IKLAN

Memaparkan catatan dengan label MY STORY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MY STORY. Papar semua catatan

Isnin, 29 Julai 2013

Objek Dari Langit

Assalamualaikum wbt

Agak-agaknyalah dapat trending tak  Title kat atas tu? Sungguh misteri bunyinya kan.Terdapat unsur-unsur saspen sehinggakan semua makhluk asing yang bersembunyi kat Malaysia merasa bertanggung jawab atas kejadian tersebut hua hua hua


Cerita ni berlaku pada minggu sudah, Mungkin pada hari Rabu agaknya.Lepas Iftar adik datang bagitau kat saya yang cermin kereta retak.Saya bersoal jawab sekejap dengan adik "cermin mana?"... nak tahu dia jawab apa ? katanyaaaaaa ~ "ala cermin kereta depan,,, jeng jeng jeng ,Mahu biru sekejap muka saya... adalah dalam 5 minit...hewwwww.. terketaq-ketaq juga mendengar al kisah kejadian yang berlaku semasa mereka mencari juadah iftar di Pasar Ramadhan Pauh

Oh lupa cakap, Dia keluar dengan ayah,so ayahlah yang drive..... saya tak ikutpun.

Oooook Berbalik kisah saya ni.... Saya pun terus tanya "appa" ..... dia pun agak terkejut... memang dia ada dengar bunyi kuat jatuh atas kereta... tapi dia tak menyangka sampai boleh retak cermin kereta

Berkali-kali ayah bagitau dia tak sangka. saya cakap " alaaaa.... bukan sbb ayah pun...kalau orang lain yang memandupun akan jadi hal yang sama jugak".kesian ayah...... termenung sekejap

Saya dok telek2 harga tukaq cermin mungkin cecah RM1000.00.... haih seram mengingatkan duit yang nak melayang hummhhhhh  *-*

Ayah pun mula2 la survey harga kat kawan2 dia yg keja bengkel kereta... 

Kata ayah dalam RM300.00 saja.... fuhhhhh! lega... sikit

Tapikan.... ala dengan nak raya lagi.. 300.00 kira besar jugak kan...

Mohon jangan menangis ^_^

Setelah di forensik inilah hasilnya

Objek apakah? entahlah... mungkin batu atau mungkin jugak buah durian kot hew hew

BTW saya mohon pada ALLAH semuanya selamat... ada rezeki nanti dapatla saya salin cermin baru.Takpa lah inilah salah satu daripada ujian ALLAH

Redha dan senyum... hati akan rasa lebih lapang  ^_^


pstt:anak murid cakap tadi cikgu jangan marah2 nanti cepat lapar

Sekian dari cikgu Nurul yang tengah serabut ^_^

Ahad, 22 Julai 2012

Hari Sukan Sekolah 2012

Assalamualaikum sahabat2 semua

Selamat menjalani ibadah puasa.Semoga puasa kali ini bisa mengubah diri kita menjadi yang lebih baik dari sebelum2nya...INSYAALLAH

BTW saya nak cita sikitlah pasal aktiviti sekolah yang rancak berjalan... semua unit berpusu2 buat program... maklumlah masuk ja bulan puasa semua dah kena brekkkkk ...sebab nak beri laluan kepada guru dan pelajar menghayati ibadah puasa tanpa sebarang tekanan "ewahhhhh"  (> _ ~)!


Okay lahhh... pada hari Rabu dan khamis yang lalu bersamaan dengan 18 dan 19 Julai telah berlangsung Hari Sukan sekolah... Tentatifnya yang padat..tujuannya adalah untuk memberi peluang semua pelajar menyertai sukan ini tak kira kemampuannya ok atau ko....kan~

So sebagai guru op cos la saya diberi tugas sebagai AJK kecil pertandingan dan tugas saya ialah menjadi hakim LOMPAT TINGGI.. memang pebretlahhhhh...So hari Rabu saya jalankan acara saringan untuk semua pelajar...setiap orang berpeluang melompat hokayyyy cikgu bagi cannnyaa... bukan apa nak bagi pendedahan awal kepada sukan olahraga di perigkat awal lagi..ya tak?

