IKLAN

Jumaat, 15 Februari 2013

Islam dibangunkan diatas 5 perkara - hadis 40



Hadith ini adalah hadith ketiga(03) dalam kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Tajuk hadith ini ialah islam dibina atas lima perkara.




عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله وسلم يَقُوْلُ : بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ وَإِقَامُ الصَّلاَةِ وَإِيْتَاءُ الزَّكَاةِ وَحَجُّ الْبَيْتِ وَصَوْمُ رَمَضَانَ. [رواه الترمذي ومسلم

Terjemah hadith

Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Alh- Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat Turmuzi dan Muslim)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith 40:03 – Islam dibina atas lima perkara

  1. Rasulullah s.a.w. menyamakan Islam dengan bangunan yang kokoh dan tegak diatas tiang-tiang yang mantap.
  2. Pernyataan tentang keesaan Allah dan keberadaannya, membenarkan kenabian Muhammad s.a.w., merupakan hal yang paling mendasar dibanding rukun-rukun yang lainnya.
  3. Selalu menegakkan shalat dan menunaikannya secara sempurna dengan syarat rukunnya, adab-adabnya dan sunnah-sunnahnya agar dapat memberikan buahnya dalam diri seorang muslim yaitu meninggalkan perbuatan keji dan munkar karena shalat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan munkar.
  4. Wajib mengeluarkan zakat dari harta orang kaya yang syarat-syarat wajibnya zakat sudah ada pada mereka lalu memberikannya kepada orang-orang fakir dan yang membutuhkan.
  5. Wajibnya menunaikan ibadah haji dan puasa (Ramadhan) bagi setiap muslim.
  6. Adanya keterkaitan rukun Islam satu sama lain. Siapa yang mengingkarinya maka dia bukan seorang muslim berdasarkan ijma’.
  7. Nash diatas menunjukkan bahwa rukun Islam ada lima, dan masih banyak lagi perkara lain yang penting dalam Islam yang tidak ditunjukkan dalam hadith. Rasulullah s.a.w.  bersabda: “ Iman itu terdapat tujuh puluh lebih cabang “
  8. Islam adalah aqidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.
sumber

Khamis, 14 Februari 2013

Amalan bergantung pada niat- HADIS 40





الحديث الأول: عن عُمَرَ بْن الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِامْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا 
 فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ


" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'


Terjemahan Hadith
Hadith pertama: Daripada Umar bin Al-Khattab r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya segala amalan itu berdasarkan niat, setiap orang memperolehi mengikut apa yang ia niatkan. Sesiapa yang niat hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya maka (ganjaran) hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang niat hijrahnya kepada dunia yang ia ingin dapatkannya atau kepada perempuan yang ia ingin kahwininya maka pahala hijrahnya adalah kepada apa yang ia hijrahkan (niatkan)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)





Kedudukan Hadith
  • Imam Ahmad, Syafi’e, Ibnu al-Madini dan lain-lain: Satu pertiga ilmu.
  • Imam Baihaqi: 1/3 dari sudut segala amal atau usaha hamba tidak terlepas daripada hati, lidah, anggota luaran. Setengah amalan hanya berpunca daripada hati sahaja bahkan dalam ibadat hati iaitu niat adalah sebab penolakan @ penerimaan amalan itu. Hati @ niat kadang-kadang boleh menjadi satu ibadat yang tersendiri dan yang lain memerlukan kepada hati.
  • Al-Munawi: Hadith ini adalah usul utama berkenaan ikhlas.
  • Abi Ubaid: Tidak ada hadith yang lebih luas makna, bermanfaat, tinggi daripada hadith ini.
  • Agama ini diasaskan pada empat hadith dan ini adalah salah satu.

Kedudukan Hadith 2
1/3 ilmu bahkan agama. Kerana agama untuk menyempurnakan kesempurnaan diri seseorang. Manusia didorong oleh 3 daya dalam dirinya. Quwa al-aqliyyah, quwa as-syahwiyyah, quwa al-ghadhabiyyah. Masing-masing quwa itu mempunyai penyempurnanya di dalam hukum agama iaitu hukum ibadat, mu’amalat serta munakahah, jinayah. Quwa pertama disempurnakan oleh ibadat dan ibadat kebanyakannya bergantung pada niat. Kerana itu hadis niat ini adalah 1/3 daripada ilmu @ agama yang merupakan penyempurna seseorang manusia.

Makna Umum
  • Niat adalah kayu pengukur, piawaian atau krateria untuk menghukum sesuatu amalan samaada diterima atau ditolak, diberikan ganjaran pahala atau dosa.
  • Hadith ini juga membahagikan manusia berdasarkan amalan dan niatnya kepada dua iaitu seseorang yang melakukan sesuatu amalan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan seorang lagi yang melakukan suatu amalan adalah untuk kepentingan dan keinginan nafsunya sahaja. Maka satu golongan memperolehi kejayaan dengan amalannya itu dan satu golongan lagi tidak memperolehi apa-apa bahkan mendapat balasan buruk dengan amalannya.
  • Hadith ini juga merupakan neraca amalan seseorang dari segi batinnya sebagaimana hadith “Sesiapa yang mengerjakan suatu amalan yang bukan dari agama kita maka ianya tertolak” (muttafaq alaih) adalah merupakan neraca amalan seseorang dari segi zohirnya.

