IKLAN

Jumaat, 2 Ogos 2013

Cita-cita dia nak jadi pendakwah

Assalamualaikum wbt


Cita-cita adalah sinonim dengan seorang kanak2.Soalan saya pada semua parents , pernah tak tuan2/puan2 tanya anak2 apakah cita2 atau impian mereka apabila dewasa kelak?... mungkin majoriti akan menjawab cita2 hampir sama dengan pekerjaan ibubapa mereka.

Kenapa? sebab ibubapa dan guru adalah role model mereka terdekat kanak2 tersebut..apa jua pekerjaan yang mereka lihat di persekitaran mereka...itulah yang akan menjadi cita2 mereka

Hari ni saya nak share dengan semua cita2 seorang kanak2 

impian anak kecil


Cita2 kanak2 kecil ini adalah untuk menjadi seorang pendakwah, masyaALLAH

Dia adalah anak kepada Firdaus Wong Wai Hung yang juga seorang pendakwah Nama anaknya ialah Wong Khai Jien..Semoga Doa anak ini termakhbul.Kita doakan sama2 ya.

Dalam hati saya berkata:Untung ibu bapa Wong Khai Jien ^_^

taken from facebook Firdaus Wong Wai Hung



pstttt:dah servis kereta?

Sekian

Khamis, 1 Ogos 2013

Cara mengetahui lailatul qadar mengikut Iman Al-Ghazali

Assalamualaikum wbt




كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ  رواه مسلم
Rasulullah saw. bersungguh-sungguh dalam sepuluh hari akhir bulan Ramadhan, hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya.”Dalam shahihain disebutkan, dari Aisyah rah. :
lailatul qadar



Menurut Imam Al Ghazali, Cara Untuk mengetahui Lailatul Qadar bisa dilihat dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan :

1. Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan

2. Jika malam pertama jatuh pada malam Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan

3. Jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan

4. Jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan

5. Jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.

malam lailatul qadar


Menyetujui kaedah ini, bererti malam Lailatul Qadar jatuh pada malam Rabu, 6 Ogos 2013 atau malam 29 Ramadan 1434 H, kerana awal Ramadhan adalah malam Rabu, 10 Julai 2013. Allahu A'lamu bi Muradihi...
Kaidah ini tercantum dalam kitab-kitab para ulama termasuk dalam kitab-kitab fiqih Syafi’iyyah. Rumus ini teruji dari kebiasaan para tokoh ulama yang telah menemui Lailatul Qadar. Formula ini diceritakan Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin; juga terdapat dalam kitab Hasyiah Sulaiman Al Kurdi juz hal 188; kitab Tafsir Shawi; kitab I’anah at-Thalibin II/257; Syaikh Ibrahim al Bajuri dalam Kitabnya Hasyiah 'Ala Ibn Qasim Al Ghazi juz I halaman 304; as Sayyid al Bakri dalam Kitabnya I'anatuth Thalibin Juz II halaman 257-258; juga kitab Mathla`ul Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni.


Jangan jadi hamba Ramadhan atau Hamba Lailatul Qadar kerana kedua-duanya akan hilang, tetapi jadilah hamba kepada Allah kerana Allah kekal abadi.Allah lebih mengetahui

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Assalamualaikum wbt
Malam ni Malam ke-23... manalah tahu ada kemungkinan Lailatul Qadar turun. Tentu kita semua dah eksaited menerima malam yang lebih baik dari 1000 bulan kan.
 Di antara tanda-tanda datangnya Lailatul Qadar adalah:
  1. Pada hari itu matahari bersinar tidak terlalu panas dengan cuaca sangat sejuk, sebagaimana hadits riwayat Imam Muslim.
  2. Pada malam harinya langit nampak bersih, tidak nampak awan sedikit pun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas. Hal ini berdasarkan hadits riwayat Imam Ahmad.

 
Dalam kitab Mu'jam at- Thabari al-Kabir disebutkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Malam Lailatul Qadar itu langit bersih, udara tidak dingin atau panas, langit tidak berawan, tidak ada hujan, bintang tidak nampak dan pada siang harinya matahari bersinar tidak begitu panas."






