IKLAN

Rabu, 4 Jun 2014

Alasan rezeki menjadi sempit

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Rezeki atau dalam bahasa Arab disebut Rizq adalah nikmat pemberian Allah
Maksud rezeki sangat luas--
Rezeki tidak terhad kepada wang, kesenangan harta benda dan kuasa
Malah kesihatan yang baik juga merupakan rezeki kurniaan Allah kepadanya hambanya


FirmanNya :

أَوَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

”Dan tidakkah mereka mengetahui bahwa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya ? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman” [QS. Az-Zumar : 52].



Namun terdapat banyak sebab mengapa rezeki manusia disempit , antaranya ialah melakukan dosa  

tak kira kecil atau besar.









Imam Az-Zahabi telah menggariskan sebanyak 71 dosa-dosa besar di dalam bukunya Dosa-Dosa Besar: (Petikan)
  1. syirik (menyekutukan Allah),
  2. membunuh jiwa,
  3. sihir,
  4. meninggalkan solat,
  5. tidak membayar zakat,
  6. berbuka di siang hari pada bulan Ramadhan tanpa keuzuran,
  7. meninggalkan haji padahal ada kemampuan
  8. menderhakai ibu bapa,
  9. memutuskan hubungan kekeluargaan,
  10. zina,
  11. liwat,
  12. liwat kecil,
  13. riba’,
  14. memakan harta anak-anak yatim,
  15. berbuat dusta terhadap Allah dan Rasulullah,
  16. melarikan diri dari medan perang,
  17. pemimpin penipu dan penganiaya rakyat,
  18. sombong dan sejenisnya,
  19. kesaksian palsu,
  20. minum minuman khamar,
  21. berjudi,
  22. menuduh wanita mukminah berbuat zina,
  23. ghulul terhadap harta ghanimah, harta baitulmal dan zakat,
  24. mencuri,
  25. menyamun
  26. sumpah palsu,
  27. memungut cukai,
  28. memakan barang haram,
  29. bunuh diri,
  30. banyak berdusta,
  31. hakim yang jahat,
  32. menerima rasuah,
  33. perempuan menyerupai lelaki (dan sebaliknya)
  34. lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (dayus),
  35. muhallil dan muhallal lahu (istilahnya, – cina buta),
  36. tidak menjaga diri dengan saksama terhadap air kencing,
  37. ria’
  38. menuntut ilmu untuk dunia dan menyembunyikan ilmu,
  39. khianat,
  40. mengungkit ungkit pemberian,
  41. mendustakan takdir,
  42. mendedahkan rahsia orang lain,
  43. mengadu domba,
  44. banyak melaknat,
  45. menipu dan mengingkari janji,
  46. membenarkan dukun atau tukang ramal,

  47. derhaka kepada suami,
  48. melukis gambar dan melukis,
  49. memukul wajah, menjerit-jerit, merobek-robek baju, membotakkan kepala dan bersumpah seranah semasa mengalami musibah,
  50. bertindak melampaui batas,
  51. bertindak semena-mena terhadap orang yang lemah, hamba, isteri dan binatang,
  52. menyakiti tetangga,
  53. menyakiti orng Islam dan mencela mereka,
  54. ancaman berbentuk kerosakan, penghasutan yang dilakukan kepada orang beriman dan binatang,
  55. menyakiti hamba-hamba Allah dan bertindak zalim terhadap mereka,
  56. isbal (memanjangkan kain di bawah mata kaki) dengan perasaan sombong,
  57. memakai kain sutera dan emas bagi kaum lelaki,
  58. hamba yang melarikan diri dari tuannya,
  59. menyembelih kerana selain Allah,
  60. menasabkan diri kepada selain bapanya sendiri,
  61. berdebat dan bersengketa,
  62. menahan kelebihan air daripada orang yang memerlukannya,
  63. mengurangkan timbangan dan ukuran,
  64. berasa aman dari murka Allah,
  65. berputus asa dari rahmat Allah,
  66. meninggalkan solat berjamaah lalu mengerjakannya bersendirian tanpa uzur,
  67. terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat jemaah tanpa halangan,
  68. menyebabkan kerugian dalam wasiat,
  69. pembohongan dan tipu daya,
  70. mengintai orang Islam dan menyebarkan rahsia mereka,
  71. mencela salah seorang sahabat nabi.
#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Selasa, 3 Jun 2014

Harga diri seorang anak kecil


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Andai punyai anak--
Anak yang bagaimanakah yang anda semua nak --
Anak yang comel , bijak , atau --
Anak yg berdikari dan tidak meminta- minta?
Cerita dari facebook ini mungkin boleh membuatkan kita berfikir sejenak bahawa seorang anak kecil juga mempunyai harga diri tersendiri dan hidup tanpa meminta -minta

Kisah penjual kuih


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.


Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.


"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa 
menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."


Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Isnin, 2 Jun 2014

Permohonan maaf Lisda dan Fauzi pada Sharnaz




Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Meh tengok rakaman video ni
Semoga Allah membuka jalan ke arah kebaikan




#tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Lisda dan Fauzi tampil untuk berdamai dengan Sharnaz



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


Kalau anda semua saksikan siaran HLife di astro sebentar tadi tentunya anda dapat menonton permohonan maaf dan pasangan Lisda dan Fauzi kepada Sharnaz tentang salah faham yg berlaku di set drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Saya bukannya nak  komen tentang perbalahan mereka--

Sebaliknya nak ucapkan syabas sebab menjadi manusia yg bijak, sama ada mereka dipihak salah atau tidak sekurang kurangnya mereka cuba menjernihkan suasana


Lisda berdamai







Tahniah
Barakallah
#tebumanis78















SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Ahad, 1 Jun 2014

Andai hadapi masalah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Apabila kita berdepan dengan masalah ingatlah akan 3 hal ini

  1. Ia bersifat sementara
  2. Ia telah ditakdirkan
  3. Ia akan mengurniakanmu pahala dan ganjaran andai engkau sabar

Sabar


Sabarlah,sabarlah,sabarlah wahai teman ku andai engkau sedang diuji
Tenangkan dirimu--
Ketenangan dan kesabaran itulah kekuatan insan yang Allah suntik dalam diri kita ketika menghadapi ujian nya
Manusia takkan diuji dengan sesuatu yang ia tak mampu menghadapinya
Itu tandanya Allah saaaayaaang sangat sama kita

#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Sempadan siang dan malam


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt


Sempadan siang dan malam


Berdasarkan gambar satelit kita dapat lihat sempadan dua waktu antara gelap dan cerah
Menakjubkan --
Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa Allah memiliki kehebatan yang tiada taranya dalam mengatur perjalanan alam ini.--
Bumi berputar pada paksinya dari barat ketimur menyebabkan berlakunya siang dan malam dan matahari terbit di timur dan tenggelam di barat, dapat dilihat saban hari tanpa ada secubit pun kesilapan yg terjadi sepanjang hayat bumi ini.

Apa lagi alasan yang boleh diberi untuk kita tidak beriman kepada Allah Azzawajalla
Apakah kita mampu mengatur perjalanan alam ini dengan sempurna sama seperti yang Allah jadikan?

Jawapannya tentu tidak sama sekali--
Allah tak mintak kita lakukan sesuatu di luar kemampuan kita
DIA hanya perintahkan kita taat kepadanya, patuh suruhannya dan tinggalkan larangannya, as simple as it is.

Kagum saja tidak mencukupi andainya kita tidak tunjukkan kecintaan kita kepadaNYA. Lakukan apa yg sepatutnya kita lakukan

Sekian
#tebumanis78







SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3