IKLAN

Memaparkan catatan dengan label BERITA TERKINI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA TERKINI. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Ogos 2012

Penggali kubur Tertimbus..Innalillah

MENTAKAB : Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira empat jam sebelum itu.
 
Rakan sekampung mangsa, Nizri Bakar, 57, berkata, sebelum kejadian, Zailan yang sudah 10 tahun berpengalaman menggali kubur bersama seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Nasir Musa, 44, berada di dalam kubur tersebut bagi menyudahkan liang lahad yang akan menempatkan jenazah Minah.
“Dalam keadaan berdiri, Zailan dan Nasir melakukan kerja-kerja terakhir membaiki liang lahad namun tanpa diketahui puncanya kubur tersebut tiba-tiba tertimbus dengan tanah yang berada di tebing kubur hingga menutupi badan Zailan,” kata pemuda itu.
Bagaimanapun, Nasir bernasib baik kerana runtuhan tanah tersebut tidak menimpa badannya.Nizri memberitahu, Zailan terkambus sedalam kira-kira setengah meter dan semasa itu hanya kaki kanan mangsa yang terjulur keluar dari timbunan tanah.

“Melihat kejadian tersebut, saya menjerit meminta tolong kawan-kawan yang sedang berehat di kawasan kubur,” kata Nizri.

Tambah Nizri, mereka kemudian beramai-ramai menggali kubur itu semula menggunakan tangan tanpa cangkul kerana takut akan mencederakan kepala dan badan mangsa yang tertimbus.

Rabu, 6 Jun 2012

Gambar Terbaru Waris Mahsuri yg ke-7


 Assalamualaikum wbt

Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi
Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas.
Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan.
Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

sumber

Jumaat, 9 Mac 2012

CUEPACS SSM 'GANTI' SBPA HANYA INTERIM

SHAH ALAM - Cuepacs, badan induk kesatuan sekerja sektor awam, berkata Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula sebagai pengganti kepada Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dimansuhkan hari ini, hanya bersifat sementara hingga skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.

Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya percaya kerajaan akan memperkenalkan satu sistem saraan yang baru memandangkan SSM digunakan semula dengan SBPA yang pembatalannya diumumkan hari ini.


SSM, yang digunakan hampir satu dekad, diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB). SSB dikuatkuasakan pada Januari 1992.




Kedua-dua SSB dan SSM menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan kerajaan.
"Saya yakin kerajaan akan datang dengan satu sistem yang baru sama sekali, sebab itu kerajaan bentuk satu suruhanjaya bagi menjalankan kajian," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Sehubungan itu kata beliau, Cuepacs akan mengemukakan cadangan tambahan selain berharap suruhanjaya yang dibentuk akan mengkaji segala pandangan yang telah diberikan sebelum ini kepada pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyemak SBPA.

Azih juga berkata, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk mengumumkan secara rasmi pendirian berkenaan dengan keputusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan pagi tadi mengumumkan pembatalan skim SBPA dan mengembalikan SSM yang ditambah baik.

Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.

Selamat tinggal SBPA

 Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.

Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.
 
Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut
kemampuan kerajaan.

Kata Najib, struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia, Khairil Niza Khairuddin berkata, pihaknya menyambut baik keputusan membatalkan SBPA dan penambahbaikan skim SSM dengan pelarasan gaji yang lebih adil.

"KPISM juga bersetuju sepenuhnya dengan penubuhan suruhanjaya khas bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia dan kewajaran untuk mengkaji dan mewujudkan skim khusus bagi semua agensi penguatkuasaan," katanya lagi.

Sehubungan itu, kata beliau, KPISM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana prihatin dan mendengar denyutan nadi setiap penjawat awam khususnya pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen.

Menurut Khairil, KPISM berharap kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam akan sentiasa berbincang dan berhubung rapat dengan Cuepacs dalam menentukan hala tuju skim perkhidmatan awam yang lebih baik dan jitu di masa hadapan.
 
"KPISM juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar bersedia memberikan gaji minimum kepada semua penjawat awam khususnya penjawat awam di Kumpulan Sokongan agar ia melepasi garis kemiskinan di bandar," kata beliau lagi. 



sumber:wartawan sinar

Isnin, 12 Disember 2011

Lisa Bakal berkahwin tahun 2012


 Assalamualaikum wbt
Saya memang minat sangatlah dengan LISA ...cantiknya dia....so saya tempeklah berita perkahwinan yang bakal berlangsung tak lama lagi.....Moga2 LISA pakai tudung pulak lepas ni....bukan apa kalau dia bertudung lagilah terserlah kecantikannya betul tak




KUALA LUMPUR – Kecoh di blog-blog hiburan tempatan menyatakan bahawa satu perkahwinan besar-besaran yang diberi jolokan “wedding of the year” bakal diadakan pada bulan February 2012 dan dikaitkan dengan pasangan Yusri KRU – Lisa Surihani.

