IKLAN

Rabu, 13 November 2013

Puasa sunat 10 Muharram adalah sunnah Nabi saw

Bismillahirrahmannirahim

Assalamualaikum wbt

Hari ini 10 Muharram 1435h
Berada di bulan Muharram mengingatkan kita bahawa terdapat banyak fadhilat yang boleh kita rebut sama seperti bulan  Zulkaedah,Zulhijjah dan Rejab.Pada bulan-bulan ini umat islam dilarang berperang melainkan diserang terlebih dahulu.


sunnah bulan muharram

Allah SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, ayat 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
puasa muharram


Amalan sunnah Muharam ialah berpuasa sunat .Puasa yang paling afdal selepas Ramadhan adalah pada 10 Muharram dan diapit bersama sama ada 9 dan 10 Muharram atau 10 dan 11 Muharram


muharram

‘Abdullah B ‘Abbas RA berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”

Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana Allah telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada Allah dan kami pun turut serta berpuasa.

Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu ‘Abbas RA berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-Allah kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)


--Kelebihan Muharram--
#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Selasa, 12 November 2013

7 kebaikan selepas menangis

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Menangis adalah fitrah manusia--
Dengan mengalirkan air mata perasaan geram,marah,benci atau sedih akan dapat dikurangkan
Golongan yang sering dikaitkan dengan tangisan adalah wanita dan kanak-kanak
melalui kaca mata sains pula tangisan berguna kepada penglihatan, ia membantu membasahkan dan melicinkan bebola mata disamping memudahkan membuka dan menutup mata.

menangis

Kajian psikoterapi yang dilakukan memaklumkan bahawa mereka yang kerap menangis dapat menghindari penyakit tekanan darah tinggi, serta mengurangkan suhu badan dan melembutkan denyut nadi yang terlalu laju. Selain itu, menangis boleh menurunkan aras larutan mangan di dalam tubuh. Mangan, Mn ialah bahan mineral yang mengacu perasaan dan motivasi. Kajian mendapati air mata mengandungi 30 kali ganda lebih banyak mangan daripada serum darah. Dari sudut saintifik, menangis dan meraung mampu menenangkan perasaan.sumber
ramai yang menangis kerana tuntutan emosi akan tetapi
ramai yang tidak menyedari tentang kebaikan menangis -- Antaranya ialah


1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.


2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.-/
belogfadah


--coretan sains--
#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3