IKLAN

Sabtu, 28 September 2013

Jejaka Manis dari Syria

Assalamualaikum wbt

memandangkan saya rindu Bumi SYRIA maka saya nak berkenalan dengan pemuda dari sana pulak-- boleh?

Bagus kah intro saya?

Sebenarnya saya nak ajak kawan2 lihat betapa hidayah dari ALLAh adalah tuk semua hambanya--tak kira baik atau jahat-- Islam atau Kafir

Alkisahnya pemuda ni bertugas sebagai tentera BASYAR -- 7 bulan yang lalu
tapi kini mamat ni dah beralih angin--Dia fikir masak2 -- tiada manafaat bekerja dengan PENZALIM.jadi Mazloum yang berumur 23 tahun telah resign dan bekerja dengan Mujahideen FSA

Memang tepat sekali keputusannya--
Saya setuju!!!!! 

Mazloum, 23, membelot dari menjadi tentera Basyar sejak 7 bulan lalu dan kini berjuang bersama-sama Mujahideen FSA. Beliau menggunakan pengalaman beliau selama bertugas sebagai tukang masak di kem tentera Basyar dan kini tugasnya adalah memasak makanan bagi Mujahideen FSA di Khaldiyah, Aleppo.

pray for syria
Taraaaa--
Nilah dia mamat tu

Jom sama2 kita doa keselamatan MOZLOUM dan semua tentera mujahidin selamat begitu juga dengan rakyat syria yang tertindas.kalau kita tak beri pertolongan wang atau tenaga-- jangan lokek untuk tadah tangan dan berdoa untuk SYRIA


ayuh!!!! PRAY FOR SYRIA

--tebumanis78-- 


Jumaat, 27 September 2013

Petua:Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat



Assalamualaikum

Pernah dengar tak masalah salur darah jantung tersumbat?
saya ada googlekan sedikit informasi berkaitan dengan salur darah jantung tersumbat
jemput baca semua  (sopannya ^___^)

lihat yer perbezaan antara 2 arteri--
nampak atau tidak perbezaannya?--
nampakkan? bagus!!!!   :)



Apabila kolesterol atau bahan-bahan lain dimendapkan di saluran-saluran jantung anda (arteri koronari), pembentukan plak akan berlaku menyebabkan saluran-saluran darah penting menjadi sempit.
Proses penyakit ini dipanggil ateriosklerosis. Penyempitan saluran darah jantung mengakibatkan darah yang kurang oksigen dibekalkan kepada otot jantung. Ini boleh mengakibatkan sakit dada (angina pektoris) Jika plak yang terbentuk menyumbat sepenuhnya saluranjantung, atau saluran jantung pecah, ini akan mengakibatkan serangan jantung (infark miokardium).


Jika anda mempunyai simptom-simptom sakit dada,anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Simptom-simptom sakit dada termasuklah sakit di dada yang tersebar ke bahagian atas badan dan sakit dada yang sangat mendesak.

petua membuka darah pada salur jantung

bahan2 yang diperlukan


Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat

Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di j
antung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal


Khamis, 26 September 2013

Kematian indah seorang TABLIGH

Assalamualaikum

Dear All sahabat/kawan2, mungkin ada diantara awak semua dah baca cerita ni--
tapi bagi yang belum jemput baca ya. Saya sengaja masukkan dalam blog supaya mudah untuk saya membaca berulang kali cerita indah ini

Apa yang lebih baik bagi yang hidup melainkan kematian yang manis yang diatur oleh ALLAH kan--
jemput baca nah, buat santapan minda-cuci hati
--dan sebagai--
inspirasi dalam kita mencari redha ALLAH




"Kisah Anak Seorang Tabligh"


Bila kisah ini menyinggah di pandangan mataku...sejenak aku berfikir. Sejenak itu jua aku pantas menjadikan ia satu perkongsian untuk semua. Tidak kupasti siapakah penulis kisah ini, namun di alam maya ini, aku terpanggil untuk menjadikan ianya satu pengisian yang menarik.

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.


Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.





matinya seorang tabligh


Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.


Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.


Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah pun kembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.


Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.


Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.


Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak.  Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."



Semoga ALLAH beri hidayah,keimanan serta kebaikan dunia dan akhirat --ameen
sumber

Rabu, 25 September 2013

Dalam penjara pun ?

Assalamualaikum

"new update from egypt"

Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir. Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain.

Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal. Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa".

Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, "para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih". --MaasyaAllah.

Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah [tempat didikan]". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.

penjara mesir
Gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah [salah satu penjara di Mesir] suatu ketika dahulu

Sumber

Selasa, 24 September 2013

Realiti Guru yang orang tak tahu

Assalamualaikum

Alhamdulillah, reti pun saya melawat "rumah maya" saya. Itupun dengan izin Allah. Ilham yang baik pastinya datang dari ALLAH. kebiasaannya saya spechless and writeless hehe -- (betul kah writeless tu?--hantam sajalah ... )

Eh,eh, membebel pulak aye ^_^
K,k , ohkeyyyy..... btw isu yang saya nak discuss rini agak serius... yer... sangat serius
Of cos related to my profesion, cikgu--.Agak2 apa first impresion kawan2 semua bila baca "my headline"

Culas? mengelat?menyalahkan pihak lain?
Ini sekadar sebuah rasa seorang manusia yang bekerja sbg guru.Apa yang saya nak ketengahkan disini adalah fakta dan apa yang saya lalui setiap hari hampir 13 tahun berada dalam " kasut pendidik"
tekanan pada guru



"Cikgu yang dulu, cikgu yang sekarang"
Cikgu yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu disayang sekarang cikgu ditendang,
Dulu dulu dulu cikgu bahagia,
Sekarang cikgu menderita,

Cita cita cikgu menjadi orang berjasa,
Dulu cikgu susah sekarang alhamdulillah,
Bersyukurlah pada Yang Maha Kuasa,
Memberi jalan untuk cikgu semuanya,

Hidup cikgu dulunya seorang pengajar,
Sekarang lebih kepada kuli dan kerani,
Tetapi demi mengejar cita cita paling mulia,
Membantu mendidik anak bangsa,

Sekolah dulu cikgu duduk sekejap saja,
Sekarang terpaksa sampai ke malam,
Tetapi, cikgu tak berputus asa,
Pasti Yang Kuasa memberi jalannya..

Mungkin lagu tersebut boleh menerangkan maksud hati saya--
Pun begitu percayalah semua , saya sayang tugas ini
Saya cinta anak2 didik saya--


Semoga suatu hari nanti tugas guru diberikan secara berfokus dan tugasannya kena dengan kehendak semua pihak dan pada masa yang sama tidak terlalu membebankan

psst: dah sarapan?

Wasalam

Isnin, 23 September 2013

PBS Sains tahun 2 - Bayang-bayang

Assalamualaikum semua


Again saya mengulangi perangai dulu2
apa itu ?-- ^_^
lambat update blog
Selalu rindu dengan blog, tapi asik mengabaikan kesayangan ai ni

Oklah duhai blog--
untuk tidak memalaskan diri--
saya nak update mengenai PBS atau long termnya Penilaian Berasaskan sekolah

Hari ni 23/9/2013--
Saya menjalankan kajian lapangan bersama-sama murid tahun 2 Abu Bakar
kami semua memerlukan matahari yang terang menyinar
kenapa?
sebab nak lihat bagaimana bayang2 terbentuk

kanak2 tahun 2 for sure curious carrying out this investigation
sengih2 semua--
penuh dengan kreativiti -- (konon)
ohkeyyyy--
lets start--




bayang-bayang
Aktiviti murid



Aktiviti murid



Aktiviti murid


Aktiviti murid


Aktiviti murid
See--
how creative they are 
semuanya beri kerjasama--dok diam2 in row dan buat hal masing2
phewww cikgu pula sangat happy
sbb merasakan 
spontaneous lesson plan was meet the objective

oklah kengkawan/sahabat blog

Wasalam

IKLAN 3