Hari Khamis pulak final... memang suara saya hilang kejaplah pasai terjerit2 bagi arahan sambil mengajar murid2 melompat dengan cara yang betul.... hahaha kiranya serampang 2 matalahkan

So untuk kali ni saya nak tunjukkan a few foto yang telah selesai saya edit..tak lah elok mana harapnya dapatlah semua tatapnya yerrrrr





By next time saya cuba pula untuk uploadkan gambar teknik lompatan versi murid2 saya...memang comel (-_-) nantikan ya...sekian sampai disini..jangan lupa niat puasa untuk besok tau


Sekian wasalan

Rabu, 4 Julai 2012

Sowwwww Pening

Assalamualaikum semua

Lamanya saya tidak mengendahkan blog tebu manis.... aduh maafkan saya wahai cik blog... sibuk bagai sampai dah jadi blog gelandangan dah.... ampun...

Rakan sekerja dah tegur saya blog asik tak berubah tajuk... ekekkekeke... sowww sori ek...thanks SITI NOOR AESYAH

Keyyyy  lah ekceli banyak hal yang saya nak kongsikan especially pasal aktiviti seharian...Di sekolah, program demi program silih berganti...maklumlah semuanya kerana UPSR yang bakal mengisi dairi penting semua sekolah rendah di Malaysia



Kebimbangan memang ada kali sebab sikap pelajar saya yang masih bermain-main seolah tiada apa-apa yang berlaku ...Penghujung bulan Julai , peperiksaan percubaan akan berlangsung...kali ni saya berasa sangat bimbang..prestasi murid saya tidak berada pada tahap yang selamat..

Saya harus mengatur strategi baru menggantikan strategi yang ada sekarang... Saya dah membawa pelajar mengulangkaji topik2 tahun 4 and at the same time bertubi-tubi kami melakukan eksperimen untuk memantapkan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulasi sains...

Cuma yang saya bimbangkan saya terpaksa memberikan perhatian jugak kepada pelajar KSSR tahun 1 mp Dunia Sains dan Teknologi... aduh pening....

Selain daripada itu terlalu banyak aktiviti sekolah yang harus saya turut serta membuatkan saya hilang tumpuan dan menjadi serba salah untuk memberi perhatian kepada program yang mana satu.... Yang penting sekaranga dalah perancangan dan pegurusan masa yang betul pasti akan membantu saya menangani masalah ini... doakan saya ya


Sekian Wasalam

Sabtu, 21 Januari 2012

Pertandingan Bola Jaring peringkat PKP Padang Besar (U)

Assalamualaikum wbt .

kaifahalukum..... heyyyyy... hai kawan2... I am back setelah beberapa hari tidak update blog.... ~fuhh intro ala blogger popular tu... haishhhhh~ 

Kawan2 ku sekelian,,, izinkan saya untuk tulis sedikit jurnal... hermmm yalah kalau setakat nak simpan jurnal dalam PC alamat memang ~takla~.. so let me share w u hokayyyy...

 Tentu korang sibuk2 tanya kemanalah cik nurul a.k.a cikgu nurul ni menyorok ehhh~
(tanya ke? ^^)..ermmm tak tanya pun tak pa sob sob saya tetap nak buat sikit jurnal

pada 20 dan 21 Jan 2012... maknanya kelmarin dan harini saya bersama 2 lagi guru terlibat dalam pertandingan bola jaring... saya merangkap JURULETIH yang tak berapa pandai melatih sangat pun..sikit2 tu boleh lah... kita orang bawak pelajar2 seramai 10 orang untuk menyertai pertandingan ni.... phewwwww~.

Meh saya bagi sikit rumusan pasal pertandingan ni.... check it daud....- _-


Khamis - 19/1/12~ Pusingan kumpulan
  • Sr Islam II VS Sk Titi Tinggi ~ keputusan 1-1
  • Sr Islam II VS SK Rimba Emas~ keputusan 3-3
Jumaat 20/1/12
  • Sr Islam II VS Sk Lubuk Sireh (johan menunggu)~ keputusan 1-11
 
Lupa plak nak bg tau... pasukan sekolah saya naib johan kumpulan B... so kena jumpa johan kumpulan A...apa lagi  kena belasah habis anak2 murid saya... siannya...jom tengok gambar

Sesi warming up takut pancit ~(*_-)V


Senyum tetap senyum walaupun tewassssssehhh...



