IKLAN

Memaparkan catatan dengan label eiduladha 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eiduladha 2013. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Oktober 2013

Korban dan akikah untuk GAZA part 3



Nadir al-Nuri telah mengemaskini statusnya di Facebook
pada pukul 22.45 waktu Malaysia
Siapa Nadir?
kalau tak tahu baca kat sini
Qurban untuk Gaza 1
Qurban untuk Gaza 2 
Qurban untuk Gaza 3


 
gaza
Tambah kapsyen
Lembu sembilan telah habis dikebas.
Saya sudah mula membayangkan penjaga sempadan Palestin menghirup sup daging panas tatkala dingin malam mencucuk, anak-anak kecil menunggu di dapur dan mengintai ibu memasak daging yang jarang dijamah dan gelak-tawa anak-anak syuhada' bila dijamu kenduri nanti.

Demi Allah. Cukup kalau seorang budak tersenyum kenyang. Inikan pula lebih 1000 keluarga yang akan dapat dibantu.

Lembu kesepuluh dibuka. Biasanya yang ambil bahagian pertama ni berkat, buka pintu untuk orang lain beramal. Orang hebat-hebat je ambil. DUA JAM sebelum Jumaat berlalu. Tapi kalau nak ikut waktu Gaza, kami baru jam 4pm :')

--share dari facebook--
#tebumanis78

 super spontan 2013
download running man

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Korban dan akikah untuk GAZA part 2

 

From Facebook Nadir Al-Nuri--
Ini adalah episod ke-tiga catatan Nadir
dalam usaha mengumpul sebanyak mungkin lembu untuk

Qurban di Gaza tahun 2013 dan diagihkan kepada lebih daripada 1000 keluarga
Ayuh--
Kalau mampu jemput hulurkan sumbangan
Tidak sampai satu jam, lembu keenam habis ditempah. Modal yang kami keluarkan untuk makan malam penjaga perbatasan Palestin sebanyak RM450 Ahad lalu dipulangkan oleh Allah, menjadi sekitar RM45,000 dalam masa lima hari.
qurban di gaza 2013
Jangan hampakan harapan kanak2 ini untuk menikmati daging lembu Qurban tahun ini

Benar, ada penderma yang menceritakan kisah rezeki datang ke pintu rumah mereka tanpa disangka-sangka, tetapi jangan mengharapkan pulangan wang ringgit semata-mata. Sihat itu nikmat. Anak yang soleh itu nikmat. PMR yang dijawab dengan mudah itu nikmat. Kerja yang mendatangkan gaji yang halal itu nikmat. Tarik lepas nafas dan degup jantung itu nikmat - selayaknya kita menjadi hamba yang bersyukur.

Kerana masih ramai yang mahu beramal dan syurga sangat luas, bismillah, kami membuka lembu ketujuh untuk dikorbankan. Lembu ketujuh berbaki enam bahagian.


Minggu lepas saya menziarahi sekolah Darul-Arqam di Syaaf. Sekolah ini majoriti pelajarnya adalah anak-anak syuhada'. MashaAllah, tatkala berjalan menziarahi kelas-kelas bersama guru pengiring, beliau dari masa ke semasa menuding jari dan memperkenalkan anak-anak murid di sekolahnya - ini anak assyahid fulan dan ini anak assyahid fulan dan itu anak assyahid sekian.

Antara yang sempat saya kenal, ialah Muhannad (dua dari kiri), anak as-syahid Ahmad Ja'bari, panglima Qassam yang agung, yang pembunuhannya menjadi punca meletus perang 8 hari November lepas. Lembu ketujuh ini, dengan izin Allah, akan disuap ke mulut anak-anak syuhada', anak-anak saya dan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan di Darul-Arqam.

Satu bahagian bernilai RM1300, untuk lembu Belgium dengan berat 500-600kg. Kami juga menerima sumbangan tuan / puan pencinta Palestin yang belum mampu menyumbang bahagian.

Pembayaran bahagian / sumbangan untuk korban ke Bank Islam BIMB 10016010043186 (Persatuan Siswazah Sabah). Akaun alternatif akan diberikan atas permintaan.

Maklumkan transaksi melalui emel nurilhakim87@gmail.com untuk rekod. Pertanyaan melalui Whatsapp +60195004911.

Sumbangan berjalan sehingga 7 Oktober 2013. Jika bahagian tidak mencukupi untuk seekor lembu menjelang 7 Oktober, setiap bahagian akan ditukar menjadi seekor kambing.

Mereka telah berkorban ibubapa untuk agama, apakah yang sanggup kita korbankan?

p/s : Doakan saya yang akan berdepan dua peperiksaan esok hari. Saya yakin di kalangan pembaca ada wali.

From Gaza With Love

--Share from FaceBook--
 

Mr Bean Memeluk Islam?

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3