedatangannya. Namun tidak disangka dia membawa seorang lagi kawan perempuannya yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Aku tidak tahu bagaimana hendak menolak kehadiran tetamu baruku itu kerana aku belum meminta izin suamiku. Inginku menelefon atau menghantar sms pada masa itu di hadapan tetamu, terasa tidak sesuai. Apa yang perlu aku lakukan? Hati aku berdolak-dalik. Sekiranya aku menjemput dia masuk, berdosa kah aku kerana tidak meminta izin suamiku dahulu? Kalau aku tidak menerima kehadirannya, apa pula perasaannya? Bagaimana kendak ku terangkan kepada tetamuku? Bukan aku tak sudi tetapi, aku tersepit antara adat dan tuntutan. Masya-Allah, sesungguhnya tuntutan adat sememangnya selalu bercanggah dengan tuntutan agama.
Otakku ligat membuat keputusan, yang akhirnya aku terpaksa membenarkan tetamu-tetamu ku masuk. Di dalam hatiku, hanya Allah yang tahu betapa rasa bersalahnya aku kerana mengizinkan orang lain masuk ke rumah tanpa izin suamiku. Pada masa itu juga aku telah bertekad untuk memohon maaf kepada suamiku bila pulang dari kerja. Semoga suamiku faham situasiku pada masa itu. Amin.
Ternyata, kedatangan kawanku bersama rakannya, ada hikmahnya dan memberi hidayah kepada aku. Selama ini aku sememangnya telah bertekad untuk berhenti mengumpat atau berkata tentang orang lain sama ada orang itu aku kenal atau pun tidak. Namun, bertahun telah berlalu, semakin aku usaha, semakin banyak pulak dugaan yang menggalakkan aku terus mengumpat tanpa tahu cara untuk mengelaknya. Tambahan pula jiran-jiranku terdiri daripada wanita-wanita yang sama sikapnya, iaitu mengumpat.
Ya Allah, setiap kali aku bersembang dengan jiranku, mengumpat itu mesti ada. Fitnah, entahlah. Aku pun tidak tahu. Aku yang tidak tahu apa-apa cerita tentang orang di sekitar aku kerana aku sememangnya tidak mempunyai ramai kawan, akan menjadi tahu hanya dengan bersembang bersama jiran-jiranku. Sama ada ceritanya benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Setiap kali aku masuk ke rumah setelah habis bersembang, aku akan rasa bersalah sendiri. Aku memohon ampun kepada-Nya kerana mengumpat, namun ia berulang kembali. Aku belum mempunyai kekuatan untuk berubah. Aku sering mengingatkan diriku dengan sering membaca buku-buku azab Allah kepada sesiapa yang mengumpat supaya aku boleh berubah. Tetapi, itulah tipu daya syaitan laknatullah. Semakin kita berusaha untuk berubah, semakin kuat hasutannya.
Dengan izin Allah, Dia mendatangkan aku seorang tetamu yang tidak ku kenal, menceritakan masalahnya yang telah di burukkan oleh orang yang dia kenal dan baik hubungannya dimana orang tersebut juga merupakan salah seorang jiranku. Semakin dia bercerita, semakin banyak keburukan orang tersebut terbongkar. Tiba-tiba aku tersedar.
Maha Suci-Mu Ya Allah, kalau kita selalu menceritakan keburukan orang, Allah pasti akan membuka aib kita. Aku yang pada asalnya hanya kenal sedikit tentang insan itu, menjadi semakin kenal dengan sikap buruknya hanya dengan melalui cerita orang lain. Terbukti Allah telah membuka aibnya kerana sikapnya yang suka menceritakan keburukan orang lain.
Ia memberikan aku kesedaran dan keinsafan. Aku tidak mahu aibku di buka oleh Allah SWT. Aku benar-benar insaf. Pada masa itu juga aku bertekad untuk tidak mengumpat lagi. Azamku semakin kuat untuk berubah walaupun aku tahu cabarannya banyak. Sebagai langkah permulaan, aku menguatkan hati dengan berkata kepada kawan dan tetamu baruku itu agar semua ceritanya itu cukuplah sampai di sini sahaja kerana aku tidak mahu keaiban kita pula di buka oleh Allah.
Alhamdulillah, tetamu-tetamuku bersetuju. Begitulah halusnya cara Allah, dan aku bersyukur kerana aku diberi petunjuk, hidayah dan kekuatan untuk aku terus berubah. Sekarang ini, sekiranya aku bersembang, aku membuat keputusan agar otakku mendengar juga apa yang dituturkan oleh mulutku agar otakku boleh tapis dan menghalang agar aku tidak mengumpat lagi. Aku juga seboleh daya cuba mengelak dari banyak bercakap dan mengurangkan aktiviti suka bersembang bersama jiran-jiranku.
Semoga usahaku akan berjaya kerana aku tidak mahu di hidangkan dengan daging manusia di akhirat nanti. Insya-Allah.
-Artikel iluvislam.com

Selasa, 7 Jun 2011

HANYA STOKIN NAMUN AKU BERSYUKUR




Aku diberikan didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapaku. Apabila umurku mencecah 13 tahun, aku mula hidup berdikari di sekolah berasrama penuh dan di sana, kami semua pelajar perempuan diwajibkan berstokin sepanjang masa. Aku sebagai seorang pelajar yang mengikut peraturan memang sentiasa memakai stokin di sekolah.

Tetapi apabila pulang ke rumah, melayanglah stokinku entah ke mana. Apabila umurku 16 tahun, aku berpindah sekolah kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sekolah baruku turut mengarahkan kami memakai stokin sepanjang masa dan bagi ku, itu bukan satu masalah. Tetapi, amalan berstokin di rumah tetap tidak aku lakukan. Mungkin bagiku berstokin tidaklah sama penting dengan bertudung.

Sehinggalah aku mendapat tawaran ke salah satu kolej matrikulasi di utara Malaysia. Selepas mendaftar dan mengemas barang-barang di dalam bilik, kawanku mengajakku bersiar-siar di kawasan kolej. Aku mula terfikir, adakah aku perlu berstokin walhal tiada peraturan menyuruh kami memakai stokin di kolej tersebut.

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana aku sedar bahawa apa sahaja keputusan yang akan aku ambil pada saat itu, akan aku teruskan hingga ke liang lahad. Sehinggalah kawanku memanggil namaku, aku dengan lajunya mencapai stokinku dan memakainya dan terus keluar dari bilik. Sejak dari itu, stokin tidak pernah lari dari kakiku.

Bila ku imbas kembali hari pertamaku di kolej matrikulasi, aku rasa gembira kerana memilih untuk berstokin. Bagi aku, Allah telah turunkan hidayah-Nya kepadaku pada hari tersebut dan aku sangat bersyukur.

Selama 5 tahun aku memakai stokin, hanya tahun ke-6 baru aku berstokin seikhlas hatiku.

Walaupun hanya stokin, bagiku ini adalah anugerah Allah untukku. Terima kasih ya Allah untuk hidayah kecil ini.

Pesanan untuk saudaraku wanita di luar sana, janganlah putus asa untuk mengamalkan apa yang Allah suruh. Sesungguhnya hidayah Allah akan turun jua kepadamu dalam keadaan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Teruskan berdoa dan teruskan beramal, semoga Allah akan mengurniakan hidayah-Nya supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus. InsyaAllah.







http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/2526-hanya-stokin-namun-aku-bersyukur.html

IKLAN 3