IKLAN

Sabtu, 5 Oktober 2013

Promosi Tesco pada Oktober 2013


Siapa yang suka shopping kat tesco angkat tangan!
Hemmmm ramainya
Kenapa eh?
Tentunya sebab barangnya murah,storenya besar dan kondusif
Staffnya mesra ,Banyak produk yang dijual
dan lain2 ^-^ sebab yang logik-- heeee

Apasal saya sibuk cita pasal TESCO hari ni?
Sebabnya saya baru ja balik dari
Tesco Stargate yang terletak di Exit Highway Alor Setar Utara
Ermm ada pamplet baru keluar rujuk sini

Antaranya ialah

katalog tesco

tesco Stargate Alor Setar


Yang menarik perhatian saya ialah Printer Canon MG3170--
Harga di Tesco ialah 269.00 sahaja,Bagi sesiapa yang ingin mendapatkannya cepat yeaa-- sah sehingga 3-16 Oktober 2013


Printer Canon
Actually banyak lagi Item lain yang ditawarkan dengan harga yang rendah
Cepat2 dapatkannya di TESCO seluruh Malaysia sepanjang Oktober 2013

--promosi percuma--
#tebumanis78

kalau nak tahu cara memberus gigi dengan cara yang betul klik sini
Gambar perkahwinan Amir Jahari disini
Keputusan bola sepak sarawak vs sime darby di sini 

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Korban dan akikah untuk GAZA part 3



Nadir al-Nuri telah mengemaskini statusnya di Facebook
pada pukul 22.45 waktu Malaysia
Siapa Nadir?
kalau tak tahu baca kat sini
Qurban untuk Gaza 1
Qurban untuk Gaza 2 
Qurban untuk Gaza 3


 
gaza
Tambah kapsyen
Lembu sembilan telah habis dikebas.
Saya sudah mula membayangkan penjaga sempadan Palestin menghirup sup daging panas tatkala dingin malam mencucuk, anak-anak kecil menunggu di dapur dan mengintai ibu memasak daging yang jarang dijamah dan gelak-tawa anak-anak syuhada' bila dijamu kenduri nanti.

Demi Allah. Cukup kalau seorang budak tersenyum kenyang. Inikan pula lebih 1000 keluarga yang akan dapat dibantu.

Lembu kesepuluh dibuka. Biasanya yang ambil bahagian pertama ni berkat, buka pintu untuk orang lain beramal. Orang hebat-hebat je ambil. DUA JAM sebelum Jumaat berlalu. Tapi kalau nak ikut waktu Gaza, kami baru jam 4pm :')

--share dari facebook--
#tebumanis78

 super spontan 2013
download running man

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Korban dan akikah untuk GAZA part 2

 

From Facebook Nadir Al-Nuri--
Ini adalah episod ke-tiga catatan Nadir
dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin lembu untuk

Qurban di Gaza tahun 2013 dan diagihkan kepada lebih daripada 1000 keluarga
Ayuh--
Kalau mampu jemput hulurkan sumbangan
Tidak sampai satu jam, lembu keenam habis ditempah. Modal yang kami keluarkan untuk makan malam penjaga perbatasan Palestin sebanyak RM450 Ahad lalu dipulangkan oleh Allah, menjadi sekitar RM45,000 dalam masa lima hari.
qurban di gaza 2013
Jangan hampakan harapan kanak2 ini untuk menikmati daging lembu Qurban tahun ini

Benar, ada penderma yang menceritakan kisah rezeki datang ke pintu rumah mereka tanpa disangka-sangka, tetapi jangan mengharapkan pulangan wang ringgit semata-mata. Sihat itu nikmat. Anak yang soleh itu nikmat. PMR yang dijawab dengan mudah itu nikmat. Kerja yang mendatangkan gaji yang halal itu nikmat. Tarik lepas nafas dan degup jantung itu nikmat - selayaknya kita menjadi hamba yang bersyukur.