Sesungguhnya Segala Amalan Berdasarkan Niat
  • Amal bermaksud sesuatu yang terbit daripada mukallaf sama ada jawarih atau lisan. Setengah ulama memasukkan juga daripada hati.
  • Amalan yang dimaksudkan di sini adalah yang bersifat ikhtiyariyyah dan semuanya mestilah berlaku dengan niat.
  • Sesuatu amal itu berlaku, sah, baik, buruk, diterima, ditolak atau sempurna berdasarkan kepada niat.

Sesungguhnya Segala Amalan Berdasarkan Niat
  • Sesuatu amalan itu berbeza sama ada baik atau tidak berdasarkan niat.
  • Setiap amalan mestilah bersandarkan keikhlasan supaya ia diterima Allah berdasarkan kepada keseluruhan hadith ini.

Definisi Niat
Dari segi bahasa adalah bermakna memfokuskan kepada sesuatu.

Dari segi istilah:
  • Membuat keputusan atau memfokuskan kepada sesuatu di dalam hati serta melakukannya.
  • Setengah ulama menambah ‘dengan maksud mencari keredhaan Allah’.
  • Setengah ulama tidak setuju dengan definisi itu kerana tidak merangkumi puasa dan suatu niat tanpa amal.

Definisi Niat 2
Setengah ulama seperti Imam Baidhawi mengatakan niat yang sesuai dengan hadith ini ialah berkehendak atau memfokuskan suatu amalan dengan maksud untuk mencari keredhaan Allah Taala.
Ia berdasarkan penggunaan perkataan “نية” bukannya perkataan “ارادة” iaitu “kehendak”. Ertinya niat: satu kehendak yang khusus serta mempunyai hubungkait dengan sesuatu yang menyampaikan amalan tersebut kepada maksudnya bukan semata-mata amal. Sesuai dengan contoh selepasnya yang menekankan penerimaan dari Allah.


sumber 1

sumber 2

Selasa, 12 Februari 2013

Kitab Hadis 40 :Islam ,Iman dan Ihsan

Hadith ini dipetik dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi. Hadith yang kedua(02) ini bertajuk Islam, Iman, dan Ihsan. Hadith ini juga dikenali sebagai hadith jibrail.

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ   وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ .   [رواه مسلم]

Maksud hadith

Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah saw suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk di hadapan Nabi saw lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah saw) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah saw: “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada ilah (tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang  membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“.  Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata:  “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda:  “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian)  berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah saw) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Baginda saw bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “. (Riwayat Muslim)


Catatan hadith 40:02 – Islam, Iman, dan Ihsan

  1. Hadith ini merupakan hadith yang sangat dalam maknanya, karena didalamnya terdapat pokok-pokok ajaran Islam, yaitu Iman, Islam dan Ihsan .
  2. Hadith ini mengandung makna yang sangat agung karena berasal dari dua makhluk Allah yang terpercaya, yaitu: Amiinussamaa’ (kepercayaan makhluk di langit/Jibril) dan Amiinul Ardh (kepercayaan makhluk di bumi/ Rasulullah s.a.w.)

Pelajaran yang terdapat dalam hadith:

  1. Disunnahkan untuk memperhatikan kondisi  pakaian, penampilan dan kebersihan, khususnya jika menghadapi ulama, orang-orang mulia dan penguasa.
  2. Siapa yang menghadiri majlis ilmu dan menangkap bahwa orang–orang yang hadir perlu untuk mengetahui suatu masalah dan tidak ada seorangpun yang bertanya, maka wajib baginya bertanya tentang hal tersebut meskipun dia mengetahuinya agar peserta yang hadir dapat mengambil manfaat darinya.
  3. Jika seseorang yang ditanya tentang sesuatu maka tidak ada cela baginya untuk berkata: “Saya tidak tahu“,  dan hal tersebut tidak mengurangi kedudukannya. 4.
  4. Kemungkinan malaikat tampil dalam wujud manusia.
  5. Termasuk tanda hari kiamat adalah banyaknya pembangkangan terhadap kedua orang tua. Sehingga anak-anak memperlakukan kedua orang tuanya sebagaimana seorang tuan memperlakukan hambanya.
  6. Tidak disukainya mendirikan bangunan yang tinggi dan membaguskannya sepanjang tidak ada kebutuhan.
  7. Didalamnya terdapat dalil bahwa perkara ghaib tidak ada yang mengetahuinya selain Allah ta’ala.
  8. Didalamnya terdapat keterangan tentang adab dan cara duduk dalam majlis ilmu.

sumber

IKLAN 3