Bergambar ala2 MODEL bersama pelajar SK TITI TINGGI iaitu tuan rumah... sporting budak2 ni..... tak dak gaduh2 pun


Kedua2nya berkongsi tempat keTIGA




Ahah~ kalau mengkome nak tau nilah JOHAN BOLA JARING peringkat PKP PADANG BESAR (U), PERLIS...tuan blog ada jugak INTERFRAME ahakssss
Acara Terima SIJIL


OTai yang cool... ni kawan CIKGU NURUL sejak zaman sekolah... dialah guru SK LUBUK SIREH merangkap JURULATIH pasukan ... | Sempat jugaklah saya tanya beberapa tips untuk melatih pelajar... Thanks INA

Sebenarnya yang menyertai pertandingan ni adalah 6 pasukan.. Ini adalah hari yang ke-2 tinggallah 4 pasukan berentap.pemenang akan mewakili KAWASAN PKP PADANG BESAR ke peringkat Negeri. Btw pertandingan kali ni memang happening sbb para pelajar saya bermain dalam padang yang becak. Kiranya kesilapan gerak kaki memang sangat2 jelaslah

So itu saja untuk perkongsian... 

Sekian Terima Kasih



Jumaat, 16 Disember 2011

Makan-makan di Marry Brown

Assalamualaikum wbt

Korang Jom makan kat MARRYBROWN   ~(^_^)V


Selain daripada faktor makanan , saya suka ke sini sebab mudah parking.... cuba tengok... saujana mata memandang tempat letak keta...tak perlu menapak jauh2

Jom tengok pulak... apa menu yang menarik kat sini

Semua ni makanan kegemaran saya

Mee Kari memang terbaekkkk

Bagi yang belum mencuba tak rugi order mee kari...fulamak..memang akan termimpi-mimpi punyalah~

Mo kalau minum tak sah kalo x order Milo ais

Desert pulak saya suka ais krim jelly

Tapau balik kat mak


Bagi yang belum pernah jejak kaki ke MARRY BROWN .... saya sarankan supaya korang cuba menu kat sini...Selain daripada mee kari kesukaan saya tu.. korang juga boleh layan chicken porridge dan lain2 set yang menarik... ewaahhhhh macam duta lah pulak

V(>_<)~

Jom kita layan klik2..Dah tengok I PHONE 4s ? Memang cun wooo... rasa macam dah kat tapak tangan saya dah ni ~weeeeeee!
Sekian Wasalam


Khamis, 10 November 2011

Tanda Kertas sesi Oktober November


Assalamualaikum wbt.


Sejak 4hb/11 fokus saya asik pada kertas jawapan pelajar..... tapi sedikit kecewa dengan keputusan mereka...camno nak rait ni kalau x dak yang betul?

Ni lah punca cikgu dilanda stress
Semua Vocab tu dah ajar... berkali2... berbuih2 sabun keluar melalui mulut cikgu .....  Mengulang  mengajar sampai ABM aka alat bantu mengajar  lunyai........................


20% adalah kategori yang terlalu bergantung pada cikgu~ susah tul la~

The rest boleh berfikir sendiri macam ni~


Ha cenggini dapat lah cikgu bernapas menggunakan hidung....

Apapun cikgu tu sendiri nak kena muhasabah diri~ tambah baik teknik mengajar.... maklumlah ini tahun pertama KSSR dijalankan ... ada2 saja cacat cela sana sini pada cikgu tu sendiri

Doakan saya berjaya menempuh KSSR ini dengan jayanya ya kawan2~


Terima kasih kerana sudi membaca luahan hati saya ini ~ 

Wasalam, selamat malam

Nota kuku: ahhhh~ lega tul dah cita kat korang

Selasa, 8 November 2011

Ibadah Haji dan Korban

Assalamualaikum wbt

Hari ini adalah hari ke-3 kita dapat melihat ibadah korban  dilakukan...juga hari terakhir kita dapat mendengar takbir hari raya berkumandang................Sedih,sayu dan tersentuh hati ... lebih lagi bila membaca firman ALLAH.......
Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian.
Surah al-Soffaat: 101-108.


