IKLAN

Isnin, 8 Disember 2014

3 tanda sekiranya kucing menghampirimu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Andainya ada kucing yang datang menangis, merayu untuk meminta sedikit  makanan bermakna ia sedang menyampaikan mesej dari Allah. Kedatangannya sendiripun tentunya dihantar oleh Allah kepada mu untuk menguji sejauh mana engkau yakin kepada rezeki ALLAH

Jnganlah sekali kali kau menendang, memijak dan memperlakukan ia seperti peminta sedekah yang menjijikkan. Malaikat sedang memerhati geraklaku mu dan menulis amalanmu. Berbaik baiklah dengan si Comel ini kerana ia datang bukan membawa kesusahan atau bencana, sebaliknya ia hadir sebagai ASBAB untuk ALLAH menambah rezekimu dan menaikkan darjatmu sebagai insan yng mulia yang sudi berkongsi rezeki dengannya

Jumaat, 5 Disember 2014

eksperimen menggunakan COCA COLA


 bismillahirrahmanirrahim
 assalamualaikum 

Haip kakak2, abang2, pokcik mokcik dan semua pembaca blog

Dalam entry sebelum ni saya ada ceritakan tentang kegunaan coca cola yang anda boleh trai kat rumah (kalau kanak2 yang cuba, sila pastikan mereka dipantau oleh orang dewasa)
Saya janji nak jalankan eksperimen keatas semua kegunaan yang dinyatakan
Opsss yang tu tunggu sat, sbb saya kena kumpulkan bahan untuk tujuan eksperimen deh

So buat masa sekarang saya sharekan eksperimen dalam youtube untuk tontonan semua


Chille

#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 4 Disember 2014

Kebolehan COCA COLA selain daripada penghilang dahaga

 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Assalamualaikum wbt



COCA COLA adalah jenama global bernilai 217 billion. JENAMA DUNIA ini bergantung kepada permintaan orang ramai untuk meningkatkan jualannya.




sweety baby

Ini bermakna ............punyalaaaaaa ramai peminat COCA COLA di dunia. Operasinya di Malaysia sudah menjangkau 70 tahun ++++ dan pernah bergabung tenaga dengan F&N suatu ketika dulu.COCA COLA memiliki 300 rakan pembotol diseluruh dunia 4 tahun dulu (UTUSAN MALAYSIA)


Saya nak share dengan pembaca fakta tentang cola cola. Tapi tak sure kesahihannya. Apapun baca dulu dan nilai... Lepas tu amik keputusan ..terutama bagi peminum tegar coca cola

Antara yang perlu dicuba di rumah--------
no way

  1. Boleh menghakis tulang -- erkkkk-- rasanyani bukan kegunaan tapi DISASTER kot \(-_-)?
  2. Boleh digunakan untuk cuci tandas ("_)
  3. Bantu bersihkan kesan karat (^_^)
  4. Hilang hakisan pada bateri kereta (._-)
  5. Longgar skru yg berkarat (,_,)
  6. Hilang kesan minyak/lekit pada pakaian(*_*)
  7. Rujuk blog ni


Saya akan cuba eksperimenkan semua kegunaan coca cola seperti yg tertera diatas
So tunggu update saya

Sekian
#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 22 Oktober 2014

Sentuh Anjing



Sungguh panas tentang program sentuh anjing yang diadakan baru-baru ini
Suka saya berkongsi youtube UAI yang menjawab hukum sentuh ajing dengan sengaja secara demi menunjukkan rasa sayang kita pada makhluk tersebut


 isu sentuh anjing dengan sengaja


 Ini pendapat saya yang jahil--
Islam ajar dak kita sayang haiwan? - yes ajar
Jadi bolehlah peluk anjing dan babi untuk menunjukkan kasih sayang kita pada mereka? - tak boleh tanpa sebab
Tanpa sebab?- Ya.. Kalau kita lihat anjing terbaring cedera ditengah jalan perlukan bantuan kita perlu hulurkan bantuan... tapi kalau sengaja nak peluk cium...... tunjuk yang kita sayang mereka macam kita peluk kucing.....tak  Boleh!!!!!!
Mana awak tahu? - Saya rujuk kepada sahabat-sahabat sayang yang TAHU dan Guru-guru saya
Wallahua'lam

