IKLAN

Jumaat, 27 September 2013

Petua:Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat



Assalamualaikum

Pernah dengar tak masalah salur darah jantung tersumbat?
saya ada googlekan sedikit informasi berkaitan dengan salur darah jantung tersumbat
jemput baca semua  (sopannya ^___^)

lihat yer perbezaan antara 2 arteri--
nampak atau tidak perbezaannya?--
nampakkan? bagus!!!!   :)



Apabila kolesterol atau bahan-bahan lain dimendapkan di saluran-saluran jantung anda (arteri koronari), pembentukan plak akan berlaku menyebabkan saluran-saluran darah penting menjadi sempit.
Proses penyakit ini dipanggil ateriosklerosis. Penyempitan saluran darah jantung mengakibatkan darah yang kurang oksigen dibekalkan kepada otot jantung. Ini boleh mengakibatkan sakit dada (angina pektoris) Jika plak yang terbentuk menyumbat sepenuhnya saluranjantung, atau saluran jantung pecah, ini akan mengakibatkan serangan jantung (infark miokardium).


Jika anda mempunyai simptom-simptom sakit dada,anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Simptom-simptom sakit dada termasuklah sakit di dada yang tersebar ke bahagian atas badan dan sakit dada yang sangat mendesak.

petua membuka darah pada salur jantung

bahan2 yang diperlukan


Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung tersumbat

Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di j
antung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:
1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal



Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. Insha Allah rawatan ini akan berhasil.

Saya bancuh kopi dan hidang pasta (copy paste)



harapnya beri manafaat kepada kita--Kalau tak awak atau saya yang kena --mungkin kenalan,sedara mara kita atau orang yang kita sayang yang menghidap penyakit nijadi simpanlah petua ini moga2 bermanafaat dikemudian hariINSHAAA ALLAH-- KONGSIKAN tau--
--Dari Meja seorang cikgu--
sumber
sumber

IKLAN 3