Sejauh manakah kita menjadi hamba yang taat?
Mampukan kita menjadi anak setaat NABI ISMAIL kepada ayahandanya dan mampukan kita menjadi hamba ALLAH yang taat setaat NABI IBRAHIM... sedangkan baginda sangat sayangkan anaknya?
~ renungilah~


Agak2 apa perasaan jemaah haji sekarang? Tentu sedih kerana akan meninggalkan RUMAH ALLAH .....Semoga kita juga akan ke sana sebelum di jemput pulang ... amin, INSYAALLAH~


Isnin, 7 November 2011

SHOUTMIX BERMASALAH

Assalamualaikum wbt

adeh~ tolong!.... saya tak tahu nak buat apa bila shoutmix saya langsung tidak dijentik oleh visitors...

Yang saya maksudkan ni shoutmix untuk blog ke2 saya ...kalau x caya klik dan lihatlah.... sejak hari pertama saya masukkan tiada siapa yg berani guna.....~beracun ke? sob sob~ kenapa ek..... ada sesiapa yang boleh jadi tuan penasihat kat saya... saya tak dapat nak solve masalah ni ~haish~

Saya akui shoutmix ni memang x mesra pelanggan... tapi camna nak buat nih!!!!!...

kawan2 berikan saya tips, terima kasih



Ahad, 6 November 2011

Rutin Setiap Kali Raya Tiba


Assalamualaikum wbt.

Setiap kali raya ~ tak kira aidilfitri atau aidiladha saya mesti cari 3 benda nih~

Nombor 1:Ketupat dan Gulai daging

Kalau tak ada kuih raya atau juadah lain still ok... raya masih on.. tapi kalau x ada ketupat pulut dan gulai kerisik daging buatan mak..... mahu menangis sorang2... memang x best kalau tak ada menda nih... setakat ni alhamdulillah ALLAH masih izin setiap tahun saya dapat menikmati juadah ini ~


Ini daun palas yang belum dibungkus dengan pulut...orang utara dah familiar dengan ketupat pulut
Nombor 2:Dengar Takbir raya
Sebenarnya bila dengar takbir, selain menginsafkan , ianya menerbitkan rasa shahdu dengan kemerduan alunan takbir~ masyaALLAH indahnya hidup



Nombor 3:Ziarah kubur adik
Sejak 2003 saya sekeluarga pasti kekubur... sebab bermula tahun itu adik dijemput ALLAH... kalau sebelumnya hanya menziarahi kubur tok/tokwan sahaja....Setiap hari saya rindu pada adik.. semoga kami berpeluang bertemu di padang mahsyar kelak... (meleleh air mata kejap).... setiap kali rindu adik setiap kali itu saya bersemangat menambahkan amalan.........................................

~Salam AidilAdha dari saya sekeluarga~





Sabtu, 29 Oktober 2011

DESTINASI DI THAILAND EPISOD 2

Assalamualaikum wbt

Selamat hari Sabtu semua... Selepas 2 hari bekerja saya dapat kembali menikmati cuti yang indah.Catatan perjalanan saya ke Thailand kini masuk episod ke-2..Kalau nak tahu apa yang berlaku di episod yang pertama rajin2lah klik kat sini ya 

Sampai di episod ke 2 ni saya masih nak bercerita keindahan PAK BARA iaitu salah satu pantai yang indah di UTARA THAILAND

Isnin, 24 Oktober 2011

DESTINASI DI THAILAND episod 1


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah saya dan keluarga telah selamat tiba di KRABI selepas 10 jam memandu dari PERLIS... Phewww~ penatnya seharian dalam perjalanan.. banyak benda yang saya nak cerita dan share sepanjang journey saya ke sini

 Saya mulakan dengan proses yang perlu saya lakukan sebelum memasuki negara asing...okeyyhhh



sebelum bertolak ecececeh ~
Mula2 apa yang perlu saya lakukan ialah menukar duit RM ke matawang BAHT...