Kerana masih ramai yang mahu beramal dan syurga sangat luas, bismillah, kami membuka lembu ketujuh untuk dikorbankan. Lembu ketujuh berbaki enam bahagian.


Minggu lepas saya menziarahi sekolah Darul-Arqam di Syaaf. Sekolah ini majoriti pelajarnya adalah anak-anak syuhada'. MashaAllah, tatkala berjalan menziarahi kelas-kelas bersama guru pengiring, beliau dari masa ke semasa menuding jari dan memperkenalkan anak-anak murid di sekolahnya - ini anak assyahid fulan dan ini anak assyahid fulan dan itu anak assyahid sekian.

Antara yang sempat saya kenal, ialah Muhannad (dua dari kiri), anak as-syahid Ahmad Ja'bari, panglima Qassam yang agung, yang pembunuhannya menjadi punca meletus perang 8 hari November lepas. Lembu ketujuh ini, dengan izin Allah, akan disuap ke mulut anak-anak syuhada', anak-anak saya dan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan di Darul-Arqam.

Satu bahagian bernilai RM1300, untuk lembu Belgium dengan berat 500-600kg. Kami juga menerima sumbangan tuan / puan pencinta Palestin yang belum mampu menyumbang bahagian.

Pembayaran bahagian / sumbangan untuk korban ke Bank Islam BIMB 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah). Akaun alternatif akan diberikan atas permintaan.

Maklumkan transaksi melalui emel nurilhakim87@gmail.com untuk rekod. Pertanyaan melalui Whatsapp +60195004911.

Sumbangan berjalan sehingga 7 Oktober 2013. Jika bahagian tidak mencukupi untuk seekor lembu menjelang 7 Oktober, setiap bahagian akan ditukar menjadi seekor kambing.

Mereka telah berkorban ibubapa untuk agama, apakah yang sanggup kita korbankan?

p/s : Doakan saya yang akan berdepan dua peperiksaan esok hari. Saya yakin di kalangan pembaca ada wali.

From Gaza With Love

--Share from FaceBook--
 

Mr Bean Memeluk Islam?

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Jumaat, 4 Oktober 2013

Korban dan akikah untuk GAZA part 1


Sambungan dari catatan Nadir Al-Nuri--
Beliau merupakan siswazah yang sedang belajar di
Universiti gaza--(Rakyat Malaysia)

qurban 2013
Masih ada masa lagi untuk membeli lembu untuk kurban 2013 di GAZA semoga keluarga disana bergembira menyambut eiduladha tahun ini
"Salam Encik Nadir. Saya hendak merebut baki lima bahagian tersebut. Saya telah masukkan RM7000 ke dalam akaun Encik."

Mesej itu membuatkan langkah saya terhenti. Menggosok mata. Dan kemudian separuh menangis dan separuh ketawa. Sebelum ini mahu mencukupkan lima bahagian perlu bersekang mata, tersiksa jiwa raga. Kali ini Allah kurnia dalam sekelip mata. Alhamdulillah, dan semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Hari Jumaat ini, dengan lafaz bismillah, saya lancarkan sumbangan untuk lembu keenam dan terakhir, inshaAllah. Seawal pagi Jumaat dua bahagian telah direbut, hanya lima sahaja berbaki. Lembu ini istimewa, kerana akan dikhususkan untuk anak yatim di kalangan penghafaz Al-Quran. Justeru lembu ini adalah untuk kerabat Allah, yang jika diusap kepalanya akan membuka peluang berselisih bahu dengan Rasulullah SAW di syurga, di hari Jumaat yang sedekahnya berlipatkali-ganda, dengan kiraan bulu lembu yang akan dikorban.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah SAW? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari Jumaat lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.”

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan Udhiyyah?” Rasulullah SAW menjawab: “ Itulah sunnah bapamu Ibrahim.” Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?” Baginda SAW menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Subhanallah. Saya namakan lembu ini, Lembu Kombo.
Satu bahagian bernilai RM1300, untuk lembu Belgium dengan berat 500-600kg. Kami juga menerima sumbangan tuan / puan pencinta Palestin yang belum mampu menyumbang bahagian.
Pembayaran bahagian / sumbangan untuk korban ke Bank Islam BIMB 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah). Akaun alternatif akan diberikan atas permintaan.

