IKLAN

Jumaat, 29 Julai 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Assalamua'alaikum w.b.t

" Kekuatan diri kita diukur bukan kepada banyaknya amalan yang kita buat
tetapi ia dinilai sejauh mana kita berusaha meninggalkan perbuatan dosa dan maksiat di dalam kehidupan kita."

“Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”

..Makbulkanlah doa kami Ya Allah. AMIN..

Khamis, 28 Julai 2011

PUASA

 Assalamualaikum kepada sahabat2 saya. Beberapa hari ini saya tidak sempat untuk mengupdate blog .Saya banyak menghabiskan masa untuk menyiapkan tugasan dan membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan KISSM.

 Alhamdulillah usai tugas berat ini saya ada sedikit masa terluang.Inipun masih diatas bas.Saya sekarang dalam perjalanan pulang dari tempat kursus ke rumah saya.Jadi alang2 ada broadband kat tangan saya cadang nak tambah pengetahuan saya dan sahabat2 berkaitan dengan puasa.

 Sebenarnya ramai yang sudah mengetahui bab puasa...... cuma saya nak refresh balik lah kan.Manatahu ada perkara yang kita lupa sepanjang 11 bulan kita meninggalkan bulan barakah ini.

Ahad, 24 Julai 2011

5 PERKARA ELOK DI SEBUT

Assalamualaikum dan salam satu ukhuwah pada semua sanak saudaraku, sahabat2ku, saudara2 seislam denganku dan bakal2 saudara seislam dengan ku.Betapa indahnya hidup kita dapat berada dalam keadaan aman damai dan harmoni ketika di dunia ini.
 
Menjadi muslim membolehkan kita memonopoli keindahan hidup di dunia dan juga di akhirat sana. Saya pasti kita semua pasti mahu gembira di dunia dan mendambakan keindahan syurga kelak. Sebagai seorang muslim kita juga tentunya  mengimpikan pengakhiran hidup yang sempurna.Dapatkah kita memiliki sebuah kematian yang baik andai kita tidak cuba mencari perkara2 baik untuk kita lakukan sewaktu di alam sementara ini?

BIJANA EMAS DAN PERAK

1. Bijana bermaksud alat perkakas kegunaan kita setiap hari seperti pinggan, mangkuk, gelas,
 sudu, pisau dan lain-lain lagi .Agak2 boleh tak kita gunakan perkakasan ini  yang disalut dengan emas dan perak untuk kegunaan seharian?



IKLAN 3