IKLAN

Selasa, 11 September 2012

Kejahatan Yahudi yang tercatat dalam Al-Quran

Assalamualaikum wbt


Antara tuduhan melampau dan keterlaluan Yahudi yang tertulis di dalam Al Quran ialah


  • Menuduh Nabi musa berpenyakit Kusta
Wahai orang orang yang beriman janganlah engkau menjadi seperti Yahudi yang telah mencaci Nabi Musa, lalu Allah membersihkannya daripa segala cacian yang mereka katakan :dan Dia adalah seorang yang mulia di sisi ALLAH (Surah Al-Ahzab 33:69)
  • Enggan beramal dengan Kitab Taurat sehingga Allah Mengangkat Gunung Tursina
 Dan ingatlah ketika kami mengangkat perjanjian setia dengan kiamu semasa kami angkatkan Bukit Tursina itu ke atas kamu (dan kami berfirman) "ambillah dan amalkan ajaran Taurat yang Kami berikan kepada kamu dengan bersungguh sungguh dan dengarlah apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya .Mereka menjawab "kami dengar dan kami menderhakai"sedangkan kegemaran menyembah patung (anak lembu) telah mesra dan sebati dalam hati mereka dengan sebab kekufuran mereka.Katakanlah wahai Muhammad "Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh kepercayaan kamu itu kalaulah kamu orang yang beriman" (Surah Al-Baqarah 2:93)
  • Mengubah Perintah Allah
dan Kenangkanlah ketika kami berfirman: Dan masuklah ke bandar ini kemudian, makanlah sepuas-puas hati kamu dengan apa yang kamu sukai.Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintaklah ampun) dengan berkata "YA ALLAH ampunilah dosa-dosa kami" supaya kami ampunkan kesalahan kamu dan kami akan tambah pula pahala bagi orang yang berbuat baik (Surah Al-Baqarah 2:58)
kemudian Mereka telah mengubah perkataan perintah kami dengan melakukan perkara yang bertentangan
  • Tidak mahu menyembah ALLAh sehingga melihat ALLAH dengan mata mereka
dan kenangkanlah ketika kamu berkata:Wahai Musa! kami tidak akan beriman kepada ALLAH sehingga kami dapat melihat Wajah ALLAH.Maka kerana itu, kamu disambar petir sedangkan kamu semua melihatnya (Surah Al-Baqarah 2-55)

IKLAN 3