Maklumkan transaksi melalui emel nurilhakim87@gmail.com untuk rekod. Pertanyaan melalui Whatsapp +60195004911.
Sumbangan berjalan sehingga 7 Oktober 2013. Jika bahagian tidak mencukupi untuk seekor lembu menjelang 7 Oktober, setiap bahagian akan ditukar menjadi seekor kambing.

Milik siapakah LIMA SUPER PAHALA hari ini?

From Gaza With Love

--sharing dari FaceBook--
#tebumanis78

Ustaz Azhar Idrus Berangkat ke Mekah
Red Warrior






SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Welcome cikgu to our school



Sekolah saya sebenarnya dah 5 bulan tak ada Guru Besar 
GB lama iaitu Cikgu Abdul Bin Mat dah pencen pada Mei sudah
Beliau pencen di usia 56 tahun--
Katanya tak mooo sambung perkhidmatan ke 60 tahun dah--
dah letih--
Nak gi bendang pulak-- ^_^

Sepanjang 5 bulan terdapat perbagai rumours siapa yang bakal menggantikan tempat cikgu DUN (Nama glamer gb)
ada yang kata Cikgu dari sekolah sekian2 --
Ada pulak yang kata cikgu sekolah lain pulak

Sebagai guru--
perkara yang paling penting di sekolah adalah siapa Guru Besar di sekolah berkenaan--
kerana beliau lah yang bakal menjadi Ayahanda kepada
anak murid dan Abang Long kepada cikgu2 yang lain

Tugas GB berat--
sebab
Jatuh bangun sekolah bergantung kepada apa perancangannya
terhadap masa depan sekolah (dengan Izin ALLAH)--

Yes-- 
memang teruk kejanya--
Bukan calang2 orang yang boleh menjadi Guru Besar

So selepas penat guru2 menunggu akhirnya 
Guru Besar baru melaporkan diri pada hari Khamis lepas iaitu 2 Oktober 2013
Memang tak asinglah siapa empunya diri--
Beliau pernah bertugas di kawasan Padang Besar utara
Tetapi di sekolah lain sebelum ni
Bukan main gembira kami semua sebab mendapat GB baru yang saya
boleh kategorikan sebagai seorang yang berinspirasi tinggi

Saya pernah bekerjasama dengan beliau untuk satu program 
anjuran PKP Padang Besar Utara beberapa tahun sudah
Alhamdulillah-- Syukur Kerana ALLAH memperkenankan
doa saya dan rakan sekerja semua--
Kami mendapat GB yang baik -- (inshaa ALLAH mudah-mudahan)

Let me introduce him
guru besar baru


Inilah orangnya
Namanya Ustaz ZAIM bin ZANOL
Bekas PK1 sekolah Rendah Islam 1
Beliau masih muda-- baru 38 tahun

sebut saja Ustaz Zaim di kawasan PKP Padang Besar
semua orang tahu kehebatan beliau bekerja --
sebab Ustaz Zaim sangat tegas,disiplin dan berhemah
Bukan saya nak bodek atau pasang kipas--
Takdanya beliau nak baca blog saya nih-- ^_^
Cuma saya gembira
kerana bakal bekerja dengan orang yang berbakat besar menjadi pemimpin
mentadbir organisasi sekolah saya pada tahun -tahun yang akan datang

Sekian
--Cikgu Nurul Ashikin menulis--
#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 3 Oktober 2013

Bersedekah tanpa rasa ragu--Allah Jamin beri bantuan bila kita dilanda kesukaran



To All readers
saya petik kisah ni dari sebuah facebook yang pemiliknya bernama Nadir Al-Nuri
Beliau merupakan salah seorang pelajar malaysia yang terlibat dengan memberi bantuan kemanusiaan kepada Rakyat Palestin dan Syria