Ahad, 23 Oktober 2011

MELANCONG KE OVERSEA

Assalamualaikum wbt

Sempena dengan cuti DEEPAVALI kita orang nak pergi oversea  (ayat tak boleh belah)
Macam kaya sangat kan! bunyinya.... (".)


Gambar ni tak berkenaan dengan ceritapun ekekekek~



Actually tak jauh mana pun nak gi THAILAND ja.. Dalam Perancangan nak ke Kelantan or Johor or Pangkor ziarah sanak saudaraTiba2 ayah tukar plan ajak pergi THAILAND...

 Tak kisahlah asal dapat bersama famili...maklumlah sepanjang tahun ni asik kursus,kelas tambahan,kem dan segala program yang berkaitan dengan sekolah.Lagipun UPSR pun dah abis.. dapatlah saya tenangkan fikiran yang sangat  kusut masai dengan segala masalah...haishhh~


Sabtu, 22 Oktober 2011

IBU SAYA DIKETAWAKAN ORANG

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya nak buat sessi luah perasaan . Cerita ini diceritakan kembali oleh adik saya kepada saya

Begini ceritanya....

Tengahari tadi  ayah, mak dan sha (adik bongsu saya) makan tengahari disebuah kedai makan.Usai makan mak basuh tangan dan decide nak balik ke kereta lebih dulu dari adik dan ayah..Saya memang tak ikut sebab ada program dengan Jabatan Pelajaran Negeri .


Sambung cerita...

Mak terus masuk dalam kereta ..agaknya dia letih.. tak lama kemudian adik bagitau ada sekumpulan budak perempuan duduk

Jumaat, 21 Oktober 2011

NAK PERGI HAJI


Assalamualaikum wbt

Semenjak kerajaan mengumumkan pencarum KWSP boleh mendaftar untuk menunaikan haji,
dengan menggunakan wang KWSP, hati saya berbunga gembira..
saya dah berkira2 nak buat keja part time dengan harapan dapat mengumpul wang untuk kesana 
~dengan izin ALLAH~

Isnin, 10 Oktober 2011

Bau Sarsi @#&^


Alkisahnya hari ni... masuk ja kelas anak2 murid yang kuat membebel mula menyoal saya

A:Cikgu awat ada bau sarsi?

Isnin, 26 September 2011

TERIMA KASIH TUAN/PUAN NUFFNANG

Assalamualaikum

Salam hari Isnin

Entry hari ni adalah mengenai Nuffnang... Saya ingin mengucapkan jutaan/billionan terima kasih kerana memberi peluang kepada blogger baru macam saya menikmati buffered earning

Syukur pada Allah atas rezeki yang tak terhingga ini

Isnin, 12 September 2011

BANJIR @ PERLIS IS BACK



Saya sangat fobia bila terperangkap dengan banjir

hari :Isnin
Tarikh:12 Sept 2011
Tempat:Kg Gial (beberapa km dari UiTM Arau)

Selasa, 6 September 2011

KENDURI RAYA episod 2

mula2 bagi salam dulu



ASSALAMUALAIKUM semua

Seronok dak raya? Dah mula bekerja? Dah? bagus bagus...mesti  bos sayangkan.... er penting ke boss sayang? Kalau sebab nak bodek boss lupakanlah niat tu... YANG PEnTING ALLAH SAYANG sebab kita dah menunaikan amanahnya sebagai pekerja... betul tak....er lupa pulak.. dah solat? Kalau dah solat alhamdulillah.. kalau belum terus JUMPA DENGAN ALLAH DULU tau.....

Isnin, 5 September 2011

KENDURI RAYA episod 1

Salam semua, bizi sungguh beberapa hari ni... jiran  depan rumah  merangkap kawan baik melangsungkan perkahwinannya 
pada 4 sept 2011 (hari ni)

Selasa, 23 Ogos 2011

KAD RAYA DARIPADA PM

Assalamualaikum wbt




Alkisahnya saya balik dari sekolah tadi saya belek2  surat yang melambak atas meja kopi ~ 


Antara banyak2 surat yang ada kat situ saya tertarik dengan 2 keping kad raya. Kad tu macam dah di koyak compomlah bukan kad raya saya..... lepas tgk nama rupanya untuk ayah

IKLAN 3