IKLAN

Rabu, 22 Jun 2011

HIDAYAH ITU BUKAN MILIKKU

“Amru, macam mana nak cegah kemungkaran dalam keluarga kita sendiri?”  
“Kemungkaran? Ekstrimnya istilah yang kau guna. Hehe.” 
“Habis tu nak guna apa?” 
“Ok ok, tenang. Aku bergurau je. Hmm.. Kemungkaran macam mana tu, Hasan?” 
+++ 
Ukhuwwah. Amru dan Hasan merupakan dua orang ikhwah yang selalu bersama sejak di bangku sekolah lagi. Mereka menerima tarbiyah di sana sejak Tingkatan 4. Mereka berdua telah merancang sejak dari awal lagi untuk menyambung pelajaran di satu IPT yang sama, agar mereka bersama-sama dapat meneruskan usaha mentarbiyah diri dan mentarbiyah orang lain di IPT. 
Walaupun mereka sedar bahawa cabaran dakwah di IPT pastinya berbeza dengan cabaran dakwah di sekolah lama mereka. Namun dengan berbekalkan semangat dan kefahaman yang sangat kukuh. Mereka berdua terus tsabat atas jalan tarbiyah dan dakwah hingga kini. 
+++ 
Amru bertanya kepada Hasan. 
“Hasan, cuba kau bagi case study siket. Mudah kita nak detect apa problem yang sebenarnya. Daripada kita terawang-awangan macam ni. Masalah tak selesai nanti.”
“Hmm.. Macam ni lah, aku rasa kau pun tahu kan, keluarga aku tak solat.” Hasan membuka kisah.
“Hmm.. jadi?" 
“Jadi, aku nak minta pendapat kau lah, apa yang patut aku kena buat?” 
“Sebelum aku cakap mengenai apa yang kau kena buat, cuba kau cerita dahulu, apa yang kau dah buat?” 
“Kenapa pula?” 
“Ya lah, biar masalah ini semakin jelas seperti bulan purnama.” Amru berseleroh. Mereka berdua tertawa kecil bersama. 
+++ 
Hasan lahir dari satu keluarga yang berada. Ditambah lagi dengan kelebihan dari segi paras rupa yang kacak, dan pandai bergaya. Sememangnya Hasan menjadi tumpuan ramai gadis sejak dia Tingkatan 3 lagi. Namanya selalu kedengaran disebut oleh gadis-gadis di sekolah tempat mereka belajar. Sebelum ditarbiyah, Hasan sememangnya terkenal dengan title pelajar yang paling kaya, dan juga pelajar yang paling diminati oelh pelajar perempuan. 
Namun, dengan huluran cinta dari Allah. Hasan mula membuka matanya apabila dia mendengar pengisian dari seorang abang yang tidak dikenalinya, abang Irfan. 
+++ 
“Siapa nama kamu?”, abang Irfan, murobbi mereka bertanya.  
“Hasan.”  
“Hasan. Nama yang cantik. Jadi, memandangkan nama Hasan itu cantik, abang nak tanya soalan lah.” Gelak mula memenuhi surau. Ketika itu ada tujuh orang pelajar yang turut sama berhalaqoh. Termasuk Amru, insan yang menarik Hasan. 
“Apa tujuan hidup kita?”  
“Err.. Beribadah?” 
“Ya, betul. Ibadah. Surah ke-51 ayat ke -56. Tapi, apa pula maksud ibadah?” 
“Err..” 
“Yang lain macam mana? Ada yang nak membantu? Siapa dapat abang bagi gula-gula.” Abang Irfan sekadar berjenaka, untuk menaikkan semula antusias anak halaqohnya. Mereka semua terdiam. Lihat satu sama lain sambil mengangkat kening dan bahu masing-masing. 
“Ibadah itu berasal dari perkataan ‘ain-ba-da, atau ‘abd, lebih biasa kita panggil abdi. Simply to say, ibadah itu bermaksud mengabdikan diri. Ibadah kepada Allah, maknanya mengabdikan diri kepada Allah.” 
“Ooo.” Suara spontan yang terpacul dari hampir semua yang hadir. 
“Dan apa itu islam?” 
“Amru?” 
“Selamat?” jawab Amru dengan nada tidak yakin dan seolah-olah meminta kepastian. 
