IKLAN

Jumaat, 22 November 2013

Lagu terbaru AMAR Macam Cantik Jer Macam Comel jer

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi semua--
Hari ni saya online awal pagi--
Pukul 5.45am dah bangun.Niat asalnya nak siapkan assigment yang dibekalkan oleh pensyarah
ada lebih kurang 2 minggu lagi submission day for my assignment
Tapi disebabkan ALLAH kurniakan ilham dan idea yang melimpah ruah--
Saya menghabiskan  kerja-kerja tersebut lebih awal
maka sempatlah saya buka blog Tebu Manis--

 Saya tertarik dengan sebuah klip video nih--
Sejak semalam saya bercadang nak masukkan entry lagu Nasyeed nyanyian AMMAR
lagu yang diambil dari PARODI seorang budak perempuan.--
Lagu tersebut di tulis liriknya supaya penyampaiannya lebih positif dan memberi makna
kepada para pendengar.




macam cantik jer macam comel jer

Semoga kita mendapat manafaat dari lagu tersebut



--hiburan dibolehkan di dalam Islam tetapi ada garis panduannya--
#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 21 November 2013

Kenali Assyaheed AHMAD AMMAR (#letsfollowammar)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Nama Ahmad Ammar tiba2 menjadi sebutan ramai orang
Yang Istimewanya beliau dikenali setelah pergi dijemput ALLAH
Semua ini sudah direncana oleh ALLAH--
Untuk dikenali setelah meninggal dunia--
Persoalannya kenapa?
Saya ada jawapannya--
Setelah saya baca FBnya,dan FB ahli keluarganya saya dapati mereka adalah manusia yang baik2 untuk kita kenali

AHMAD AMMAR meninggal dunia pada 1 Muharram 1435h (2/11/13) kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di TURKEY.Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana
Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Nak tahu lagi baca sini


almarhum ahmad ammar
AMMAR bersama ABAHnya

Sudah tiba masanya KIta menjadikan Kejadian ALLAH yang sebaik AHMAD AMMAR sebagai IKON dan IDOLA kita.AHMAD AMMAR adalah lambang anak muda yang menginfakkak dirinya berjuang kejalan ALLAH. Dalam usia 20 tahun beliau telah berfikir sejauh orang dewasa yang berusia sekaliganda dirinya

almarhum ahmad ammar

almarhum ahmad ammar
Raya terakhir AMMAR bersama keluarga (EIDULADHA 1434h)

Impiannya hebat
Begitu juga dengan Impian Ibubapanya
Mereka ingin mempersiapkan anak lelaki tunggal 
untuk UMMAT.Jarang sekali saya dengan impian IBU BAPA semulia
IBU BAPA AMMAR.Mereka menghantar AMMAR menimba ILMU sejauh BUMI TURKEY semata mendapat keredhaan ALLAH dan selebihnya supaya
anakanda mereka dapat memberi sumbangan terhadap AGAMA ISLAM

Sebagai guru--
Cerita AHMAD AMMAR menjadi 
penyuntik semangat kepada saya
agar lebih ramai jiwa AHMAD AMMAR dilahirkan disekolah 
Biar kanak2 melihat AHMAD AMMAR sebagai HERO
yang akan mereka kagumi dan teladani dan semoga
Kanak2 kecil menjadikan AHMAD AMMAR sebagai IDOLA
Agar apabila mereka dewasa mereka ingin menjalani 
kehidupan seperti AHMAD AMMAR
SELAIN HEBAT di Medan Akademik, AHMAD AMMAR tidak mahu sesaatpun dirinya jauh dari redha ALLAH.Baginya kerja DA'WAH adalah tanggungjawab penting yang harus digalas selain bersemangat mengikuti perbagai MISI KEMANUSIA seluruh dunia

http://tebumanis78.blogspot.com/2013/11/kenali-assyaheed-ahmad-ammar.html
Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bg mempersiapkannya untuk umat. Rupa2nya Allah mmpsiapknnya utkNYA."Nur Azlina"


Catatan  Ahmad Ammar --
  • Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman.
  • Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru.
  • Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan.. 
  • Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..
  
almarhum ahmad ammar

Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…
Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka."...ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”



 
ammar
Perbualan bersama seorang temannya--katanya "Nak Jumpa Bidadari"


ammar
Rancangan masa depan AMMAR (diambil dari catatan notanya)






almarhum ahmad ammar

 Saya masih teringat semasa Almarhum anakanda Ahmad Ammar meminta izin utk menyertai misi kemanusiaan ke Syria selama 3 hari selepas beberapa hari beliau pulang ke Istanbul setelah bercuti lebih 2 bulan di Malaysia penghujung Sept yg lalu. Tanpa ragu2 sy mengizinkan kerana yakin pengalaman ke sana itu penting buat beliau..."Pergilah....yg penting, make sure u take good care of yourself."

