IKLAN

Isnin, 23 April 2012

Hukum Bacaan Al Quran dijadikan Nada Dering


 Assalamualaikum wbt

Pernah tak anda menggunakan nada dering yang berupa bacaan Al QUran sebagai Nada dering? Beberapa tahun sudah saya menggunakan selawat2 sebagai nada dering.... tetapi lepas ditegur oleh seorang kawan saya berhenti menggunakannya.... Kawan saya cakap "Bagaimana kalau telefon berdering ketika kita berada dalam tandas?" Setelah fikir kebenaran kata2nya maka saya pun menukar nada dering....maybe ada yang masih menggunakan bacaan AL QuraN sebagai nada dering....

Jadi ada baik anda baca di bawah ini


Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh.

Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut : “Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.

Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :

إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.

Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.

Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.

Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.

Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-


  • Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
  • Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
  • Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
  • Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.

Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan.

Sekian, wassalam.

 Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Bacaan lanjutan :
Rujukan 1
Rujukan 2

CATATAN SIPELAKU DOSA

 ASSALAMUALAIKUM



Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu..

Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu..

Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan..



Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri..

Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri..

Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat..

Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat..

Walaupun aku sedar dosa mengundang azab..



Entah apa sudah jadi dengan diriku ini..

Terasa Iman dijiwa semakin parah..

Semakin lemah dan semakin rosak..

Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang..

Semakin pudar seakan lenyap..




Aduh..teruknya diriku..





Ya Allah..

Berilah aku kekuatan dan petunjuk..

Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan..

Yang sangat hebat membinasakan diriku..

Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu..

Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku..

Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku..



Ya Allah..

Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?

Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?

Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?

Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?



Aku tidak mahu ya Allah..

Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!

Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!

Aku tidak mahu...



Ya Allah..

Maafkanlah diriku..

Tolong maafkan diriku..

Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini..

Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini..

Terlalu banyak..tidak terhitung..

Ampunkanlah Ya Allah..

Ampunkanlah Ya Allah..

Bersihkanlah diriku ya Allah..

Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!



Aku merayu penuh harap..

Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu..

Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku..

Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupku..

Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu..



Redhailah diriku Ya Allah..

Redhailah keluargaku Ya Allah..

Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah..

Rahmatilah kami Ya Allah..

Rahmatilah..

Rahmatilah..



~Akhiratkan kehidupanmu untuk Rahmat Allah!!~
AswanMati Pasti
eman24434@ymail.com
mati-pasti.blogspot.com



Bulu kucing najiskah?


 Soalan
Betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis.

  • Bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?

  • Adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?

  • Bolehkah pihak panel ahkam kemukakan pendapat yang lebih tepat yang harus saya terima, mahupun pendapat ulamak yang mu'tabar tentangnya?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jawapan

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraku?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seseorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]


Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu  didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].


Wallahualam


IKLAN 3