“Selamat? Macam tak yakin je dengan jawapan antum sendiri.” Abang Irfan memprovokasi bagi mengajar erti membela pendapat dalam diri Amru. 
“…” 
“Antum semua kena yakin, akhi. Ini ana, orang Islam yang bertanya, mungkin tidak ada masalah sangat. Tapi, cuba bayangkan jika tiba-tiba ada amoi datang kat kita tanya, 
“Amru aa, apa itu maksud Islam?’ Abang Irfan meniru loghat cina dalam melakonkan nada amoi yang disebut tadi. Sekali lagi surau tu bergema. Namun terus dipotong oleh abang Irfan. 
“Apa yang kamu nak nak jawab? Kalau kamu sendiri tak yakin dengan apa yang kamu ada.” 
Semua terdiam. Semua kelihatan berfikir. Hasan mula menanti-nanti akan setiap kata yang ingin dilontarkan oleh abang Irfan. 
“Islam itu ketenangan. Islam itu pengabdian. Islam itu kecintaan. Ketenangan yang kita akan rasai apabila kita mengabdikan diri kita seluruhnya hanya kepada Allah semata-mata hanya atas dasar cinta kita kepada Allah itu sendiri.” Abang irfan merendahkan suaranya, dan surau seakan tidak berpenghuni. Terdiam. 
Hari itu menjadi satu turning point bagi Hasan untuk memperbaiki dirinya dari yang sebelumnya. Hasan merasakan dirinya sangat hina kerana tertipu dengan pelbagai kesenangan yang dia ada selama ini. Duit yang dia ada. Penampilan yang dia ada. Juga rupa paras yang dia ada selama ini bukannya menjadikan dia semakin dekat dengan Allah. Malah semakin menjauh. 
“Dan Kami pecahkan di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang soleh dan ada yang tidak demikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran)”  
[QS al-A’raf, 7:168] 
Semua kerana kebijakan helahnya Amru dalam mengajak Hasan ke surau pada petang itu. Namun, tangan yang mengatur di sebalik segalanya itu pasti Allah. 
+++ 
“Aku dah tegur dah mereka. Secara kasar dah buat. Secara halus pun dah buat. Tak jalan gak. Macam mana ni?”
“Kau tegur mak ayah kau?!” 
“Ya lah. Kan kita kena cegah dengan tangan atau kuasa, kalau tak dapat, kena cegah denagn lidah. Lepas tu baru hati. Tu yang aku tegur. Salah ke?" 
“Hasan. Apa yang kau buat tu tak salah. Tapi, mungkin kurang tepat.” 
“Kurang tepat?” Hasan kepelikan. 
“Ya. Cegah kemungkaran itu memang patut. Tegur tu pun tak ada masalah. Cuma… Kurang tepat.” 
“Maksud kau?”  
“Baik. Cuba kau lihat apa kata Allah dalam surah ke-16 ayat ke-125.”  
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah* dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yamg lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” 
[QS an-Nahl, 16:125] 
+++ 
“Amru, kalau abang tu datang lagi next week. Bagi tahu aku ya.” 
“Ok. Tak de hal. Tapi nanti aku takut kau pula yang menolak.” 
“Erm.. insya-Allah, Amru. Aku rasa, aku kena berubahlah.” 
“Kau nak jadi apa? Power Rangers kuning?” 
“Woi! Bukan tu! Aku serius ni..” Wajah Hasan memerah. 
“Hehe.. ok ok. Maafkan saya ya. Tenang friend.” Amru mengembalikan semula ketenangan dalam rakannya itu. 
“Aku rasa aku perlu ubah cara hidup aku. Selama ni aku pun tak tahu lah, apa yang aku kejar dalam hidup aku. Nak perempuan, mudah je aku boleh dapatkan. Duit? Lagi mudah. Tak payah cerita banyak. Tapi, bila abang tadi tu cakap pasal ayat tentang “belum sampai masa” tu. Aku terfikir juga. Mungkin betul apa yang dia kata.” 
“Ayat ni ya?” Amru membacakan maksud ayat yang dijumpainya dalam al-Qur’an terjemahannya. 