Apa yang saya dapat bantu beliau adalah--
menyiarkan titipan kisahnya dalam blog saya
harapan saya--
agar ada insan2 yang sudi membantu 
menyumbangkan wang --
untuk korban pada EIDULADHA dan diagihkan kepada saudara kita
 di GAZA tak lama lagi--

________________________________________________________________________


qurban


Saya ingat ketika kami di Syria, Allah sangat mudah memberikan kami YAKIN. Hampir semua yang didambakan, malah yang terlintas di dalam kepala, akan dimakbulkan 'on-the-spot'.
Yang paling saya ingat, suatu malam di bulan Ramadhan, saya tidak punya apa-apa untuk berbuka. Usai solat Maghrib, saya solat sunat dan berdoa supaya dikurniakan sesuatu mengisi perut. Tatkala melangkah keluar dari masjid, seorang pakcik bersalaman dengan saya; di tangannya terselit 200 lera Syria (sekitar RM20) yang dihulurkan sebagai sedekah.

Peristiwa-peristiwa seakan ini menjadikan diri yang lemah YAKIN untuk beribadah, YAKIN kepada rezeki Allah dan YAKIN bahawa segala pintu beramal harus disambut; gantinya di tangan Allah.

Semalam sekitar jam 12 tengah malam, seorang sahabat datang bertemu saya. Dia melontarkan cadangan supaya NGO menyumbang makan malam untuk sahabat-sahabat yang menjaga perbatasan. Saya teragak-agak, khazanah wang kami hampir sifar dan ada keperluan untuk menampung bahagian korban yang masih banyak berbaki sekiranya gagal mendapatkan penyumbang.

Lebih-lebih lagi jumlah yang dicadangkan agak besar, sekitar RM450 kerana jumlah yang ramai. Seorang sahabat lain mencelah, dengan kata-kata yang saya tidak pasti hadis ataupun qaul, 'barangsiapa yang membantu mereka yang sedang berperang, maka seolah-olah mereka turut berperang'.

Saya malu kepada diri sendiri - berjuang tidak mampu, membantu pun tidak mahu - lalu bersetuju untuk memberi sumbangan tersebut, dengan lafaz yang mereka selalu ajarkan 'tawakkal alAllah', belilah, kita serahkan selebihnya kepada Allah.

Tepat jam 2 pagi, saya menerima notifikasi emel bahawa ada penyumbang telah memasukkan sumbangan sebanyak RM500 untuk Gaza. 2 jam, Allah gantikan dengan jumlah yang lebih besar daripada yang dikeluarkan. Jam 6 pagi, saya menerima pula emel lain menyatakan bahawa RM1400 telah dimasukkan untuk satu bahagian korban, seterusnya jam 9 pagi, emel lain memaklumkan wang telah dimasukkan untuk dua bahagian seterusnya. Jam 10pagi sebanyak RM200 lagi dimasukkan dan jam 12.44 tengahari, RM400 pula disumbangkan.

Ini bermakna, 'modal' yang saya ragu-ragu untuk keluarkan sebanyak RM450 itu, membuahkan hasil RM6300 dalam masa 10 jam sahaja! Bayangkan kalau saya tidak ragu-ragu, bagaimana pula Allah membalasnya?

Dua hari yang lepas, kami telah menempah lembu untuk korban. Walaubagaimanapun, masih berbaki 6 bahagian. Demi Allah saya malu untuk membatalkan tempahan dan memberitahu keluarga-keluarga yang mengharap bahawa maaf, sumbangan tidak mencukupi untuk membolehkan kalian menikmati daging segar pada tahun ini.

Satu bahagian bernilai RM1400, untuk lembu Belgium dengan berat 500-600kg. Kami juga menerima sumbangan tuan / puan pencinta Palestin yang belum mampu menyumbang bahagian.

Pembayaran bahagian / sumbangan untuk korban ke BIMB 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah). Akaun alternatif akan diberikan atas permintaan.