Tidaklah saya ketahui sehinggalah dlm pertemuan dgn pelajar2 Msia sebelum berangkat pulang setelah selesai menyempurnakan persemadian beliau bahawa rupa2nya beliau sgt menginginkan syahid di bumi Syria.....

Lebih sebak di dada apabila shbtya berkongsi bhw semasa di sana Almarhum telah bermimpi berjumpa "bidadari di syurga"....

Namun syahidnya telah tertangguh sehinggalah beliau kembali ke bumi AlFateh....

Berikut adalah catatan Almarhum pada wall FB beliau:

"Tidak beriman seseorang kamu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" HR Bukhari

Gambar ini ditangkap di sebuah hospital yg menjadi tempat aku menginap ketika berada di Syria pd 29 September lepas. Waktu ini,aku duduk termenung beberapa ketika sehinggakan tak sedar mata sudah bergenang dgn air mata. Sungguh aku berasa sebak dan pilu setelah berbual ringkas dgn seorang pak cik yang melayan kami ketika berada di situ. Pak Cik itu sentiasa tersenyum ketika berbicara dgn kami tapi aku dapat rasakan sesuatu dari pandangan matanya. Lalu tanpa ditanya beliau menceritakan yang dua anak perempuannya yang lebih kurang sebaya aku telah syahid akibat terkena letupan bom tentera Asad tidak lama yang lalu. İnnalillahI wa inna ilaihi rajiun, barulah aku mengerti rupanya pandangan itu merupakan pandangan penuh rindu seorang ayah kepada anaknya. Aku dilayannya seperti anaknya sendiri. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bermula saat itu aku mulai sedar dan memasang tekad sebagai saudara se-Islam aku harus keluar dari zon selesa untuk membantu saudaraku yang menderita di bumi Syam ini.
Sungguh hatiku tertinggal di Bumi Syam!

(***catatan ini telah Almarhum nukilkan di FB pd 14 Okt lalu, hampir 3 minggu sebelum kembali ke pangkuan rahmat Ilahi...)


Bergenang air mata semasa menulis kisah AMMAR,ianya terkesan dijiwa saya
Semoga catatan ini juga akan terkesan dijiwa sesiapa sahaja yang membacannya.
Wahai anak2 muda bangkitlah--
ambilla teladan dari kehidupan AMMAR--lihatlah betapa ALLAh sayangkannya sehingga kuburnya
diletakkan bersebelah dengan sahabat NABI (sahabat yang memberi rumah kepada RASULULLAH ketika baginda mula2 sampai ke MADINAH)
AlFatihah

--Ayuh sambung kerja Dakwah dan Misi kemanusiaan yang pernah AMMAR lakukan--
#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Isnin, 18 November 2013

Keistimewaan Berpuasa pada 10 Muharram

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Pada entry yang lalu saya telah menceritakan sedikit sebanyak 
tentang berpuasa pada 10 muharram--
entry kali ini adalah sambungan kepada fadhilat berpuasa pada 10 Muharram
Tahukah anda berapa banyak kelebihan/kebaikan/pahala yang Allah janjikan kepada orang yang berpuasa pada 10 Muharram?


kelebihan berpuasa 10 muharram


Muharram ada bulan pertama dalam Takwim Qamari iaitu Bulan Hijrah.Muharram bermaksud "diharamkan".Allah telah melarang keras peperangan atau sebarang pertumpahan darah dilalukan pada bulan tersebut.Namun larangan tersebut berakhir dengan pembukaan kota mekah (Al-Baqarah :91)

Setelah pemansuhan tersebut umat islam boleh melaksanakan aktiviti harian tanpa terikat dengan larangan berkenaan.

Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai 'Bulan ALLAH' (Shahrullahi).Ini adalah kerana kemuliaan bulab tersebut berbanding bulan-bulan yang lain.

puasa 10 muharram

Menurut Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tiada bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”
Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: “Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


  • Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (yakni 10 Muharram), maka Allah SWT akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan 
  • barangsiapa yang puasa pada hari Asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; 
  • dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah SWT akan menaikkan dengan rambut satu darjat. 
  • Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Asyura, maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka.” 

Sahabat bertanya: “Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah SAW: “Benar!
sumber
--fadilat berpuasa 10 Muharram--
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3