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]
“Yup.”  
“Ni bukan dia abang tu yang kata. Ini Allah yang kata.” 

Hasan mula memikirkan bahawa betapa hinanya dia kerana tidak mampu melihat siapa tangan yang melakukan semua yang baru sahaja berlaku ke atas dirinya. Sejak hari itu, Hasan terus bertekad untuk melakukan hijrah. Hijrah ke arah kebaikan. Menuju destinasi syurga setelah matanya yang lama terlena leka dengan buaian kegelapan dunia mulai terbuka.
+++ 
“Apa maksud hikmah?” Amru mencetuskan persoalan kepada Hasan 
“Baik?” 
“Ha. Itulah orang Melayu. Sebut je hikmah, mulalah terbayangkan lemah lembutlah, baiklah, tak terasalah, tak directlah. Sedangkan, cuba tengok dekat foot note bawah tu ada apa? Cuba bacakan.”  
“Perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil” 
“So?” 
“So betullah aku buat? Apa yang kurang tepat?” 
“Ok. Cuba tengok hujung ayat tu.”  
“Yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil” 
“Tercapai tak matlamat tu?” Amru mengajukan persoalan kepada Hasan. 
“Ya lah, tapi..” Hasan cuba menjawab. 
“Tapi tak tercapai kan? Kerana apa?” Amru memotong kata-kata Hasan. 
“…” Hasan hanya membisu. Memerhatikan wajah Amru dengan wajah agak kurang senang. 
“Tegas tu mungkin kau betul. Tapi, benar tu kau tak de. Jadi, separuh markah sahaja untuk anda. Tett!” Amru cuba menceriakan suasana kembali. 
“Maka dengan sebab rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Kerana itu maafkanlah mereka dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mencintai orang yang bertawakal.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:159] 
+++ 
“Akhlak kau pula macam mana pula kat rumah?” 
“Macam itu lah.” 
“Ya lah. ‘Itu’ tu apa?” 
“Hehe. Aku ok je kat rumah.” 
“Kau solat ajak mereka tak?” 
“Mestilah ajak. Tu yang kadang-kadang sampai berdebat tu.” 
“Kau berdebat?” 
“Ya lah. Dah dia tak nak buat. Aku tegurlah. Pastu dia marah aku balik. Mana boleh aku biarkan mereka terus duduk dalam kemungkaran.” 
“Pernah tak kau jumpa orang yang berdebat, semata-mata untuk kalah?” 
“Err. Tak.” 
“Sama juga dengan mereka tu. Walaupun mereka tahu mereka itu salah, tapi sebab ianya perdebatan. Maka mereka pasti akan mempertahankan prinsip mereka sendiri. Terutamanya orang-orang yang lebih tua dari kita. Abang ke, ayah ke, mak ke. Sama je semua tu.” 
“Tapi, takkan nak biarkan saja?” 
“Habis tu nak buat apa?” Amru membalas satu pertanyaan dengan pertanyaan yang lain. 
“…” 
+++ 
Sehari selepas halaqoh. 
Azan subuh berkumandang sayu. Namun dipecahkan dengan suara, 
“Kamal! Bangun! Solat subuh!!!” Hasan mengejut teman sebiliknya. 
“Kamal! Bangun!!! Kau nak masuk neraka ke?” 
“Hoi Hasan! Kau pergilah masuk syurga sana. Nak jadi baik konon. Aku nak tidur lah!” Kamal menarik selimutnya sehingga menutupi kepalanya. Dan terus tidur. 