Pesan Saya--
Kita hendaklah sentiasa merujuk kepada para Da'i kita apabila timbul isu baru--
islam melarang kita bercakap tanpa ilmu yang sahih

Semoga Allah Memberkati dan menunjukkan Jalan yang benar buat Kita semua

Ingat Apabila akhir zaman,
ISLAM AKAN MENJADI ASING KEPADA KITA SEMUA

Biarkan tiada orang yang mengikut kita apabila kita berdakwah -- Asalkan kita tidak mengikut mereka dan kekal taat kepada ALLAH-- Nauzubillahi minzalik

#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 10 Julai 2014

Cara bertadarus AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Hari ini dah masuk day 12th kita berpuasa--
Tentu semua orang mengerjakan ibadah dengan bersungguh sungguh
lagipun belum keluar hari raya--
mood raya pun tak terasa langsung--

sepanjang Ramadhan ini , anda semua bertadarus Al Quran tak?
rugi tersangat kalau tak buat--

tahu tak apa itu tadarus AL QURAN?


Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Tadarus ALQURAN adalah amalan RASULULLAH SAW sepanjang bulan RAMADHAN. Baginda Rasulullah bertadarus dengan MALAIKAT JIRAIL

ramadhan



Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:

“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1”.(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim2).
1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.


Saya nak sharekan cara bertadarus sepatutnya kita ikuti

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.


Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
(Riwayat: Abu Daud).


note:Kalau tak sempat habiskan satu ALQURAN pun tak pa, at least ada improvement pada kualiti bacaan dan tajwid kita. Semoga ALLAh menerima AMALAN kita  ini, Wallahua'lam


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 18 Jun 2014

Apa Yang di Bersihkan oleh tubuh ketika Puasa

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Siapa yang tak sabar menantikan RAMADHAN al Mubarak angkat tangan?
Ramai yang eksaited sangat nak berpuasa kan ? 
Ada tidak yang dah mula mengeluh? --wo wo-- jangan gitu nok

puasa dak kesihatan



Tak kurang juga Ramai yang menganggap RAMADHAN adalah bulan temasya makanan....
Yes, kalau tidak ------ takkan masing-masing berpusu-pusu merancang berniaga -- untuk menjual itu dan ini--
right?
hewhew-- ada baiknya kita betulkan nawaitu dan persepsi tentang RAMADHAN
Silap aribulan ibadah kemana, pahala yang dikejar kemana--
Akhirnya semuanya menjadi sia-sia

So untuk memberi semangat kepada kita-- menambah baik ibadah puasa for this coming RAMADHAN apa kata kita bincangkan kebaikan BERPUASA KE ATAS TUBUH BADAN KITA--

Menurut sains, puasa bertujuan menyahtoksid bahan yang terkandung dalam makanan contohnya racun perosak,bahan pengawet, sisa dadah serta bahan kimia yang terkandung dalam makanan kita
For you information--
lapisan usus kita menyimpan berjuta-juta lemon parasit,toksin dan lain-lain bahan kotor--
Jadi--
Dengan berpuasa -- menahan diri dari makan dan minum selama 8 jam boleh membantu proses
DETOKSIFIKASI--

apa maksud DETOKSIFIKASI kawan-kawan?
ha-- nindia-- baca sket--

DETOKSIFIKASI  bermaksud
proses penyingkiran himpunan toksiN yang terkumpul di dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

puasa


Sambung skit agi
Berpuasa membantu membersihkan saluran darah daripada racun toksin--paham dak?

Jadi paham baik-- yang puasa ni adalah perintah ALLAH yang dari sisi lainnya ALLAH dah sediakan segala kebaikan dari sudut kesihatan dan kerohanian seseorang-- lupakan bab letih, terpaksa, menyusahkan atau apa jua yang menyebabkan kita rasa puasa sangat membebankan-- no no-- cannot-- berhenti dari berfikir hal negatif -- ya-- 

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?

  • Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit. 
  • Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
  •  Asid-asid lemak trans.
  •  Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
  •  Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
  •  Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
  •  Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
  •  Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
  •  Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?:
  •  Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
  •  Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
  •  Sistem saraf diseimbangkan.
  •  Paras tenaga dipertingkatkan.
  •  Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
  •  Biokimia selular diharmonikan.
  •  Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
  •  Lebih mudah bergerak.
  •  Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
  •  Sistem digestif direhatkan.
Jom count down -- RAMADHAN is around de corner-- lets warm up-- buat puasa sunat sehari dua-- ambik semangat REAL RAMADHAN

Tingkatkan Kualiti puasa yeaaaaa--

Sekian, Wasalam

#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 4 Jun 2014

Alasan rezeki menjadi sempit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Rezeki atau dalam bahasa Arab disebut Rizq adalah nikmat pemberian Allah
Maksud rezeki sangat luas--
Rezeki tidak terhad kepada wang, kesenangan harta benda dan kuasa
Malah kesihatan yang baik juga merupakan rezeki kurniaan Allah kepadanya hambanya


FirmanNya :

أَوَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

”Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya ? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman” [QS. Az-Zumar : 52].



Namun terdapat banyak sebab mengapa rezeki manusia disempit , antaranya ialah melakukan dosa  

tak kira kecil atau besar.









Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar: (Petikan)
  1. syirik (menyekutukan Allah),
  2. membunuh jiwa,
  3. sihir,
  4. meninggalkan solat,
  5. tidak membayar zakat,
  6. berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
  7. meninggalkan haji padahal ada kemampuan
  8. menderhakai ibu bapa,
  9. memutuskan hubungan kekeluargaan,
  10. zina,
  11. liwat,
  12. liwat kecil,
  13. riba’,
  14. memakan harta anak-anak yatim,
  15. berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah,
  16. melarikan diri dari medan perang,
  17. pemimpin penipu dan penganiaya rakyat,
  18. sombong dan sejenisnya,
  19. kesaksian palsu,
  20. minum minuman khamar,
  21. berjudi,
  22. menuduh wanita mukminah berbuat zina,
  23. ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat,
  24. mencuri,
  25. menyamun
  26. sumpah palsu,
  27. memungut cukai,
  28. memakan barang haram,
  29. bunuh diri,
  30. banyak berdusta,
  31. hakim yang jahat,
  32. menerima rasuah,
  33. perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya)
  34. lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus),
  35. muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta),
  36. tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing,
  37. ria’
  38. menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu,
  39. khianat,
  40. mengungkit ungkit pemberian,
  41. mendustakan takdir,
  42. mendedahkan rahsia orang lain,
  43. mengadu domba,
  44. banyak melaknat,
  45. menipu dan mengingkari janji,
  46. membenarkan dukun atau tukang ramal,

  47. derhaka kepada suami,
  48. melukis gambar dan melukis,
  49. memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah,
  50. bertindak melampaui batas,
  51. bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang,
  52. menyakiti tetangga,
  53. menyakiti orng Islam dan mencela mereka,
  54. ancaman berbentuk kerosakan, penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang,
  55. menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka,
  56. isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong,
  57. memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki,
  58. hamba yang melarikan diri dari tuannya,
  59. menyembelih kerana selain Allah,
  60. menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri,
  61. berdebat dan bersengketa,
  62. menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya,
  63. mengurangkan timbangan dan ukuran,
  64. berasa aman dari murka Allah,
  65. berputus asa dari rahmat Allah,
  66. meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur,
  67. terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan,
  68. menyebabkan kerugian dalam wasiat,
  69. pembohongan dan tipu daya,
  70. mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka,
  71. mencela salah seorang sahabat nabi.
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Selasa, 3 Jun 2014

Harga diri seorang anak kecil


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Andai punyai anak--
Anak yang bagaimanakah yang anda semua nak --
Anak yang comel , bijak , atau --
Anak yg berdikari dan tidak meminta- minta?
Cerita dari facebook ini mungkin boleh membuatkan kita berfikir sejenak bahawa seorang anak kecil juga mempunyai harga diri tersendiri dan hidup tanpa meminta -minta

Kisah penjual kuih


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa 
menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Isnin, 2 Jun 2014

Permohonan maaf Lisda dan Fauzi pada Sharnaz




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Meh tengok rakaman video ni
Semoga Allah membuka jalan ke arah kebaikan




#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Lisda dan Fauzi tampil untuk berdamai dengan Sharnaz



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Kalau anda semua saksikan siaran HLife di astro sebentar tadi tentunya anda dapat menonton permohonan maaf dan pasangan Lisda dan Fauzi kepada Sharnaz tentang salah faham yg berlaku di set drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Saya bukannya nak  komen tentang perbalahan mereka--