Amalan-amalan untuk Mendapatkan Lailatul Qadar

Para ulama kita mengajarkan, agar mendapatkan keutamaan Lailatul Qadar, maka hendaknya kita memperbanyak ibadah selama bulan Ramadhan, diantaranya:

1. Senantiasa shalat fardhu lima waktu berjama'ah.

2. Mendirikan shalat malam atau qiyamul lail (shalat tarawih, tahajud, dll)

3. Membaca Al-Qur'an sebanyak-banyaknya dengan tartil.

4. Memperbanyak dzikir, istighfar dan berdoa.

5. Memperbanyak membaca do’a:

اَللَّهُمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا



Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Dzat Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, senang pada ampunan, maka ampunilah kami, wahai Dzat yang Maha Pemurah.

Semoga ada dikalangan kita yang menemui Malam Lailatul qadar Insha Allah.Tambahkan Ibadah kita malam ni
Selamat Malam semua

Rabu, 31 Julai 2013

Tadarus yang Indah

 Assalamualaikum wbt

 Awak semua sihat?Dah baca Quran hari ni? Ok jom baca aktiviti sekolah CIKGU NURUL (".) pulak hari ni yeahhhh!!!! (mode bercerita sedang mengganas hik^^ )

 Ehem ehem (^_^) ayuuhhhh dengar cerita Ramadhan saya

Sudah menjadi kelaziman di sekolah saya program penghayatan Ramadhan rancak berjalan sepanjang bulan.Bermula dari hari pertama hingga akhir.Antara yang mengisi ruang dalam program tersebut semestinya tadarus Al-Quran

Guru-guru dan murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibahagikan 3 juzuk setiap kumpulan.So, tugas cikgu ialah menjadi fasilitator ,memantau bacaan setiap murid dalam ahli kumpulannya.Selalunya pelajar yang boleh bertadarus ialah pelajar tahap 2 la.tahap satu adala beberapa orang.Lokasi kami berkumpul ialah di Masjid Al -Huda yang terletak betul2 depan pintu pagar sekolah

Untuk kali ni saya bertugas dengan Cikgu Fatimah dan Ustazah Munirah.Alhamdulullah hari ini 31 Julai 2013 bersamaan 22 Ramadhan kami berjaya menghabiskan bacaan bermula dari juzuk 6 hingga 9.Lega sebab sempat habiskan sebelum Hari Khatam Quran iaitu besok.... hehehe betul2 atas garisan

Menariknya bertugas di sekolah ini, setiap aktiviti Keislaman sangat aktif dijalankan.Jadi dapatlah saya belajar banyak hal terutama yg berkaitan dengan bacaan Al Quran.Oklah ni beberapa gambar untuk aktiviti Tadarus Al-Quran 2013.(tengah senyum simpul)

Inilah yang dipanggil kemeriahan Ramadhan.

Inilah kumpulan saya .Cikgu Fatimah yg pakai tudung oren merangkap kapten tadarus^_^

Well semua, nanti saya akan updatekan aktiviti menggubah bunga pulak... perghhh hasil gubahan sangat hebat walaupun terkeluar tajuk

Sekian kelas cikgu rini

pssttt:PBS tak siap lagi daa... (Penilaian berasaskan sekolah)

Selasa, 30 Julai 2013

Amalan Rasulullah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Assalamualaikum wbt
KIta sudah berada pada hari-hari terakhir Ramadhan dan sudan semakin dekat masa untuk kita meninggalkannya.Rasulullah dan para sahabat bersedih apabila hampir meninggalkan Ramadhan Kareem.Berbeza dengan kita terlalu mengalu-alukan shawal.Saya nak share dengan semua apakah amalan Rasulullah menjelang 10 hari terakhir ramadhan. Semoga ianya menjadi panduan kepada kita semua istiqamah dengan ibadah kita

Rugi tak ambil peluang beribadah

Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.
Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”
Ketiga : Memperbanyak doa.
Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.
Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. 
Doanya berbunyi : 
“Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa
1. orang meminum arak,
 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa,
 3. orang yang selalu bertengkar dan
 4. mereka yang memutuskan silaturahim.
Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”

Budaya orang Malaysia ialah mendengar lagu raya dan terlalu menunggu Shawal seawal 15 hari kita berpuasa.Apa nak jadi ntah.pada saya kalau terlalu ayik dengan persiapan raya, sudah tentu kualiti ibadah kita akan berkurangan.Sunnah Rasulullah berbeza dengan amalan kita.Teruskan mencari keberkatan Ramadhan dan keredhaan ALLAH
Terima kasih Puan penasihat ^_^
pssttt: Sahur tadi makan apa ek? heeee.. saya nak siap pi keja pulak...selamat membaca
Sekian 

