IKLAN

Selasa, 4 Disember 2012

Apa itu Zionisme?



Assalamualaikum wbt

Maafkan saya dah lama sangat saya tak UPDATE blog.Maklumlah baru selesai kenduri sambut aidk ipar baru ;)

 Saya nak ajak kawan2 study sikit apa kaitan Zionis dengan Yahudi

Zion ialah tempat suci Nabi Daud sejak baginda yang juga seorang raja berjaya menakhluk
 BUKIT ZION yang ketika itu menjadi benteng pertahanan Orang Yahudi yang mencapat ancaman kaum Yabus.Nabi Daud tinggal di benteng itu dan Kaum Yahudi telah menamakannya BANDAR DAUD

Dengan nama lain 
Zion ialah dasar atau gerakan kaum yahudi yang bertujuan menegakkan sebuah negara Yahudi di Palestin, iaitu di Bukit Zion dan sekitarnya 
Pemandangan di Bukit Zion

Semangat Zionisme

Zionisme membangkitkan fanatik kebangsaan (keyahudian) dan keagamaan dengan mempergunakan cara kekerasan untuk mencapai target mereka.Jelasnya mereka berpegang dengan konsep "matlamat menghalal cara"

Zionisme menggunakan tipu helah untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan sama sekali penggunaan PALESTIN .Mereka menggantikan dengan perkataan lain yang berkaitan dengan sejarah kaum Yahudi di negara PALESTIN.So nama Israel ditabalkan sebagai sebagai negara yang mereka sendiri dirikan.

Jelas sekali zionisme ialah suatu fahaman perkauman hegemoni satu bangsa.Zionisme membawa fahaman rasis yang bercaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul, manakali semua bangsa lain adalah jahat dan salah.




IKLAN 3