Sebaliknya nak ucapkan syabas sebab menjadi manusia yg bijak, sama ada mereka dipihak salah atau tidak sekurang kurangnya mereka cuba menjernihkan suasana


Lisda berdamai







Tahniah
Barakallah
#tebumanis78















SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Ahad, 1 Jun 2014

Andai hadapi masalah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Apabila kita berdepan dengan masalah ingatlah akan 3 hal ini

  1. Ia bersifat sementara
  2. Ia telah ditakdirkan
  3. Ia akan mengurniakanmu pahala dan ganjaran andai engkau sabar

Sabar


Sabarlah,sabarlah,sabarlah wahai teman ku andai engkau sedang diuji
Tenangkan dirimu--
Ketenangan dan kesabaran itulah kekuatan insan yang Allah suntik dalam diri kita ketika menghadapi ujian nya
Manusia takkan diuji dengan sesuatu yang ia tak mampu menghadapinya
Itu tandanya Allah saaaayaaang sangat sama kita

#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Sempadan siang dan malam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Sempadan siang dan malam


Berdasarkan gambar satelit kita dapat lihat sempadan dua waktu antara gelap dan cerah
Menakjubkan --
Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa Allah memiliki kehebatan yang tiada taranya dalam mengatur perjalanan alam ini.--
Bumi berputar pada paksinya dari barat ketimur menyebabkan berlakunya siang dan malam dan matahari terbit di timur dan tenggelam di barat, dapat dilihat saban hari tanpa ada secubit pun kesilapan yg terjadi sepanjang hayat bumi ini.

Apa lagi alasan yang boleh diberi untuk kita tidak beriman kepada Allah Azzawajalla
Apakah kita mampu mengatur perjalanan alam ini dengan sempurna sama seperti yang Allah jadikan?

Jawapannya tentu tidak sama sekali--
Allah tak mintak kita lakukan sesuatu di luar kemampuan kita
DIA hanya perintahkan kita taat kepadanya, patuh suruhannya dan tinggalkan larangannya, as simple as it is.

Kagum saja tidak mencukupi andainya kita tidak tunjukkan kecintaan kita kepadaNYA. Lakukan apa yg sepatutnya kita lakukan

Sekian
#tebumanis78







SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Sabtu, 31 Mei 2014

Artikel Keagamaan tidak popular dan kurang diminati


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Seperti mana title kat header --Isu yang saya nak discuss adalah agak berat
Samaada kita suka atau tidak penyampaian artikel keagamaan tidak sepopular artikel gossip atau berbentuk hiburan

Dakwahku duniaku


Memang benar --pilihan utk membaca adalah hak individu -- 
Namun inilah cabarannya-- saya dan blogger yang memilih tema islamic tak kisah sangat tentang trafik--
Memang mustahil artikel islamik akan terus dibaca apabila dipublishkan.... Menurut pengalaman saya--artikel agama kurang popular tetapi evergreen

Ada banyak topik yg saya tulis hanya akan dibaca beberapa bulan kemudian
Seperti yang saya nyatakan pada awal tadi
Populariti bukan prioriti saya, yang penting saya berjaya menulis dan menyampaikan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulnya

Impian saya--saya akan terus menulis perkara yang baik baik berbentuk dakwah
Semoga suatu hari ada pembaca bukan islam membaca dan tertarik dengan Islam yang syumul dan indah dan akhirnya menjadikan islam sebagai pegangan mereka-- subhanallah--

Selain dari menulis untuk menarik minat  pembaca, saya juga menulis untuk diri sendiri--... Untuk menulis saya harus ada pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara, dengan itu saya akan terus belajar dan belajar, menyampai dan mempraktik dalam kehidupan seharian saya....Semoga Allah memandang saya dengan pandangan cinta dan memberi hidayah sebanyak banyaknya pada saya dan pada anda semua--

Saya akan terus menulis dan mencuri hati pembaca dengan tulisan saya tentang Islam

:) seronok menyelusuri kehidupan dengan berkongsi ilmu Allah

Sekian
#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Hidayah Kompas Kehidupan - Ustaz Pahrol Juoi