Sebuah blog hiburan terkenal, Rotikaya.com, memberitahu peminat bahawa Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah ditempah pada Februari depan untuk majlis perkahwinan pasangan sensasi tersebut.
“Beberapa hari lalu seorang yang memang rapat dengan industri hiburan memberitahu yang Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah di’tempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU,” kata pemilik Rotikaya.com.

Nak tahu lagi klik sini
Selain itu, blog hiburan Gua.com.my terjumpa sehelai kertas “recycle” yang mengandungi perancangan majlis perkahwinan paling gah yang dikatakan akan berlangsung pada bulan yang sama tahun depan, bertempat di kawasan sekitar pusat penyiaran Astro.

Sebelum ini, timbul juga gosip panas yang mendakwa syarikat penyiaran Astro telah berusaha membeli dan mendapatkan hak penyiaran eksklusif untuk majlis perkahwinan Yusri KRU – Lisa Surihani itu.
Selain itu, heboh juga di laman sosial Twitter yang menyatakan secara lengkap mengenai tarikh perkahwinan Yusri dan Lisa Surihani yang akan dilangsungkan pada 25 Februari 2012.
Bagaimanapun, Lisa Surihani, 25, yang dihubungi media baru-baru ini enggan memberikan sebarang komen mengenai desas-desus itu dan menyerahkan kepada ‘pihak lelaki’ untuk menjawab dakwaan tersebut terlebih dahulu.

Yusri, 38, pernah melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan diva popular tanahair, Erra Fazira, pada tahun 2003 secara besar-besaran berkonsepkan ‘perkahwinan dalam taman’ yang dihadiri oleh ribuan peminat di Taman Tasik Permaisuri dan dianggap sebagai “wedding of the year”.
Klik sini
Bagaimanapun, jodoh di antara Yusri dan Erra disahkan berakhir pada 14 Jun 2006 apabila anggota kumpulan KRU itu mengaku melafazkan talak satu terhadap isterinya pada 26 April tahun itu di kediaman mereka.

Yusri yang juga merupakan salah seorang jutawan dan pemilik KRU Studios itu dikatakan mengaku menjalinkan hubungan dengan Lisa Surihani, baru-baru ini setelah menduda lebih lima tahun.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN @ MynewsHub


Rabu, 7 Disember 2011

KENAIKAN GAJI TAHUNAN MENGIKUT GRED SBPA

Assalamualaikum wbt
Berikut adalah kenaikan gaji untuk gred N
  • Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
  • Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
  • Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115 
  • Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145  
  • GredN3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180
gambar pinjaman semata
Untuk gred J atau juruteknik pulak
  • SSM J17 -SBPA J4-1 GAJI RM980-RM2805- KGT RM95
  • SSM J22 - SBPA J4-3 GAJI RM1935-RM3545 -KGT 115 
  • SSM J26 - SBPA J4-5 GAJI RM2290-RM4040- KGT 125 
  • SSM J29 - SBPA J2-1 RM1565-RM4340 -KGT RM145/150 
  • SSM J36- SBPA J2-4 RM3035-RM5555-KGT RM180
  • SSM J38 - SBPA J2-5 RM3410-RM6140-KGT RM195

Untuk guru belum di umumkan lagi.Kemaskini akan diberitahu dari semasa ke semasa sekian wasalam
nota tuan blog:KGT ialah kenaikan gaji tahunan
 

Khamis, 1 Disember 2011

Daftar bantuan RM500 mulai 10 Disember

KUALA LUMPUR - Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.




Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Ahad, 27 November 2011

Malaysia Bunuh Orang Utan Indon

 Assalamualaikum wbt.
Ini kisah dari seberang...Rakyat Indonesia telah menuduh Malaysia buat naya dengan Orang Utan di Indonesia..Betul ke? Kejam sangat rakyat Malaysia atau tuduhan tu yang kejam.. Waduh ~ gawat ni
Baca jelah berita kat bawah ni.. btw thanks kepada mynewshub sebab tolong searchkan kat saya eheheh


Ini adalah statement yang di ambil dari laman web Centre For Orang Utan Protection (COP) di Indonesia.
Pusat Perlindungan Orang Utan (COP) mengkritik cara kejam dan tidak bermoral ladang-ladang kelapa sawit Malaysia yang berpusat di Kalimantan, terutamanya Metro Kajang Holdings (MKH) Berhad. Syarikat ini telah membersihkan hutan-hutan dan mengancam kehidupan orang utan serta hidupan liar lain di Muara Kaman, Timur Kalimantan.
Daniek Hendarto sebagai orang yang berkempen bagi pihak COP berkata:

“Aktiviti jenayah dan kekejaman yang dilakukan oleh MKH Berhad, telah menghancurkan reputasi Indonesia. Pemusnahan hutan dan banyak binatang menjadi terancam di Indonesia, dan ini tidak akan memberikan apa-apa kekurangan kepada Malaysia. Sebaliknya, ia akan memberikan banyak kelebihan kepada Malaysia. Dunia akan mengenali industri minyak sawit Indonesia sebagai industri kejam. Akhirnya, para pengguna enggan membeli produk minyak sawit kami. Dan pengguna akan memilih minyak sawit Malaysia dan bukannya Indonesia. Untuk membolehkan produk-produk Indonesia dijual di pasaran antarabangsa, minyak sawit Indonesia akan dibeli oleh Malaysia terlebih dahulu, dan melabelkannya sebagai produk mesra-eko. Ini hanya satu ulangan jenayah pembalakan haram. Hutan Indonesia dibersihkan, balak dijual kepada Malaysia dengan harga rendah kemudian mendapat sijil mesra-eko, dengan itu ia akan dijual dalam pasaran dunia sebagai produk mesra alam Malaysia,”.

“MKH Berhad menguji integriti pihak penguatkuasaan undang-undang Indonesia. Mereka menguji kesabaran kita dan keberanian Indonesia sebagai sebuah negara. Sementara siasatan kes pembunuhan orang utan sedang dijalankan, terdapat seekor orang utan dewasa yang dijumpai cedera dipukul di kawasan konsesi mereka. Undang-undang Republik Indonesia dan Undang-undang nombor 5/1990 berkenaan dengan Pemeliharaan Sumber Semulajadi Kehidupan dan Ekosistemnya telah dipandang rendah oleh MKH Berhad.”

“Cukup-cukuplah. Ini masa untuk MKH Berhad and syarikat Malaysia yang lain meninggalkan Indonesia. Sudah cukup untuk mereka menimbulkan masalah di Indonesia.”
Kenyataan ini telah disampaikan dalam satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia. Para sukarela COP memakai kostum Hanoman, Jaya Anggodo dan Suwido, mereka adalah pahlawan-pahlawan beruk dalam cerita epik Ramayana.

Apa komen Metro Kajang Holdings (MKH) Berhad? Saya pasti mereka akan membetulkan keadaan nanti...Sekian Wasalam

Selasa, 22 November 2011

Penangan Bola di Sukan Sea 2011



Pemain Malaysia meraikan kemenangan setelah berjaya mempertahankan pingat emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno. - Utusan/IZHAM JAAFAR
 

TERIMA KASIH... sebahagian kecil penyokong Malaysia yang setia menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA diantara Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. - Utusan/IZHAM JAAFAR


 Malaysia memenangi pingat emas perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno. - Utusan/IZHAM JAAFAR


Suasana sedih di kem Indonesia selepas tewas kepada Malaysia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta. - Utusan/IZHAM JAAFAR


 Para penyokong pasukan bola sepak kebangsaan membanjiri sekitar kawasan balai ketibaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang, semasa ketibaan skuad bolasepak Sukan SEA dari Jakarta. - Utusan/WAHIDIN SALIM


 
Kelihatan Badrol Bakhtiar sempat melayan permintaan penyokong skuad kebangsaan yang ingin bergambar dengannya semasa ketibaan skuad bolasepak Sukan SEA dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang. - Utusan/WAHIDIN SALIM

Khamis, 17 November 2011

CORAT CORET UPSR 2011

WARNA KEGEMBIRAAN DAN KESEDIHAN DIKONGSI DI SINI


 Murid Melayu di SJK (C) Ave Maria, Nur Syafinas Hanafi (empat kanan), Ernisa Saiful Anwar (lima kanan), Aliaa Balqis Azemi (tengah) dan Erina Izammel Zainorin (empat kiri) menunjukkan slip keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada rakan-rakan mereka yang berbangsa Cina, di Ipoh, Perak.