Maklumkan transaksi melalui emel nurilhakim87@gmail.com untuk rekod. Pertanyaan melalui Whatsapp +60195004911.

Sumbangan berjalan sehingga 7 Oktober 2013. Adakah anda cukup YAKIN? Ya Allah, berikan kami YAKIN TANPA RAGU untuk mendekatkan diri kepadamu tatkala pintu-pintu amal dibuka untuk kami..

From Gaza With Love




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rahsia Surah Al-Fatihah

tebumanis


  •   AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  •   AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepas-kan rasa sakit dalaman
  •   AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental
  •   AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan.
  • AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala
 bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

  •   AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
al fatihah dan maksud





--Sebarkan-kepada-semua--
#Tebumanis78


    SYUKRAN JAZILAN
    Lepas baca jangan lupa like - errrmm & lagi tinggalkan komen ya~ 

    Rabu, 2 Oktober 2013

    Doa untuk anak Cerdik dan Pandai




    Semua ibubapa mendambakan anak yang cerdik ,cergas,pintar , bijak berkata2 etc
    Terdapat amalan2 yang boleh di amalkan untuk mencapai cita2 tersebut
    Amalan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk doa 


    doa supaya anak cerdik


    4. Baca Surah Toha

    Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

    atau

    Baca Surah al-Fatihah,surah Taha ayat 1 sehingga 5,diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman.Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.

    atau

    Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

    Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir’Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang.

    Rajin kan diri wahai ummi2, walid2 semua
    sebab akhlak anak boleh dibentuk dari doa yang baik2 daripada ibubapa

    --perkongsian-Cikgu-NurulAshikin-untuk-semua-ummi2-dan-walid2-yang-penyayang--
    #tebumanis78



    SYUKRAN JAZILAN
    Lepas baca jangan lupa like - errrmm lagi tinggalkan komen ya~ 

    Autisme sejenis kecacatan?



    Awak semua,
    Ada dak menonton drama "Good Doctor" 
    yang ditayangkan di KBSW siaran 391 Astro?


    autisma


    Drama tersebut berkisah tentang 


    Sebuah drama perubatan tentang seorang lelaki dengan gangguan autistik, 

    beliau telah berusahamengatasi berat sebelah dan diskriminasi oleh masyarakat

     dan menjadi pakar kanak-kanak dengan menggunakan 

    kebolehan yang luar biasa 




    Bukan mengenai drama berkenaan saya nak discuss--
    Tapi saya nak bawa teman2 masuk kealam --
    mereka yang mengalami autisma --
    Kebetulan saya mempunya seorang kawan yang dianugerahkan ALLAH
    mempunyai anak yang juga mengalami gangguan autisma

    Apa itu autisma?


    Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".

    Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.
     autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

    Berjayakah kanak2 ini diluar kelak?
    --Pertama kita kena ingat yang rezeki semua makhluk sudah dijamin oleh ALLAH
    macam mana keadaan pun dan siapa pun kita ALLAH sudah menulis pintu rezeki masing2
    kerja kita hanya menggunakan sedikit usaha untuk mencari rezeki tersebut

    Dan saya nak highlight  kejayaan salah seorang anak Autisma
    kejayaan anak autisma
    Pelajar Autisma CEMERLANG SPM 2013
    "Siapa kata anak2 Autisme tidak boleh berjaya? Adik Nabil Lutfi berjaya memperoleh 9A dalam SPM yang baru sahaja diumumkan sebentar tadi. Semoga kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi buat mereka yg mempunyai anak Autisme.." drp Qhyrol Ridzuan Azizan
    Tiada apa yang mustahil bila kita percaya kita dimiliki oleh kerajaan ALLAh yang kaya lagi kekal abadi--
    Allah sudah menyusun yang terbaik buat hamba-hambanya

    Apa pun jangan lupa beri sokongan moral dan fizikal 
    kepada kanak2 autisma ataupun keluarga yang terlibat
    layanlah mereka seperti mana kita melayan kanak2 normal
    kerana tentu sekali mereka punya perasaan sedih
    sama seperti kita sekiranya disisihkan

