IKLAN

Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11/2011 SBPA

Assalamualaikum wbt
Untuk Semua Kakitangan Kerajaan @ Penjawat awam...teka teki yang berlegar2 selama ini telah pun terjawab....Dalam tempoh ini, tumpuan utama adalah kepada penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.



Mula2 kita baca pekeliling yang umum dulu klik Di sini unntuk mengetahui secara lanjut

Terdapat 131 muka surat yang menerangkan secara terperinci tentang perkara umumtentang SBPA.Anda juga boleh tahu mengenai


.....Semoga semua penjawat awam akan senyum selebar-lebarnya dan pastinya kita tak sabar menanti 2012 menjelma... jangan lupa tanam azam untuk bekerja bersungguh2 kerana kenaikan gaji adalah berdasarkan prestasi anda

Rabu, 7 Disember 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

 Assalamualaikum wbt.
Just to share beberapa maklumat awal mengenai SBPA dengan semua kawan2..Hopefully kita semua akan mendapat sedikit faedah daripada dapatan saya ini.Lupa pulak ini adalah daripada Muka Buku.Jom baca~




beberapa point yang aku dapat tangkap masa taklimat pasal SBPA pagi tadi diberikan oleh dato' pengarah HKL. aku tak dengar lak kata hal ini patut dirahsiakan, so aku kongsikan je lah. ini lah gunanya facebook bukan takat tempat luah perasaan je, sharing is caring

1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.

2. bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA

3. tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)

4. kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.

5. perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.

6. exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar  dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)

7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.

8. pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima

9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
a. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
b. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
c. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
d. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58

itu je yang aku dapat kongsikan. Soal buruk dan baik SBPA, cara bagaimana pelaksanaan aku tak tahu, elok merujuk kepada JPA untuk maklumat lanjut. Kalau ada sebarang salah maklumat diatas aku minta maaf dan harap dibetulkan.

Oleh AZWAN ANUAR

Sekian WASALAM

Takwim penggal Persekolahan dan Cuti peristiwa/Cuti berganti 2012

Assalamualaikum wbt

Buat ibubapa dan pelajar2 sekalian sila semak takwim penggal persekolahan 2012 dan cuti peristiwa/cuti berganti 2012 untuk rujukan anda




Nota tuan blog: sila klik untuk imej yang lebih jelas dan sila save, print dan lekatkan didalam papan kenyataan dirumah anda untuk memudahkan anda membuat rujukan
Sekian Wasalam

KENAIKAN GAJI TAHUNAN MENGIKUT GRED SBPA

Assalamualaikum wbt
Berikut adalah kenaikan gaji untuk gred N
  • Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
  • Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
  • Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115 
  • Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145  
  • GredN3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180
gambar pinjaman semata
Untuk gred J atau juruteknik pulak
  • SSM J17 -SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805- KGT RM95
  • SSM J22 - SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 -KGT 115 
  • SSM J26 - SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040- KGT 125 
  • SSM J29 - SBPA J2-1 RM1565-RM4340 -KGT RM145/150 
  • SSM J36- SBPA J2-4 RM3035-RM5555-KGT RM180
  • SSM J38 - SBPA J2-5 RM3410-RM6140-KGT RM195

Untuk guru belum di umumkan lagi.Kemaskini akan diberitahu dari semasa ke semasa sekian wasalam
nota tuan blog:KGT ialah kenaikan gaji tahunan
 

Selasa, 6 Disember 2011

Apa ada pada nama?

Assalamualaikum wbt.

Pa habaq kawan2... lama sungguh tak buat entry ala2 'kisah hidupku'... asik sebuk post maklumat umum  ja.....Bukan apa, tak dak menda yang menarik yang saya nak share.. BTW hari ni saya nak ajak kawan2 pikio sat pasai tajuk kat atas........Ini berdasarkan kisah benar yang berlaku sekeliling saya....



Penah dak korang di suruh buat keja2 yang agak penting ? Kalau situasi ni berlaku di tempat keja... bos suruh kita itu dan ini .. at last naik gaji pun tidak jauh sekali naik pangkat....  .Yalah kadang as a human being dapat penghargaan dalam bentuk pujian pun dah dikira best dan boleh menggembirakan kita seharian kan~.. Ini tak, sebut pun tidak.. orang yang mintak tolong kat kita tu... boleh buat derk jaaaa... ala....buat muka tak tahu ja pada kita..... hurm sedih tak?


Apa yang saya nak cakap ialah... sabarlah mungkin ALLAH nak menguji kesabaran kita dalam meredah liku kehidupan ini...Saya nak petik kata2 dari sebuah Novel yang saya baca bertajuk SELAMAT PAGI CIKGU.menurut penulis novel ni... Cikgu Zainal...korang hayati betul2 tau

  • Apa ada pada nama?
  • Nama hanya suatu tipu daya
  • Adakalanya nama membawa bencana
  • Kerana nama manusia terpedaya
  • Kerana nama manusia lupa asal usulnya
  • Allah tahu siapa yang bekerja
Itulah dia... ubat kepada jiwa yang luka.. beberapa baris kata2 yang mampu membawa kita kembali kepada ALLAH akan niat sebenar kita melakukan pekerjaan itu... anggaplah kalau dihargai oleh manusia itu adalah bonus sampingan... kalau tak dapatpun.. kita dah dapatpun habuan daripada RAB kita.. Dia sentiasa sayang kita.. so don wory...
"Empat perkara yang tiada diberi ALLAH kecuali kepada orang yang dicintainya sahaja, iaitu diam dan itu adalah permulaan ibadah,tawakkal kepada ALLAH,merendah diri (tawadduk) dan berlaku zuhud di dalam dunia"- Riwayat at Tabrani dan al-Hakim

