IKLAN

Sabtu, 12 November 2011

KISAH SEORANG MUKMIN DAN IBLIS

  
Diceritakan bahawa pernah berlaku sekumpulan orang menyembah sebatang pokok, dan dikawasan tempat mereka tinggal itu ada seorang mukmin.Orang mukmin itu pada suatu hari datang membawa kapak untuk menebang pokok tersebut dengan niat untuk menegakkan agama tauhid.Dipertengahan jalan , orang mukmin tersebut terserempak dengan iblis yang menjelma sebagai seorang manusia .Iblis tersebut menegur, "Hendak ke mana kawan?"orang mukmin tersebut menjawab, "Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah oleh orang." Iblis seterusnya berkata, "Sebaiknya kamu tidak perlu bersusah payah , dan sebagai imbuhannya saya sedia memberikan kamu dua dirham setiap hari yang boleh kamu terima setiap pagi di bawah bantal kamu!"


Mendengar janji iblis itu timbul dalam hati orang mukmin itu tersebut perasaan tamak sehingga niat baiknya untuk menebang pokok itu dibatalkan.Setiap pagi orang mukmin itu meraba-raba dibawah bantalnya, kalau-kalau ada wang sebagaimana yang dijanjikan.Setelah ditunggu setiap hari tiga hari berturut-turut wang itu tetap tidak ada, maka adiapun keluar dengan perasaan marah untuk menunaikan rancangannya untuk menebang pokok yang disembah orang itu.Sekali lagi iblis menghalangnya ditengah jalan sambil menegur "Hendak ke mana?" Orang mukmin itu menjawab "Kali ini aku benar-benar hendak menebang pokok itu!" Iblis menjawab, "Sebaiknya aengkau pulang sahaja . Sekiranya engkau mendekati pokok itu, akan aku kerat lehermu! Ingat! Kali pertama engkau keluar kerana benar takut kepada Allah, Maka tiada seorang pun yang sanggup jadi penghalang. Akan tetapi kali ini engkau keluar kerana didorong oleh perasaan marah akibat tidak mendapatkan wang yang dijanjikan , maka sebaiknya engkau pulang sahaja kerana engkau tidak sanggup melakukannya "

    Begitulah iblis akan sentiasa menyesatkan kita tidak kita bagaimana keadaannya.Jadi kita hendaklah istikhamah dalam apa jua perbuatan kita. Semoga jalan yang benar yang kita pilih akan mendapat Pertolongan dari Allah. Setiap perbuatan kita hendaklah kerana Allah SWT .Sekiranya sebaliknya kita hanya akan mendapat penat sahaja kerana Allah tidak akan melihat perbuatan kita.

       Pada zaman itu ramai orang yang ingin membuat amal kebajikan namun niat mereka adalah untuk mendapat nama, pujian dan sanjungan daripada masyarat atau mungkin kerana sebab-sebab tertentu yang akan menguntungkan mereka.Ingat tangan kanan memberi kita sembunyikan tangan kiri.Hanya Allah yang mengetahuinya kerana Allah adalah Maha Pemberi dan Maha mengetahui, WALLAHUALAM

1 ulasan:

Sakahayang Kang Asep berkata...

Nasihat yang sangat menarik,,, terima kasih telah sharing...

IKLAN 3