    Sekian
    --CikguNurulAshikin--
    #tebumanis78




    SYUKRAN JAZILAN
    Lepas baca jangan lupa like - errrmm lagi tinggalkan komen ya~ 

    Sarapan sempurna dan menyihatkan

    assalamualaikum

    Morning semua--
    dah sarapan?
    Hari ni ambik sarapan apa?
    Nasi lemak,bihun goreng,menu ala2 western-- atau
    makan bijirin? Pernah tak terfikir?
     Adakah breakfast kita telah membuatkan kita mendapat tenaga yang mencukupi sebelum kita berjumpa dengan next meal?

    Kita seharusnya alert dengan menu yang kita ambil
    Semua orang tahu bahawa sarapan amat penting-- 
    Ini kerana--
    kita makan selepas 7 jam perut tidak diisi - (andaikan  tidur 11malam -6 pagi)


    sarapan
    Sedap pulak nengok ^-^

    Ini adalah cadangan sarapan yang sihat dari saya ^_^


    • 2 keping roti dan segelas susu
    • dua keping roti berinti sekaya,segelas sunquick dan 1 telur suku masak
    • segelas milo di campur cornflakes
    • 1 pinggan bihun goreng dan 1 gelas jus epal
    • 2 keping roti dan air malt
    • 2 roti telur dan jus oren
    Itu diantara makanan seimbang yang boleh dipertimbangkan untuk sarapan kita


     
    sarapan western
    sedap dan berkhasiat




    Sarapan tidak boleh terlalu berat dan tidak boleh diabaikan langsung
    .Ini adalah kerana gastrik berpunca daripada --
    pengambilan sarapan yang tidak konsisten.
    Roti canai, nasi lemak dan makanan yang 
    terlalu banyak lemak tidak baik untuk sarapan kita
    Sekian

     --Cadangan cikNurulAshikin--
    #tebumanis78









    SYUKRAN JAZILAN
    Lepas baca jangan lupa like - errrmm lagi & jgn lupa tinggalkan komen ya~ 

    Selasa, 1 Oktober 2013

    Cara merawat batuk secara tradisional

    Assalamualaikum


    Tajuk entry di atas sebenarnya dedikasi kepada diri tuan blog ni ha--
    kenapa?
    Kerana saya telah mengalami batuk yang berpanjangan
    dah hampir sebulan sebenarnya
    batuk lepas tu baik--
    lepas tu batuk balik--
    So why not saya googlekan various of traditional medicine
    dan share with kawan2 semuakan--


    ubat batuk

    Cara 1


    Bagi merawat batuk dan kegatalan pada tekak, ambil
    segelas air panas. Campurkan satu atau dua biji
    perahan air limau nipis dan empat camca besar kicap
    masin. Minum tiga kali seminggu
    sebelum tidur. Insya allah batuk akan berkurangan
    dan beransur pulih.

    Sekiranya tekak anda gatal dan anda sukar bercakap ,
    jangan ‘ ahem ‘ untuk melegakannya . Memaksa tekak
    untuk batuk boleh mencederakan peti suara dan menyebabkan suara
    menjadi garau , amaran daripada pakar University of Michigan
    Cara mudah untuk melegakan tekak ialah dengan
    meneguk secawan air ataupun menelan . Ingat air
    sangat penting dalam tubuh badan kita.



    Cara 2

     Hirisan buah lemon, hirisan halia dicampur dengan madu asli di dalam balang atau bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan menjadi likat seperti agar-agar. Tahan sehingga 2-3 bulan. Cara penyediaan, masukkan sesudu ke dalam gelas, dan tuangkan air suam. Minum setiap pagi dan malam

    Cara 3
    2 ulas bawang putih bakar. setiap malam.