 Adik Muhammad Qayyim Nizar terpaksa melihat keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diperolehnya dari jarak dekat akibat masalah penglihatan, di SK Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan. Dia memperoleh 3A dan 2B.

 Adik Syakirah Karim yang mempunyai penyakit sendi diberi ucapan tahniah oleh ibunya, Radiah Saden, 42, selepas pelajar SK Sacred Heart Bandar Hilir itu mendapat keputusan 5A pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di Melaka. 



Seorang guru terpaksa menenangkan seorang murid yang menangi kesedihan selepas gagal memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di SK Teruntum, Kuantan, Pahang.

SUMBER:UTUSAN

Rabu, 16 November 2011

Calon boleh semak keputusan UPSR menerusi mySMS

Nota tuan Blog: Zaman sekarang memang zaman pantas... semuanya dihujung jari anda.. zasssss!




PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai 10 pagi esok.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya, 9 pagi esok. - BERNAMA

Thanks berita harian

Selasa, 15 November 2011

Ada sesiapa yang nak Bunuh Tentera Yahudi?

 Assalamualaikum wbt.

Ada tawaran wang lumayan sekiranya berjaya menangkap tentera YAHUDI oleh Putera Di Raja arab SAUDI....Nilainya ialah RM300,000.00 untuk seorang yang berjaya ditangkap.Let say berjaya tangkap 15 orang maknanya dapat RM 1Juta 500K...uishhhhh...banyaknya~ makcik kayo weiiii


 Nak tahu kenapa sampai ada tawaran cenggitu? 

nak hambik duit ni.Pi tangkap YAHUDI


Ada Orang Kaya YAHUDI menawarkan duit untuk sesiapa yang berjaya membunuh seorang penduduk Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel dalam perjanjian pertukaran tahanan yang ditandatangani dengan Hamas, awal bulan ini.

Grrrrrrr~...jahat sungguh puak2 Yahudi ni..Mereka akan buat apa sahaja asal dapat menghapuskan Orang Islam...mereka ini adalah kategori Iblis nyata yang dapat kita lihat dengan mata kasar... Jom kita perangi mereka dengan melumpuhkan ekonomi mereka yang ada di MALaysiA.... mula2 boikot KFC, TESCO etc.... ada berani? 
Saya Nak~   
Siapa nak join saya angkat tangan~

Allahuakbar!!



Sumber:Mynewshub


Isnin, 14 November 2011

Untungnya Menjadi Anak FELDA


Bertuahnya menjadi anak peneroka ni... macam2 kemudahan dapat...siap dapat belajar secara percuma lagi tau..Kalau nak tahu FELDA banyak membuka pusat latihan yang bertujuan untuk melatih anak2 felda....Harapan FELDA ialah semoga mereka or kami semua mempunyai hala tuju masing pada masa akan datang...


Ini buktinya Felda prihatin dengan anak2 peneroka...silalah baca.....

TEMERLOH – Felda berjaya melahirkan 35,000 remaja terlatih dalam pelbagai bidang kemahiran menerusi Program Latihan Kemahiran Generasi Baru sejak pelaksanaan program itu pada 2005.
Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab berkata Felda membelanjakan RM50 juta setiap tahun sejak program itu dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu peringkat sijil, diploma dan ijazah.
“Program itu adalah menerusi kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan antaranya GiatMara, Institut Kemahiran Mara (IKM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta institusi pengajian tinggi swasta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka di Bandar Tun Razak, di sini.

nak tahu lagi jemput baca berita penuh kat sini

Rumah peneroka 10-20 tahun dahulu




Rumah peneroka kini ~ pinjam imej rumah mawi

Nota Kuku:Bertuah lahir dan membesar di bumi Felda.. dapatlah saya makan 
tebu manis banyak2  ~(-_-)>

Sekian...wasalam

Ahad, 13 November 2011

Siapa Sebenarnya Mengenakan Chef Riz?

 thanks 2:mynewhub

KUALA LUMPUR – Antara kisah yang paling menarik sepanjang minggu lalu pastinya melibatkan anak Chef Wan iaitu Chef Riz yang kantoi menipu resume dirinya untuk menjadi salah seorang juri dalam program Masterchef Malaysia.


Takda angin takda ribut namun secara tiba-tiba kelayakan diri dan pengalaman kerja Chef Riz terbongkar.
Disebabkan itu, penulis ingin bertanya, tidakkah terlintas di fikiran anda semua akan siapakah yang sebenarnya memecahkan rahsia melibatkan Chef Riz itu.

