IKLAN

Sabtu, 12 November 2011

MIKE TYSON Mengerjakan Haji

Assalamualaikum wbt.

Anda semua Kenal Mike Tyson atau nama Islamnya Malik Abdul Aziz? Beliau merupakan lagenda tinju antarabangsa suatu ketika dulu...

Saya pasti semua orang tahu Mike Tyson sudahpun memeluk Islam .... dan baru-baru ini beliau telah mengerjakan HAJI di Mekah... Alhamdulillah sukanya saya dengar... 


Guru jangan panik dengan projek rintis KPM - Wee Ka Siong

12/11/2011 6:20pm - utusan


ALOR SETAR 12 Nov. — Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak panik dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.


Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.



Pinjam daripada miss google

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” katanya.

Semua akan diambil kira.......dan ini hanyalah projek rintis


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Ka Siong berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah. 

Teruskan mendidik



"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. "Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian.

Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” kata Ka Siong. — Bernama

IKLAN 3