    Cara 4
    Legakan dengan pengambilan supplemen. Tahu tak Minyak Ikan boleh legakan batuk dan kahak? Omega Guard semestinya dari Shaklee..-- 

    --kehkeh baik punya promo shakle pulak


    Thanks kepada blog2 saya saya kopi paste .-- ^_^

    Harap2 dalam banyak2 petua ni boleh bantu mengurangkan batuk saya
    dan harapan tertinggi saya letakkan pada ALLAH--
    Semoga saya cepat sembuh ameeen--

    --doakan kesembuhan saya--
    #tebumanis78
     





    SYUKRAN JAZILAN
    Lepas baca jangan lupa like na-- errrmm lagi tinggalkan komen ya~ 

    Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (Sains tahun 4)

    Assalamualaikum--

    Kssr sudah mencapai umur 3 tahun dan bakal--
    Melewati usia 4 tahun awal tahun hadapan--
    Ini beerti para murid tahun 3 (kumpulan pertama kssr)
    akan meneruskan pengajian mereka tahun hadapan--
    dalam tahun 4 iaitu tahap 2 mengajian mereka 
    di sekolah rendah

    Terdapat sedikit pembaharuan dalam dokumen kssr yang dibentangkan
    kepada guru2 yang terlibat--
    3 tahun yang lepas, guru hanya diperkenalkan dengan dokumen
    Standard pembelajaran (SP) dan Standard Kandungan (SK)
    Tapi untuk 2014 satu lagi dokumen diperkenalkan iaitu
    Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang di dalamnya mempunyai SK dan SP
    Guru hanya perlu merujuk  DSKP kelak --  Its great for all teacher


    sains tahun 4



    Kelihatannya--DSKP yang diperkenalkan meringankan--
    beban guru kerana no more band untuk murid--
    Maknanya terdapat satu lagi cara pentaksiran
    baru yang akan diperkenalkan --
    Iaitu menggunakan tahap penguasaan sebagai cara mentafsir dan mengukur kebolehan pelajar
    Ianya masih dalam bentuk numbering iaitu 1-6
    Dimana skala 1 menunjukkan murid tahu manakala
    skala 6 menunjukkan murid tahu,faham,dan boleh buat dengan beradab dan mithali
    Guru tidak perlu lagi menggunakan  sistem sppbs -- (kepada pelajar tahun 4-6)
    Untuk tahun 1 hingga 3 sppbs masih lagi diteruskan

    Saya semakin jatuh cinta dengan kssr kerana kurikulum ini
    tidak meng-anak-tirikan murid yang kurang berkebolehan

    kurikulum standard sekolah rendah





    Guru masih boleh membantu murid menguasai setiap satu daripada
    topik yang diajar dalam setiap matapelajaran
    Walaupun kerja guru menjadi semakin rumit
    namun setelah 3 tahun bergelumang dengan kssr especially
    subjek sains saya dapati tiada lagi diskriminari antara pelajar
    pandai dengan yg kurang pandai

    Untuk subjek sains
    pentafsiran masih mengutamakan Kemahiran proses sains (KPS)
    dan kemahiran manipulatif sains (KMS) 


    jpn perlis
    Kursus ini Dianjurkan oleh Unit Sains, Sektor Akademik JPN Perlis yang diketuai oleh puan Zaiton Minhat

    KPS
    memerhati,mengelas,mengukur menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi,menggunakan perhubungan ruang dan masa,mentafsir data,mendifinasi secara operasi,mengawal pembolehubah,membuat hipotesis,mengeksperimen

    KMS

    1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
    2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat
    3. melakar spesimen,peralatan dan bahan sains dengan betul
    4. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
    5. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
    Yang terbaru dimasukkan dalam Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) ialah peraturan bilik sains

    Next entry saya akan bedah topik yang akan dipelajari oleh murid tahun 4 2014 berdasarkan DSKP

    SEKIAN
    --bedahsiasat DSKP KSSR --
    #tebumanis78#












    SYUKRAN JAZILAN
    Lepas baca jangan lupa like na-- errrmm lagi tinggalkan komen ya~ 

    IKLAN 3