IKLAN

Sabtu, 25 Februari 2012

Dr.Knut Pfeiffer Kagum dengan air Zam Zam

Assalamualaikum wbt

Pada Mei lalu, satu temu bual telah dijalankan di Arab Saudi dengan Dr. Knut Pfeiffer dari Jerman, menyatakan tentang kekagumannya terhadap air zam-zam. Idea untuk menguji air yang dianggap suci oleh umat Islam itu muncul apabila dia menerima sebotol air zam-zam dari seorang kawan lama yang baru pulang menunaikan haji. Dia mengambil masa dua minggu untuk menjalankan uji kaji ke atas 60 orang reponden yang aktif.

Dr Knut
 

Dia membandingkan air di Munich, Jerman dengan air zam-zam. Semua orang tahu, air di Munich adalah paling asli dan bersih.

 Menurut Dr. Knut, air di Munich dari segi kimianya memang sempurna tetapi dari segi tenaganya hancur.
Katanya setelah melalui perjalanan yang jauh dari Jeddah ke Munich kemudian melalui tempoh yang panjang berada di dalam simpanan dan mengalami perubahan cuaca tetapi air zam-zam tidak berubah langsung. Itulah hasil yang dapat dibuktikan melalui gambar sel 40 orang yang diberi minum air tersebut.


Di dalam temu bual itu, Dr. Knut menjalaskan, zam-zam mampu membekalkan tenaga jauh lebih banyak berbanding minuman biasa.
“Ujian sel badan yang diberi minum air zam-zam menunjukkan kesan yang positif. Sel-sel di dalam badan menjadi lebih segar dan menyukai air zam-zam. Apa yang saya lihat inilah jawapannya, jika sistem sel badan memberikan kesan positif maka tenaga akan bertambah kerana tenaga datangnya dari sel yang sihat.“Ibaratnya seperti menerima ciuman dari orang yang kita suka dan cinta. 
Perasaan gembira di dalam hati itu sukar digambarkan. Bila lahir di dalam senyuman yang kita balas untuk orang yang memeberikan ciuman itu, ia penuh bermakna. Begitulan juga sel yang diberi minum air zam-zam, macam rasa cinta. Kalau sel itu boleh bersua mungkin ia akan kata, “Wow! Aku menyukainya.”“Ia adalah air pemberi tenaga yang paling hebat dan boleh membuatkan anda sihat. Jika ada peluang minum setiap hari anda akan lebih sihat kerana ia adalah terapi semula jadi. Di masa hadapan mungkin kita boleh hentikan kebergantungan kepada ubatan kimia kerana ianya memberikan kesan yang tidak baik kepada tubuh. Air zam-zam bukan sekadar mengenyangkan, menambah lagi tenaga, tetapi juga sebagai penawar segala penyakit.


“Saya hanya mengupas sedikit sahaja tentang air zam-zam tetapi ia telah mebongkar banyak rahsianya. Dari mana sumbernya? Berapa banyak tenaga yang air itu miliki semasa di Mekah dan berapa yang tinggal apabila dibawa terbang jauh dari kota. Dengan mengkaji lebih mendalam, kita dapat mengetahui lebih banyak lagi khasiatnya,” Jelas Dr. Knut yang juga membuat kajian tentang kekuatan sembahyang orang islam dan semabahyang orang kristian. Baginya sembahyang orang Islam member kesan positif dan boleh mengekalkan tahap tenaga untuk jantung.





Sedangkan doktor Kristian pun kagum dengan kehebatan air zam-zam, apatah lagi sebagai orang Islam yang memang ada peluang untuk menikmati air itu. Itulah tanda kekuasaan Allah yang diberikan kepada Umat Islam.

sumber: Majalah Al-Islam dan sebuah kehidupan


Khamis, 23 Februari 2012

Sedikit maklumat berkaitan Kaabah…


Assalamualaikum wbt...

Jom kenali tempat mulia kita...iaitu kaabah yang terletak di MEKAH



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4.Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati
.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.


Semoga bermanafaat, wallahua'lam 

Sumber:facebook/heliza helmi

IKLAN 3