IKLAN

Isnin, 25 Februari 2013

Kolam Al-Kauthar



Assalamualaikum


Di antara perkara-perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya ialah ada di sana kolam air bagi tiap-tiap seorang Nabi a.s., untuk diminum oleh umat masing-masing.

Bagi Nabi Muhammad s.a.w. , disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, piala-pialanya banyak tidak terhitung. Nabi Muhammad s.a.w. , akan berada dekat kolam itu pada hari qiamat menunggu sesiapa di antara umatnya s.a.w., yang datang minum dari airnya.


Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan merasai haus dahaga selama-lamanya; ada pun minum-minuman yang ada dalam Syurga maka disediakan hanya untuk diminum buat berlazat-lazat dan bersukaria sahaja, kerana: “Sesungguhnya engkau – wahai penduduk Syurga – tidak akan merasai haus dahaga di dalamnya”; (119 Surah Taha).

Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar pembawaan hidupnya yang baik kepada yang tidak baik selepas Nabi s.a.w., menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya, bahkan orang yang tersebut disekat dari sampainya ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.


Golongan kafir tidak dapat minum di kolam ini. Ulama mazhab Syafie mengatakan terdapat 2 kolam iaitu satu sebelum meniti titian Sirat dan satu lagi selepas meniti titian Sirat iaitu di Syurga. Maka golongan kafir sudah tentu tidak dapat minum di kolam sebelum meniti kerana mereka akan terjatuh ke dalam neraka dan tidak dapat meniti ke sebelah syurga.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka.


Kolam itu namanya “Kolam al-Kauthar”, kerana airnya adalah dari air sebatang sungai di Syurga yang bernama “al-Kauthar” yang dikurniakan Tuhan khas kepada Nabi Muhammad .s.a.w., sungai itulah yang memenuhi kolam yang tersebut melalui dua saluran emas dan perak. Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi (misk).


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: “Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam Syurga, kedua-dua tebingnya adalah dari emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi, dan airnya lebih manis dari air madu, dan lebih putih dari salji.”
Kisah kolam Al-Kausar

IKLAN 3