Isnin, 29 Julai 2013

Wow 8Share, hanya dengan berkongsi link dapat menambahkan pendapatan anda

Assalamualaikum wbt

Hai, kawan2 blogger, hai juga kepada pembaca Tebu Manis.Saya nak ajak kawan2 semua buat duit bukan cara MLM.tak perlupun keluarkan cash atau taja orang

As simple, sharekan pada blog atau facebook atau twitter, insyaALLAH anda akan menerima wang saku daripada 8share

Ermmmm menarik juga sistem dia.setiap klik kita akan dibayar.So cubalah...ajak kawan2 join sama.. nanti bertambah besarlah wang tabungan anda

Tak rugipun. Ada yang dibayar rm0.20 manakala ada yang dibayar sehingga rm10.00... Wah ok sangatlah kira-kiranya

Apakata awak2 semua mula mencari wang tanpa bekerja sepenuh masa.Pasti menyeronokkan heeee

Berminat klik sini




Objek Dari Langit

Assalamualaikum wbt

Agak-agaknyalah dapat trending tak  Title kat atas tu? Sungguh misteri bunyinya kan.Terdapat unsur-unsur saspen sehinggakan semua makhluk asing yang bersembunyi kat Malaysia merasa bertanggung jawab atas kejadian tersebut hua hua hua


Cerita ni berlaku pada minggu sudah, Mungkin pada hari Rabu agaknya.Lepas Iftar adik datang bagitau kat saya yang cermin kereta retak.Saya bersoal jawab sekejap dengan adik "cermin mana?"... nak tahu dia jawab apa ? katanyaaaaaa ~ "ala cermin kereta depan,,, jeng jeng jeng ,Mahu biru sekejap muka saya... adalah dalam 5 minit...hewwwww.. terketaq-ketaq juga mendengar al kisah kejadian yang berlaku semasa mereka mencari juadah iftar di Pasar Ramadhan Pauh

Oh lupa cakap, Dia keluar dengan ayah,so ayahlah yang drive..... saya tak ikutpun.

Oooook Berbalik kisah saya ni.... Saya pun terus tanya "appa" ..... dia pun agak terkejut... memang dia ada dengar bunyi kuat jatuh atas kereta... tapi dia tak menyangka sampai boleh retak cermin kereta

Berkali-kali ayah bagitau dia tak sangka. saya cakap " alaaaa.... bukan sbb ayah pun...kalau orang lain yang memandupun akan jadi hal yang sama jugak".kesian ayah...... termenung sekejap

Saya dok telek2 harga tukaq cermin mungkin cecah RM1000.00.... haih seram mengingatkan duit yang nak melayang hummhhhhh  *-*

Ayah pun mula2 la survey harga kat kawan2 dia yg keja bengkel kereta... 

Kata ayah dalam RM300.00 saja.... fuhhhhh! lega... sikit

Tapikan.... ala dengan nak raya lagi.. 300.00 kira besar jugak kan...

Mohon jangan menangis ^_^

Setelah di forensik inilah hasilnya

Objek apakah? entahlah... mungkin batu atau mungkin jugak buah durian kot hew hew

BTW saya mohon pada ALLAH semuanya selamat... ada rezeki nanti dapatla saya salin cermin baru.Takpa lah inilah salah satu daripada ujian ALLAH

Redha dan senyum... hati akan rasa lebih lapang  ^_^


pstt:anak murid cakap tadi cikgu jangan marah2 nanti cepat lapar

Sekian dari cikgu Nurul yang tengah serabut ^_^

Ahad, 28 Julai 2013

Fadhilat mengamalkan surah Al-Kauthar


Assalamualaikum wbt 
Jom kita study tentang surah AL-KAUTHAR (",)


Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

  • Rasanya lebih manis daripada madu, 
  • warnanya pula lebih putih daripada susu 
  • dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.



Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
  1. baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita. 
  2. jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher, insyaallah hilang dahaga
  3.  jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
  4.  jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu 
  5. jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah 
  6.  jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
  7. jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Wah pahala besar, pahala besar ^_^ Pendek kata rajin-rajin lah amalkan surah ini.banyak kebaikan yang boleh dapat.Tak susahpun.Mudah dihafal, pendek dan lagi Allah janjikan pelbagai manfaat kepada kita.Masih tak mau lagi? Haih ruginya


sekian berita petang ^_^


IKLAN 3