Pilihlah menerima kasih sayang daripada ALLAH daripada memilih kasih sayang daripada manusia secara berlebihan... okeyyyy...Segala yang baik datang dari ALLAH..Sekian Wasalam

Isnin, 5 Disember 2011

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan JPA Bagi Tahun 2012

Assalamualaikum wbt.
Dengan rasa kasih sayang yang tak berbelah bagi.. dengan ini saya mengumumkan tarikh dapat gaji... ehehehehehe... suka tak? Bukan apa ini amanah daripada Jabatan Akauntan Negara....untuk tatapan semua kawan2.... chehhhhhhhhhhhh~ Lepas ni rajin2 kerja tau... jangan ngelat, amik mc , atau curi tulang ya~apa2 pun yang korang buat niatlah LILLAHITAALA..penting tu untuk mendapat keberkatan dan supaya zuriat kalian menjadi insan yang kamil... amin



Saya tompang dari nescaffe ais ....sekian wasalam

Ahad, 4 Disember 2011

Tanda-tanda diganggu Jin atau Iblis


1. Gejala pada waktu tidur :
  • Susah tidur malam, yaitu tidak bisa tidur kecuali setelah lama/bersusah payah
  • Susah bangun, yaitu kebanyakan tidur sehingga tidak bisa melakukan ibadah –ibadah yang diinginkan
  • Cemas, sering terbangun pada waktu malam
  • Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu ingin berteriak minta pertolongan tetapi tidak bisa
  • Mimpi melihat berbagai binatang seperti : kucing, anjing, tikus, onta, kuda, monyet, serigala, harimau dll
  • Bunyi gigi geraham beradu pada saat tidur
  • Tertawa, menangis, teriak, mengomel pada saat tidur
  • Merintih pada saat tidur
  • Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang sangat tinggi
  • Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa kesadaran
  • Mimpi berada dalam lingkungan pemakaman,didalam kuburan, tempat sampah atau jalan yang mengerikan
  • Mimpi melihat orang aneh seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali, hitam sekali
  • Mimpi sangat menyeramkan/melihat hantu
  • Mimpi denga lawan jenis/sama jenis yang sam berkali-kali dan ingin bertemu dengan orang yang dimimpikan
  • Mimpi seakan tertindih benda yang sangat berat ( Tidihan-bhs Jawa) dan sulit untuk melepaskan
  • Mendengkur sangat keras
  • Mimpi melihat/bertemu dengan keluarga yang sudah mati,melihat mayat
  • Mimpi berada dalam abad lampau
  • Mimpi terjadi peristiwa dan keesokan harinya terjadi peristiwa yang sama dalam mimpi
 
2. Gejala – gejala Pada wktu terjaga
  • Sering was – was/ketakutan
  • Suka marah – marah/ emosi tidak terkendali
  • Dorongan kuat untuk bermaksiat
  • Lesu dan malas sekali untuk beribadah
  • Sulit sekali untuk khusu’ dalam sholat ( susah untuk mengingat sudah berapa rokat yang sudah kerjakan )
  • Suka sekali menghayal, melamun, mengurung diri
  • Selalu pusing tidak disebabkan oleh penyakit pada kedua mata, telinga, hidung, gigi, tenggorokan atau lambung
  • Selalu berpaling dari dzikrullah, meninggalkan/meremehkan untuk menegakkan/melakukan sholat dan ketaatan yang lainnya
  • Pikiran selalu linglung, selalu sedih tanpa sebab, jantung deg-degkan tanpa sebab,kesurupan
  • Merasa ada yang mengikuti, mengejar ingin membunuh/mengancam, merasa akan kedatangan seseorang/beberapa orang, merasa akan dilamar seseorang, merasa ada yang mengajak bicara, mendengar bisikan – bisikan agar melakukan sesuatu ( membunuh, memperkosa/bersetubuh dengan anggota keluarga, memukul,bunuh diri dengan meloncat sungai/gedung bertingkat/melintasi rel kereta api diwaktu kereta api lewat)
  • Sering mendengar orang memanggil namanya
  • Sering mencium bau-bauan : wangi( kembang/bunga, menyan/dupa, busuk, anyir,dll )
  • Melihat benda – benda seolah – olah bergerak, berputar, terbalik, miring
  • Melakukan tindakan – tindakan yang aneh/konyol tanpa disadari
  • tiba-tiba dapat meramal/membaca pikiran orang lain/mengetahui apa yang akan terjadi
  • Cemas dan Paranoid ( takut yang berlebihan )
  • Melihat penampakan makhluk halus atau merasakan keberadaan mekhluk halus
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan namun setelah periksa ke dokter tidak terdapat penyakit secara medis/dokter tidak sanggup mengobatinya
 
    Terima kasih:Tuan Penasihat

    IKLAN 3