IKLAN

Jumaat, 9 Mac 2012

CUEPACS SSM 'GANTI' SBPA HANYA INTERIM

SHAH ALAM - Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula sebagai pengganti kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dimansuhkan hari ini, hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya percaya kerajaan akan memperkenalkan satu sistem saraan yang baru memandangkan SSM digunakan semula dengan SBPA yang pembatalannya diumumkan hari ini.


SSM, yang digunakan hampir satu dekad, diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSB dikuatkuasakan pada Januari 1992.




Kedua-dua SSB dan SSM menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerajaan.
"Saya yakin kerajaan akan datang dengan satu sistem yang baru sama sekali, sebab itu kerajaan bentuk satu suruhanjaya bagi menjalankan kajian," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan mengemukakan cadangan tambahan selain berharap suruhanjaya yang dibentuk akan mengkaji segala pandangan yang telah diberikan sebelum ini kepada pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyemak SBPA.

Azih juga berkata, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk mengumumkan secara rasmi pendirian berkenaan dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan pagi tadi mengumumkan pembatalan skim SBPA dan mengembalikan SSM yang ditambah baik.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Selamat tinggal SBPA

 Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.

Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.
 
Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut
kemampuan kerajaan.

Kata Najib, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia, Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya menyambut baik keputusan membatalkan SBPA dan penambahbaikan skim SSM dengan pelarasan gaji yang lebih adil.

"KPISM juga bersetuju sepenuhnya dengan penubuhan suruhanjaya khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dan kewajaran untuk mengkaji dan mewujudkan skim khusus bagi semua agensi penguatkuasaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau, KPISM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana prihatin dan mendengar denyutan nadi setiap penjawat awam khususnya pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen.

Menurut Khairil, KPISM berharap kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam akan sentiasa berbincang dan berhubung rapat dengan Cuepacs dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan awam yang lebih baik dan jitu di masa hadapan.
 
"KPISM juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar bersedia memberikan gaji minimum kepada semua penjawat awam khususnya penjawat awam di Kumpulan Sokongan agar ia melepasi garis kemiskinan di bandar," kata beliau lagi. 



sumber:wartawan sinar

Jom sertai Contest THERE WILL BE ANOTHER YOU

Assalamualaikum wbt

hari ni saya nak ajak korang sertai sebuah contest yang bertajuk THERE WILL BE ANOTHER YOU....Contest ini di taja oleh Company Great Eastern..... 

Cara2 menyertainya adalah seperti di bawah

Tell us who is irreplaceable to you and you could win a priceless photograph
 of you and your loved one taken by celebrity photographer Russel Wong.
Share your story below.

Hadiahnya sangat berharga sebab kita diberi peluang bergambar bersama ORANG yANG DiSAYANGI dan yang lagi bestttttt photographer nya pulak adalah nama besar dalam bidang ini dan bertaraf internasionaleeeeeYYYY wow~


Nak tahu lebih lanjut apa kata korang banner GREAT EASTERN dan pastikan korang ada foto yang menarik untuk dimuat naik untuk contest ini....saya pun nak join gak


SELAMAT MENCUBA


Sekian Wasallam


Alhamdulillah Akhirnya...thanks NUFFNANG

Assalamualaikum wbt
Apa kabar orang-orang Malaysiaaaaa~ V(>____<)/  (mode happy)

Kenapa? of cos korang dah tahu... tgk tajuk pun dah boleh agakkan.... agak lama NUFFNANG menyepi daripada memberi sebarang Buffered Earning kepada si TEBU MANIS... akhirnya hari ni dengan wajah yang seceria cerianya saya menerima hadiah istimewa daripada NUFFNANG TERSAYANG.... wahahahahha~ macam dapat kereta sport pulak rasanya..... anyway meh saya perincikan apakah yang di sumbangkan oleh NUFF kepada siTEBU MANIS nih.....

nun bawah ni bukti yang NUFF DEARIE sayang bangat sama TEBU MANIS \(-__-)/
 
Klik  sini untuk berkongsi kegembiraan dengan saya


Kata encik NUFF kalau saya dapat BE maknanya advertiser yang pilih Blog untuk mengiklankan companynya... maka tak sah dan kurang manislah kalau saya tak reti2 nak ucap terima kasih kepada  GREAT EASTERN dengan kata2 LIFE IS GREAT hahahha...yes yes my life is great today....


Lama tau saya tunggu untuk mendapatkan BE ni... bak kata orang tua2... PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN...tapi tapi ha kini baru saya tahu bahawa yang pahit itulah ubat yang paling mujarab yang mendidik saya menjadi seorang yang bersabar...dan pahit sudah bertukar menjadi manis .......  ekekeke sukanya 

Ehem ehem.. yang betulnya saya kena bersyukurnya PADA ALLAH kerana dengan izinnya.... rezeki itu mengalir kepada saya..... ALHAMDULILLAH

Buat kawan2 yang lambat dapat BE korang jangan putus asa.. teruskan menulis dan pastikan tulisan korang mengandungi ILMU dan pastinya BE dari ALLAH adalah lebih besar dan banyak menanti di sana


AMIN YA ALLAH


Sekian terima kasih (senyum lagi)


IKLAN 3