IKLAN

Sabtu, 19 Januari 2013

Nama nama syaitan dan tugas mereka

Assalamualaikum wbt



Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka. Apatah lagi Iblis, bapa segala syaitan telah diberikan ijazah oleh Allah dalam ilmu menggoda manusia sehingga manusia semuanya tidak akan beriman kepada Allah. 

Tetapi Allah menyebutkan bahawa orang-orang yang ikhlas tidak akan dapat diperdaya oleh Iblis dan tenteranya. Bagi mereka yang beriman syaitan akan membisikkan was-was, gelisah dan sebagainya. Begitulah hebatnya perancangan dan gerakkerja syaitan yang terus berjalan tanpa henti dan mengira masa. 

Syaitan telah membahagikan tugas-tugas tertentu kepada ketua-ketua mereka yang tertentu pula.

1-Qarin – mendampingi manusia sejak lahir lagi bagi mengajak, merayu dan menipu supaya menyimpang jauh dari jalan yang diridhai Allah.

2-al Wilhan –menggoda dan mengganggu manusia sedang wudhuk

3-al Hinzab – mengganggu manusia sedang solat

4-Thibr- bertugas khusus untuk membinasakan manusia.

5-Awar- menggoda manusia untuk melakukan zina.

6-Mabsut – membisikkan manusia supaya berdusta.

7-Dasim – Bertugas semata-mata menjadikan supaya manusia bersengketa dengan keluarga.

8-Zalanbur- Bertugas dipasar-pasar membisikkan dan memberansang manusia supaya melakukan penipuan semasa menjula beli. 

mengucap


Itu adalah antara nama-nama syaitan dan tugas-tugas yang dipertanggung jawabkan yang dapat dicatatkan disini. Pengkhususanini menjadikan syaitan tersebut begitu mahir dengan tugas mereka dan faham benar akan kelemahan manusia. Semakin tinggi ilmu agama yang dimiiki oleh seseorang manusia itu, semakin tinggi azam dan usaha syaitan bagi membinasakan manusia dengan menghantar bala tentera dan pengikutnya yang standing atau yang lebih tinggi dari taraf manusia yang hendak dibinasakan itu.
Ada manusia yang menjadikan syaitan itu gurunya. Jadilah syaitan itu bersarang dalam uratdarahnya. Ada juga manusia menjadikan syaitan itu hambanya yang mereka sangka bahawa mereka memiliki sesuatu yang luar biasa. Tetapi itu adalah perangkap syaitan bagi menyesatkan manusia. Sehinggakan manusia tidak dapat menggunakan akalnya yang waras dalam mencari dan mengikut kebenaran. Dan akhirnya manusia ini tidak sempat bertaubat dan menjadi rakan syaitan di dunia dan di dalam neraka Allah buat selama-lamanya.
Kita minta dijauhkan oleh Allah akan perkara yang sedemikian. Nauuzubbillahi minasysyaitanirrajim. Kita mohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang kena rejam..



 Nabi Muhammad saw, tidak pernah berkesempatan untuk menyebut perhatian 'abi' kerana ayahnya meninggal Ketika Nabi Muhammad saw masih di dalam kandungan ibunya 2bulan, kerana Nabi Muhammad saw tidak terlepas dengan kalimah 'Rabbi'..

Ayuh, sentiasa igt Allah dalam apa jua kita lakukan, dan Jgn lupa berselawat ke atas Nabi Muhammad sa - heliza helmi

Rabu, 16 Januari 2013

42 KELEBIHAN SELAWAT KEATAS NABI

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.
selawat
Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.

3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat

4. bersamaan dengan selawat para malaikat

5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat

7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat

8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita

12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. mendapat darjat al-sidq

14. ditunaikan segala hajat

IKLAN 3