Amru yang kebetulan terdengar apa yang berlaku terus memanggil Hasan untuk ke solat surau. 
“Hasan. Aku nak kau istighfar, dan tunggu aku di surau.” 
Hasan yang sedang dalam keadaan marah cuba mengawal dirinya dan terus menuju ke surau sambil mulutnya mengucapkan istighfar. 
Amru menuju ke katil Kamal dan mengejutkan Kamal dengan nada dan akhlak yang sangat berbeza dengan cara Hasan tadi. 
“Kamal.. Jom solat. Kejap je. Lepas solat nanti tidurlah balik.” 
Kamal mula bangun dan solat di dalam biliknya sahaja. Hasan memerhati sambil merasa malu terhadap dirinya. 
+++ 
“Jaga akhlak kau, Hasan.” 
“Maksudnya?” 
“Hidayah ini berasal dari akar kata yang sama dengan hadiah. Ha-da-yah. Cuba bayangkan, kita kata kita nak bagi hadiah kat seseorang, tetapi kita bagi pada dia dengan cara melempar. Agak-agak dia ambil tak hadiah tu?” 
“Erm.. Kalau mahal ambil lah kot.” 
“Hehe. Orang kebanyakannya takkan ambil. Dan sebab dia tidak ambil itu bukan sebab hadiah itu tak berharga atau tak lawa kebanyakkannya, tetapi kerana cara kita yang yang salah dalam memberi.” 
+++ 
“Hasan. Bangun, abang Irfan dah sampai kat bawah tu.”  
“Haa?? Aku ngantuk lah.” 
“Ngantuk?!” 
“Hmm..” Hasan membalas seperti tidak sedar apa yang berlaku. 
“Hasan. Kau kata kau tekad nak berubah. Tapi kalau macam nil ah sikap kau. Macam mana kau nak expect perubahan tu akan berlaku?” 
“Hmm..” sekali lagi. 
Maka tiba-tiba..
‘Zapp!’ 
Hidung Hasan dijentik oleh Amru. 
“Ha?! Apa kau cakap tadi?” Hasan mulai sedar dari keadaan separuh sedarnya. 
“Hehe. Cepat siap. Jom turun bawah. Halaqoh.” Sambil menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. 
“Oo. Ok ok..” 
+++ 
“Tapi, aku mahu sangat keluarga aku berubah. Aku tak nak lah jadi baik seorang diri.” Hasan mula beremosi sedih. 
“Macam ini, Hasan. Pernah dengar kisah Nabi Muhammad denagn pakcik dia sendiri yang tak mahu masuk Islam?” 
“Siapa?” 
“Abu Talib.” 
“…” 
“Aku rasa kita semua tahu mengenai betapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap Abu Talib. Betapa berusahanya Rasulullah SAW nak mengislamkan pakciknya itu sampai ke tahap orang tu nak mati pun, dia masih cuba mengajarkan syahadah. Tapi, islam tak pakcik dia tu?” 
“Tak.” 
“Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil kat sini ialah teruskan berusaha. Jangan putus. Sampailah mereka itu nak mati nanti atau sampai lah kita mati. Cuba sehabis baik untuk ubah mereka. Mungkin sahaja mereka akan berubah selepas kita tak de nanti, siapa tahu?” 
“Tapi, aku nak tengok diorang berubah. Kalau nak mengharapkan dapat solat berjemaah sama-sama kat rumah tu mungkin susah. Tapi, at least mereka tu solat pun dah cukup lah.”  
“Bacakan surah al-Baqarah ayat ke-272.” 

“Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apa pun harta yang kamu infakkan, nescayya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).” 
[QS al-Baqarah, 2:272] 

“Cuba ulang ayat pertama tu tadi.” 

“Bukanlah kewajipanmu (Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.” 
[QS al-Baqarah, 2:272] 

“Hidayah itu milik Allah. Kita hanya mampu berusaha.” 
“Tapi, aku sayangkan mereka.” Hasan mula berkaca.
“Maka kau kena terus berusaha.” Amru menepuk bahu ikhwahnya itu.

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, “Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhan-mu, dan agar kami bertakwa.”  
[QS al-‘Araf, 7:164]



"Allah bersamamu Nor Adli Hakim"
khir al-imtiaz
19-06-2011
0100am


http://mohamadkhirjohari.blogspot.com/2011/06/cerpen-hidayah-itu-bukan-milik-kamu.html

Selasa, 21 Jun 2011

KETIKA CINTA TERGANTIKAN DENGAN SEBUAH KEIKHLASAN

Bismillah ...
Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sulit untuk dijalankan. Kerana itu memerlukan proses yang panjang sehingga boleh membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cintaku terbentuk dengan restu orang tua dan ketika aku harus menerima kenyataan orang yang aku sayangi bernikah dengan orang lain. Ketika rencana hanyalah tinggal sebuah rencana yang tidak terwujud. Tidak mudah untuk menerima kenyataan itu bahkan mungkin sangat sulit untuk aku terima. Hari demi hari aku lewati dengan air mata dan kesedihan. Di kesunyian dan keheningan malam aku menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi padaku tapi menyesal kenapa aku belum boleh menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.


Tapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apapun yang terjadi itulah yang terbaik buat aku meski aku harus sedih, kecewa dan merasa diperlakukan tidak adil.


Aku hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apapun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insya ALLAH mampu membimbing aku untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.


Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, ALLAH akan memberikan ketenangan yang luar biasa di hati kita. Sesungguhnya bersama kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakin bahwa rencana ALLAH itu lebih indah.


Buat sahabat2ku yang sedang sedih, harus tetap semangat kerana ALLAH sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.


Selalu berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur ALLAH masih memberikan ujian kepada kita, itu berarti kita termasuk orang2 yang masih diperhatikan olehNYA. ALLAH selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan bukan sesuatu yang kita inginkan. Kerana DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.


Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci orang hidup. Tidak mudah bahkan mungkin sangat sulit. Tapi tidak ada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.


Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepadaku. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepadaku seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba2Mu yang Engkau sayangi. Izinkanlah aku untuk menghabiskan sisa umurku untuk lebih dekat dan mencintaiMu.


FROM: missPOTATO 

Ahad, 19 Jun 2011

TIPS STUDY MENURUT AL QURAN

Jangan Hanya Pandang Ke Barat

InsyaAllah, pada kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi suatu alternatif bagi kita mendapatkan motivasi dan tips belajar berdasarkan sumber yang jarang diketengahkan. Kebiasaan bagi manusia zaman ini hanya mencari tips kejayaan dan kecemerlangan berpaksikan sumber kajian dari negara barat, mahupun negara-negara maju lainnya. Ianya memang amat baik bagi menyingkap dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dimana-mana, kerana ia sebenarnya berasal dari umat Islam sendiri, namun mengapa pada hari ini kita lebih menaikkan dan mengutamakan sumber di sana berbanding sumber yang wajib kita pegangi, Al-Quran. Kerana 'Al-Quran Ummul 'Ilmi' [Ibnu Mas'ud], Al-Quran ibu/induk kepada ilmu. InsyaAllah, kali ini kita membelek ilmu pada topik tips belajar dan berjaya dalam Al-Quran.

Sebelum kita mulakan perkongsian perlu kita yakini dan sedari bahawa kecemerlangan dan kejayaan adalah tuntutan bagi seorang yang ingin beriman. Orang-orang yang beriman sepatutnya menjadi yang paling tinggi dalam pelbagai aspek, samada pendidikan, kerjaya, rumah tangga, sosial, ekonomi dan sebagainya, kerana inilah batu-bata yang bakal menguatkan binaan umat Islam.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, sedangkan kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."[QS al-Imran, 3:139]

Janganlah kita jatuh motivasi atau bersikap lemah, apatah lagi bersedih hati sehingga merapuhkan kejayaan, kerana jika kita mengaku orang-orang beriman, sepatutnya kita yang paling tinggi darjatnya tidak kira dalam apa jua aspek dan keadaan. Maka ayuh kita buktikan kepada dunia, orang-orang beriman paling tinggi kedudukannya. Kerana memang berjaya orang-orang yang beriman.

"Sesungguhnya berjaya-lah orang-orang yang beriman,"[QS al-Mukminum, 23:1] 

Tips Belajar @ Al-Quran

Sebenarnya terlalu banyak tips dalam al-Quran yang mampu kita manfaatkan dalam kehidupan, kita perlu menjadi orang-orang yang berakal, berfikir, menghayati dan mengkaji ayat-ayat Allah yang mengandungi pelbagai hikmah kepada semua status manusia. Antara tips yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah......

IKLAN 3