Memang benar rahsia itu telah dikorek oleh sebuah portal berita yang terkenal dan berpengaruh (The Malaysian Insider), namun sumber asal atau siapa yang pecahkan rahsia itu kepada portal berkenaan?
Walaupun maklumat atau resume asal Chef Riz diletakan di laman web Masterchef Malaysia, penulis tidak yakin ada wartawan dari portal itu yang lebih dikenali dengan berita-berita politik secara tiba-tiba terlintas hati untuk mengorek rahsia kelayakan Chef Riz.



Wartawan berkenaan sampai sanggup menghantar email kepada beberapa buah restoran di serata dunia semata-mata untuk mengetahui apakah kandungan resume Chef Riz itu betul atau tidak.
Mengapa latarbelakang Chef Riz yang dikaji dan bukan chef-chef yang lain?

Pastinya ada pihak yang tahu Chef Riz tidaklah sebegitu tinggi kelayakannya seperti mana yang ditulis dalam resume asalnya yang dikatakan telah dipinda sebanyak dua kali dalam masa seminggu (selepas kantoi).

Jadi, siapakah pihak itu? Siapa yang tip off atau bocorkan maklumat kepada portal berkenaan?
Melihat senario kejadian itu, maka pastinya itu perbuatan seseorang yang memiliki rasa tidak puas hati atau dengki dengan chef muda itu.
Apakah pihak itu musuh Chef Riz?
Chef Riz kalau mengikut cerita orang, mulut agak lazer dan dalam kategori mamat poyo jugak, jadi tak terperanjatlah kalau ramai yang tidak puas hati.
Namun, Chef Riz ini terlalu muda dan tidaklah beberapa terkenal lagi.
Bukan hendak menuduh sebarangan, apakah ada juri lain dalam program itu yang mungkin bertindak membocorkan maklumat?Namun sudut yang lebih penting, apakah yang melakukan pembongkaran rahsia itu adalah musuh Chef Wan?


Kena kat Chef Riz, malu ditanggung satu keluarga bukan. Maknanya Chef Wan pun jadi mangsa sekali.
Kalau membaca salah satu kemas kini status Chef Wan di wall Facebooknya (Chef Wan Fan Club), beliau sendiri menzahirkan jawapan kepada persoalan di atas.
“In my 54 years living and 25 years as a celebrity OMG punya lah ramai celebrity2 chef and chef2 out there yg busuk hati and wants to see me fall even though i do not know anyone of them.“Strange kan but u know what wall have ears lah.This country is small what goes around always come back.Buat lah apa nak buat saya serah kan semua pada ALLAH because i believed in his power and i believed in good principals,” katanya.

Status itu diletak petang semalam, hanya beberapa minit selepas Chef Wan mengulas lagi mengenai kesilapan anaknya itu.


Nyata, Chef Wan sendiri jauh di lubuk hatinya sedar bahawa ada pihak yang mungkin mahu menjatuhkannya melalui anaknya itu.

Siapa, mungkin Chef Wan tahu dan mungkin tidak.Penulis yakin jawapan kepada perkara di atas tidak akan terjawab sampai bila-bila. Kemungkinan besar ia akan kekal misteri.
Apa yang dilakukan Chef Riz itu memang salah dan sama sekali tidak boleh dijadikan panduan. Tidak perlu berdebat dari segi itu.


Namun, kita semua pun secara tidak langsung telah dijadikan alat oleh satu pihak misteri yang mungkin tidak senang dengan Chef Wan dan Chef Riz.Kita jadi penonton dalam permainan busuk hati orang lain.
Dalam hal ini, kita kena tabik kat Chef Wan. Walaupun malu dengan apa yang berlaku, beliau cukup profesional untuk tidak menyebelahi anaknya itu. Dan diharap Chef Riz pun fahamlah, jangan nak berlagak pandai kalau tak pandai dan pandailah bawak diri agar jangan umpan pihak tertentu.
Oleh: AK-47

Sabtu, 12 November 2011

Guru jangan panik dengan projek rintis KPM - Wee Ka Siong

12/11/2011 6:20pm - utusan


ALOR SETAR 12 Nov. — Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan para guru agar tidak panik dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.


Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.



Pinjam daripada miss google

"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” katanya.

Semua akan diambil kira.......dan ini hanyalah projek rintis


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Ka Siong berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah. 

Teruskan mendidik



"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan. "Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara,” katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian.

Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya,” kata Ka Siong. — Bernama

IKLAN 3