IKLAN

Khamis, 18 Oktober 2012

Cintai Allah Melebihi Cinta pada Manusia

Assalamualaikum wbt
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, niscaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.


Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu. Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau berikan kepadaku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.



Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

 TERIMA KASIH

sumber

Rabu, 17 Oktober 2012

DOA MEMOHON KESELAMATAN TERHADAP DIRI, ANAK-ANAK, KELUARGA DAN RUMAHTANGGA DARI KEJAHATAN MANUSIA, BINATANG DAN BALA BENCANA

Assalamualaikum wbt

Semua, sahabat2, saya nak mengingatkan kepada kita semua supaya jangan putus berdoa kepada ALLAH.Walau kita alert macammanapun terhadap keselamatan diri ketika dirumah, jalan raya, tempat kerja atau dimana saja, tanpa ihsan ALLAH kita mungkin ditimpa musibah. Nabi ajar kepada kita bahawa doa adalah senjata kepada para muslimin.... so gunakan senjata ini untuk keselamatan diri.HANYA ALLAH yang mampu....



إِنَّ رَبِّيَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ ،
مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأُ لاَ يَكُونُ لاَ حَوْلَ ،

وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ ،
أَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ،
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا،
أَعُوذُ بِالَّذِي يُمْسِكُ السَّمَاءَ أَنْ تَقَعَ عَلَى الأَرْضِ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ رَبِّي آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Maksudnya : Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung.Aku bersaksi bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu.Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

( Riwayat al-Baihaqiy dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490 , Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)

Kelebihan & Khasiat

Menurut riwayat dari al-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya.Abu Darda menafikannya.Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang dketiga tetapi tetap dinafikannya.Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya”.


SUMBER

IKLAN 3