IKLAN

Khamis, 10 Julai 2014

Cara bertadarus AL QURAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Hari ini dah masuk day 12th kita berpuasa--
Tentu semua orang mengerjakan ibadah dengan bersungguh sungguh
lagipun belum keluar hari raya--
mood raya pun tak terasa langsung--

sepanjang Ramadhan ini , anda semua bertadarus Al Quran tak?
rugi tersangat kalau tak buat--

tahu tak apa itu tadarus AL QURAN?


Tadarus Al-Qur’an, pada asasnya bermaksud membaca Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan. Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan.

Tadarus ALQURAN adalah amalan RASULULLAH SAW sepanjang bulan RAMADHAN. Baginda Rasulullah bertadarus dengan MALAIKAT JIRAIL

ramadhan



Mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a.:

“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan, dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah umpama angin yang bertiup kencang1”.(Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim2).
1. Maksud ibarat ini ialah mudah dan segera membuat kebajikan.
2. Shahih Al-Bukhari, Darul Ihya’ At-Turath Al-Arabi, Jilid:3, m/s:33.


Saya nak sharekan cara bertadarus sepatutnya kita ikuti

1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.

2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf

3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.

4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.

5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.

Adab Membaca Al-Qur’an:

1. Suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Duduk dengan sopan dan mengadap kiblat.

3. Membaca secara tartil.

4. Membaca dengan melihat mashaf ( مصحف ) lebih afdhal.


Kelebihan Tadarus:
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan.
Antaranya, sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
(Riwayat: Abu Daud).


note:Kalau tak sempat habiskan satu ALQURAN pun tak pa, at least ada improvement pada kualiti bacaan dan tajwid kita. Semoga ALLAh menerima AMALAN kita  ini, Wallahua'lam


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3