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Radio kegemaran saya tentunya radio IKIM , pilihan utama anda,
Selain bermanafaat , radio ini menyediakan wadah  membuka minda, mencelik akal , dan menyuci jiwa buat sang pencinta dunia macam saya nih, --
Kalo anda semua rasa dah lama tak mendengar ceramah agama dan juga tiada masa bertandang kemasjid, (terutama kepada muslimah2) bolehlah online sambil mendengar ceramah yang disampaikan oleh ramai ustaz ustazah terkenal di malaysia

Untuk kali ni saya nak share perbincangan bertajuk Hidayah Kompas Kehidupan yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Juoi-- 
Ustaz pahrol mohd juoi







Antara yang menarik ialah
  1. Terdapat 6 alam yang harus ditempuhi oleh manusia
  2. Dunia adalah tempat yang tidak adil-- yang kuat sering menindas yang lemah
  3. Kompas atau gps umpama petunjuk kepada manusia agar tidak sesat dialam dunia
  4. hidayah Allah kepada manusia adalah kompas didunia ini
  5. Allah wajibkan manusia memohon hidayah daripada Allah sekurang kurangnya 17 kali sehari iaitu membaca Al fatihah di dalam solat
  6. Manusia hendaklah memanafaatkan hidayah yang Allah kurniakan (jangan hanya meminta)
  7. Terdapat 5 jenis hidayah
Jom dengar sampai habis
Saya dah berulang kali mendengar perbincangan tajuk ni, memang best-- lebih best dari dengar lagu cinta--

Sekian
#tebumanis78





SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

ipad 2 penguat semangat


Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi semua
Wahhhh dah lewat gini masih ada mood nak update blog lagi
Haha
Itulah dia kalau ilham bertandang-- cannot waiting till next morning
Curahkan saja--takut kalo bertangguh, terus tak dak mood nak menulis,
Haaa itulah saya.... Kalau rajin update, rajin saaangat sangat
Kalau malas, terus hilang sampai berbulan blog tidak dipedulikkan

Thats my intro
So, apa kena mengena dengan kisah ipad pulak yaaa,
Sebenarnya ipad beri saya semangat utk terus berblog
Sebelum ni guna lappy saja, terpaksa tunggu masa lapang kalo berniat nak menulis

No more now, rasa nak update ja terus boleh menulis
Maklumlah saiz nya memudahkan ceq menulis
Alkisahnya ipad adalah hadiah dari oum kepada semua studentnya

Lupakan pasal hadiah, sbb saya bukannya nak menunjuk nunjuk ada ipad
Zaman sekarang anak kecil pun dah ada gajet, apalah sangat dengan ipad ni
Cumanya saya nak memanafaatkan pemberian dari oum menjadi suatu yg bermakna dan memotivasikan seorang penulis macam saya.

Oum




Disebabkan function gajet agak berbeza dengan lappy maka saya terpaksa belajar dan mengambil masa yg agak panjang utk mahir mengupdate status guna ipad 2

Hopefully kerajinan ini berpanjangan

Thanks oum
Love the gift
Sekian wasalam

#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Jumaat, 30 Mei 2014

Suasana malam Sukma Perlis 2014


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Memandangkan saya begitu rajin dan suka menghabiskan masa merewang sekitar venue Sukma , makanya dengan murah hati saya nak share suasana indah dengan kerdipan cahaya lampu menenggelami kegelapan malam di Stadium Utama Kangar yang juga dikenali sbg Stadium Tuanku Syed Putra, Perlis

Kelihatan begitu ramai pengunjung yang datang menyaksikan malam di bandar kecilku Kangar 

L
a
y
a
n



















#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Jadual Sepanjang SUKMA PERLIS 2014


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Selamat siang bapak bapak dan ibuk ibuk--
Sebagai warga Perlis yang cintakan negerinya
Maka hari ini saya nak promote sket jadual sukma yang berlangsung
Banyak acara yg sedang rancak berjalan
So mana mana orang Kedah,Penang dan Perak yang berada di lokasi berdekatan--

Meh meh join kami memeriahkan Sukma 2014






MAI CEQ MAI
PERLIS--
Permai lagi mempersona

#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Venue Sukan Akuatik Sukma Perlis tidak bermasalah



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Setelah sekian lama tidak bersiaran akhirnya hari ini saya kembali kesini. Cuti sekolah dah bermula bermakna kesibukan saya kian berkurangan

