IKLAN

Sabtu, 12 Oktober 2013

AMIN IDRIS




SABTU
12/10/13

PERKAHWINAN AMIN IDRIS



Menemui pembaca--

Nice meeting you all early in this morning
metar tadi saya menonton TV ALHIJRAH
Terlihat kelibat pengacara yang saya minati dan hormat sangat
Rasanya bukan saja ja yang terpaku mendengar bait-bait bicaranya
Tentunya ramai lagi yang turut minat AMIN IDRIS sebagai seorang pengacara bual bicara
especially yang berunsurkan keislaman
hari ni saya nak share sebanyak mungkin tentang AMIN IDRIS


AMIN IDRIS dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak. Beliau merupakan merupakan pelajar lulusan pengajian Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.

Amin Idris memulakan awal persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu pada 1988. Pada 1989 hingga 1990 beliau bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas. Pada 1991 beliau sekali lagi bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Baharu. Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang adalah sekolah rendah terakhir beliau pada 1992 hingga 1993.
 nak tahu  lanjut tentang biodata AMIN IDRIS baca sini

Besides latar belakang ada hal yang menarik minat saya tentang AMIN IDRIS
Apa dia? Sebenarnya saya pernah dengar yang sebelum Amin Idris berjaya seperti sekarang--
Beliau pernah melalui episod-episod duka  suatu ketika dulu--nak tahu kisah menarik disebalik kejayaan lelaki yang bernama AMIN IDRIS--

jeng jeng!!!~


Jumaat, 11 Oktober 2013

Timbang blog




Cer trai timbang blog
tujuannya supaya kita tahu ringan atau berat blog kita--
Apa bezanya blog ringan atau berat ah?
Ala simple ja kalau ringan mudah loading
cepat visiter access blog kita
kalau berat lambat loading dan pembaca terpaksa
tunggu lama utk akses blog kita


timbang

                                                 

Berat yang ideal utk blog 
ialah 100-150kb
camana dgn tebumanis?
Ermmm beratla-- 400kb and above --aisyyyy :(
  kay lah ... saya nak cari tutorial tuk
 ringankan blog
 Selamat mencuba ^____^



Domain(s)anda: Diperkuat oleh http://trainerfariz.blogspot.com
(contoh http://trainerfariz.blogspot.com )






--CikNurul timbang blog--
#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

TENTERA DAJJAL

Assalamualaikum w.b.t, 

Tak lama lagi--
akan menjelang eiduladha--
teringat saya kisah--
pengorbanan Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan wanita hebat Siti Hajar 
demi mendapat kasih sayang ALLAH swt
Mereka diuji begitu hebat sekali.
Namun iman mereka tidak pernah berkurang
hatta Allah mintak nyawa anak yang disayangi--
sebagai tanda mereka taat pada perinta ALLAH

dan
saya nak kaitkan kisah Nabi Ibrahim dan 
rakyat Palestin yang dibelenggu dan dijajah
ISRAEL laknatullah
Hebatnya iman rakyat Palestine
Demi mempertahankan agama Islam, negara mereka
daripada dijajah oleh laknatullah Yahudi--
Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa
sebagai galang ganti agar tegaknya islam di
bumi suci Palestine--
Bumi dimana para Nabi pernah duduki
Subhanallah

Ayuh baca kisah kejahatan tentera dajjal --




Ianya berkaitan tentang tentera Israel laknatullah yang digelar Briged Kuffar. Sepertimana kita ketahui bahawa di akhir zaman nanti, dajjal laknatullah akan keluar ke dunia dan memerintah dunia dan menyesatkan umat manusia. Disaat keluarnya dajjal ini, akan wujud sebuah tentera dajjal yang tertulis di dahinya perkataan ‘KAFIR’. 


Benarkah tentera kuffar Dajjal telah muncul untuk memusnahkan dunia? Pertanyaan ini menjadi semakin hangat diperkatakan sebaik sahaja Israel menubuhkan briged ‘Kfir’ yang merupakan pasukan anti-keganasan elit yang sedang dibangunkan oleh Israeli Defenses Force (IDF).

tentera dajjal
mereka yakin mereka adalah ahli syurga


Rabu, 9 Oktober 2013

Kisah seguci Emas



SELASA/ 9 OKTOBER 2013
5.23 PETANG

Di akhir zaman manusia berlumba-lumba mengejar kejayaan,harta benda dan kuasa
manusia sanggup menipu untuk hal-hal sedemikian.--

Mungkin....bagi kita--
dunia merupakan syurga idaman--
dan alangkah indahnya kalau kita dapat kaut segala macam yang
ada atas dunia ini

Sangat sedikit yang menolak harta dunia
kalau bisa--
harta orang juga  "hak aku"
tiada yang haram melainkan halal-halal belaka baginya
selagi mana dia bahagia dengan kekayaan dunia--
ye dak? ^___^

Cerita ini mungkin dapat mengejutkan kita dari dibuai mimpi --
Sebuah kisah yang terjadi di masa lampau, sebelum Nabi kita Muhammad dilahirkan. Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat langka ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.

Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah bersabda:

Ada seorang laki-laki membeli sebidang tanah dari seseorang. Ternyata di dalam tanahnya itu terdapat seguci emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepadanya: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”Si pemilik tanah berkata kepadanya: “Bahwasanya saya menjual tanah kepadamu berikut isinya.”

Selasa, 8 Oktober 2013

Erti Perkataan Allah



Dipetik dari buku Tafsir Sufi , fadhilat 99 Asmaul Husna --

imam al qushairi
Nama Allah SWT tidak berasal daripada 
pengambilan perkataan apa pun ,
demikian pendapat al-Khalil Bin Ahmad.
Pendapat ini disokong oleh as-Shafi'e r.a. 
dan ulama yang lain.

Tidak sekali-kali didapati sesuatu
 yang diberi nama tersebut selain daripaya NYA
 yang Maha Tinggi dan Maha Suci.
Oleh kerana itu sebahagian ulama 
menyatakan bahawa setiap nama 
daripada nama-nama NYA tidak layak 
digunakan untuk menghias diri. 

Oh manusia, perlukah kamu bangga diri ?

Para sheikh memberi ingatan bahawa--
sesiapa yang berbangga diri (sombong),
nescaya terhijab daripada ALLAH SWT dan
kebanggaan diri itu dapat dijadikan petunjuk "maqam"
(status atau kedudukan) orang itu.)

syirik kecil


Membanggakan diri,membesar-besarkan diri serta merasa diri
ditaati oleh orang lain
merupakan tertariknya
penglihatan kepada dirinya sendiri

Kepada orang sebegini, hendaklah diperingatkan bahawa
tidak semua amalnya dimasa lalu 



bangga

Isnin, 7 Oktober 2013

hidup = 3 hari + 2 nafas

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Ahad, 6 Oktober 2013

Gelagat syaitan di majlis kenduri kahwin


Cerita yang saya ambil daripada e-mail
 Mengejutkan tetapi sangat menarik
Muhasabah diri lepas membacanya yerr--
^__^

 

Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah
mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam
menunjukkan pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka
terdengar suara tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok
Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam
keadaan begitu?




Kristian

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa
kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar
dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya
juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada
pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah
anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat
mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia
dengan pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti
kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka
memakai tulang ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan
segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan
isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh
isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri
mencari syaitan jantan di tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu
banyak syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk... Ada
juga yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di
kepala dan riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak
tergamak untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat
kelakuan Tok Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa
mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk
mengalahkan manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.
Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman
pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan
tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat
terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan
betina yang sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di
bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg
membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut
yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt
menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman
bercakap dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang
mahu percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.
Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN
DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..


--Ciknurul copy cerita--
#tebumanis78 



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Pesanan suami kepada Isteri


Ebit Lew
24 August

Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita ini pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA.

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.
Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.

Senyuman isteri di kala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.

Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
backlink

Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang ditinggalkan ketika belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.

Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita. Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Takpelah dunia ini kita kurangkan sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.

Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga.
pinjam sini ^-^

--Share Facebook--
#Tebumanis78


SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Cara meningkatkan backlink dan traffic blog





1. google webmaster tools
2. bing
3. msn
4. ask
5. alexa
6. jss triple
7. roadtohell-jalan ke neraka
8. mywapblog seo
9. bisnis online myblogs
10. Tebumanis78


OPTIMASI BACKLINK Banyak yang bilang, cara di atas adalah cara cepat untuk mendapatkan pagerank, namun menurut saya cara itu lebih pantas di bilang cara cepat mendapatkan backlink, jika anda berhasil mengajak 10 orang untuk melakukan optimasi ini, maka dengan sangat cepat backlink web dan blog anda meningkat, setelah backink meningkat, barulah berdampak pada pagerank.
Untuk mendapatkan backlink tersebut, anda cukup copy semua artikel ini sampai selesai dan pastekan di postingan anda, jika ada yang mengikuti atau memposting ulang artikel ini dari postingan web dan blog anda, maka web dan blog anda akan mendapatkan backlink.


Cara mendapatkan backlink dengan cepat
Berikut ini cara lebih lengkap untuk mendapatkan backlink tersebut.

1. Copy artikel semua artikel postingan ini.
2. Hapus daftar link nomor 1 diatas (google webmasters tools)
3. Maka link tersebut tinggal sembilan (9)
4. Tambahkan link web atau blog anda di nomor (10)
5. Dan ajak teman untuk melakukan optimasi ini dengan peraturan yang sama.


Ok sekian dari saya tentang

Cara meningkatkan backlink dan traffic blog

--Cara Meningkatkan traffik--
#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3