Wokayy, jom cerita pasal SUKMA 2014 yang berlangsung di perlis.Umum tahu sukan akuatik mempunyai masalah penyediaan tempat.So Saya pun pergilah melihat venue akuatik.so inilah hasil pemerhatian saya

sukma perlis 2014

sukma perlis 2014

sukma perlis 2014




















Everything is ok --
InshaaAllah semuanya akan berjalan lancar
All the best MYPERLIS

#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 30 April 2014

gurau senda dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim

assalamualakum warahmatullah--

pagi ni... on de way drive 2 school.. saya onkan Radio IKIM....layan MOTIVASI PAGI pukul 7.30pg..saya suka sangat tajuk hari ni


It was cool n intereseting--
GURAUAN DALAM ISLAM

tatacara bergurau dalam islam


Sangat teratur Islamkan-- sampai hal bergurau pun ada tatacaranya :)

antara point yang masih saya ingat ialah
1.gurauan jangan keras sangat
2.Jelas dan tidak menyakitkan hati
3. Bukan hukum2 agama etc

So saya pikirkan ada baiknya share this topic dengan semua disini--
Selamat membaca >_<


 
cara bergurau


Tarikh: 
 Jan 26, 2012

Riwayat: 
 Riwayat Abu Daud

Kategori: 
 Akidah

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !

Huraian Hadith: 

i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

taken from
------ end of story
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Selasa, 29 April 2014

Menang atau Kalah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

hai ollss

Pada hari Selasa dan Rabu lepas  (8 dan 9 April 2014) berlangsungnya pertandingan Bola Jaring PKP Padang Besar U Perlis....Sekolah saya telah dilantik untuk menganjur dan menjadi pengelola pertandingan berkenaan

That meansss , it was the first time my team played netball at our own school.... first time experience ...Acely  since I was appointed as a coach... 


u know what......
how do I feel?.... 
masyaALLAH

It was a mixed feeling....anxious, scared, nervous, excited etc.... until I feel so hard to breathe.... MASYA ALLAH...

My team will meet with three schools in the league round
Sri2 vs SKLS
SRI2 vs SKPBU
SRI2 vs SKGJ

Perasaan berdebar tentunya ketika bertemu dengan SKLS yang merupakan Juara Menanti....Itulah game pertama kami--- Saya ingatkan anak2 murid saya -- at least kna bertahan dan cuba untuk dapatkan markah seri dengan pasukan berkenaan...........dup dap dup dap

Finally masa pun tiba-- dan mereka memulakan pertandingan-- Persaingan hebat-- SRI 2 menunjukkan permainan yang sangat bagus... hinggakan saya terkejut dengan permainan yg ditunjukkan... sangat konsisten

Mata berturut-turut-- sekejap SRI2 jaring bola dan diikut rapat oleh SKLS--- huargggghhh serammmmnya
Mereka memang..... dan sangat hebat..... wisel penamat ditiup dan.... 

SRI 2 Score 6-5... 

Allahuakbar .. saya terkejut... Allah beri kami menang kali ni.... gembiranyaaaaaaaaaaaaa!!!!! macam dah menang keseluruhan heeeeee

Game 2 dan 3 ini resultnya

SRI 2 vs SKPBU - 12-2
SRI2 vs SKGJ - 8-2

It was amazing anak didik saya menang semua game dan menjadi johan peringkat kumpulan-- ALHAMDULILALH .... tiada kata yang dapat digambarkan.... That was a beautiful feeling...Thank u ALLAH

Dengan berbekalkan kemenangan Selasa debaran saya makin hebat untuk menanti separuh akhir hari Rabu...namun kami tak mampu meneruskan kemaraan--- kerana tewas dengan pasukan SKTT dengan mata 8-11

Perasaan kecewa memehuni atmosfera jiwa saya-- sungguh-- sangat kecewa.....
Namun rakan sekerja dengan wajah gembira mengucapkan tahniah atas kejayaan memenangi gangsa-- 

Akhirnya saya akur dan bersyukur dengan rasa gembira Selasa dan kecewa Rabu............

 The lesson is--
Gratefull to Allah for the both feeling rewarded to us-- it was my precious experience that will teach me keep stronger in future ameeeen....

End of my story
#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3