IKLAN

Memaparkan catatan dengan label AMALAN BAIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AMALAN BAIK. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Mei 2014

Artikel Keagamaan tidak popular dan kurang diminati


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Seperti mana title kat header --Isu yang saya nak discuss adalah agak berat
Samaada kita suka atau tidak penyampaian artikel keagamaan tidak sepopular artikel gossip atau berbentuk hiburan

Dakwahku duniaku


Memang benar --pilihan utk membaca adalah hak individu -- 
Namun inilah cabarannya-- saya dan blogger yang memilih tema islamic tak kisah sangat tentang trafik--
Memang mustahil artikel islamik akan terus dibaca apabila dipublishkan.... Menurut pengalaman saya--artikel agama kurang popular tetapi evergreen

Ada banyak topik yg saya tulis hanya akan dibaca beberapa bulan kemudian
Seperti yang saya nyatakan pada awal tadi
Populariti bukan prioriti saya, yang penting saya berjaya menulis dan menyampaikan apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulnya

Impian saya--saya akan terus menulis perkara yang baik baik berbentuk dakwah
Semoga suatu hari ada pembaca bukan islam membaca dan tertarik dengan Islam yang syumul dan indah dan akhirnya menjadikan islam sebagai pegangan mereka-- subhanallah--

Selain dari menulis untuk menarik minat  pembaca, saya juga menulis untuk diri sendiri--... Untuk menulis saya harus ada pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara, dengan itu saya akan terus belajar dan belajar, menyampai dan mempraktik dalam kehidupan seharian saya....Semoga Allah memandang saya dengan pandangan cinta dan memberi hidayah sebanyak banyaknya pada saya dan pada anda semua--

Saya akan terus menulis dan mencuri hati pembaca dengan tulisan saya tentang Islam

:) seronok menyelusuri kehidupan dengan berkongsi ilmu Allah

Sekian
#tebumanis78




SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Khamis, 16 Januari 2014

Beri salam kepada orang yang kita kenal sahaja?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Memberi salam adalah menjadi kebiasaan kepada seorang muslim --
Namun yang luar biasanya ialah apabila kita hanya memberi salam kepada orang kita kenal sahaja.Apa maksud saya sebenarnya?

beri salam kepada semua orang


Ginilah--

Pernah tidak anda semua ke masjid atau tempat-tempat orang ramai berkumpul (muslim)?
Mungkin pasar malam atau tempat pengajian agama?
Tentu kita pernah bertentang mata dengan orang asing yang kita tidak kenal kan--
Jadi apa tindakan kita? 
senyum saja?
Ok betulla kalau senyum pun dapat pahala--

bersalaman

Tapi kalau nak extra pahala dan nak ikat saudara tersebut dalam tali sillaturrahim lebih baik kita bagi salam--

Dari situ kemesraan sebagai saudara seagama akan terjalin dan jauh dari itu mungkin selepas itu kita dapat jadi rakan baik kepada saudara tersebut
Rugi rasanya kalau kita tak ambil kesempatan buat pahala kerana ganjaran yang akan ALLAH beri tak mampu diberi oleh manusia biasa kepada kita.




Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز

Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.



nak tahu tentang hukum memberi salam klik sini
nak tahu tentang etika memberi salam klik sini
kenapa perlu beri salam

Jadi ada baiknya selepas ini kita selalu mempraktikkan apa yang disuruh oleh Nabi agar beroleh Syafaat di sana kelak wallhua'lam

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Isnin, 28 Oktober 2013

KELEBIHAN BERISTIGFAR

Assalamualaikum wbt



Pada suatu hari, Imam Ahmad Bin Hambal sedang mencari tempat untuk berehat di waktu malam selepas permusafirannya di siang hari. Baliau pergi ke masjid untuk solat dan berniat untuk bermalam di masjid tersebut. Namun tindakannya itu dihalang oleh orang tempatan kerana takut-takut apabila orang lain melihat beliau berehat dan tidur di situ, orang lain akan berbuat perkara yang sama.

Maka Imam Ahmad Bin Hambal pun akur dan dia keluar dari masjid tersebut dan mencari tempat untuk berteduh. 



istigfar

Sedang beliau berjalan, seorang pemuda terlihat akan beliau. Pemuda tersebut menawarkan Imam Ahmad Bin Hambal untuk bermalam di rumahnya setelah melihat Imam Ahmad Bin Hambal seolah-olah sedang mencari tempat untuk bermalam.
istigfar sebanyak banyaknya


Pemuda tersebut lalu membawa Imam Ahmad Bin Hambal ke rumahnya. Pemuda itu merupakan seorang pembuat roti. Rumahnya agak selesa kerana kehangatan pembakar roti. Selepas mempelawa Imam Ahmad Bin Hambal untuk berehat, pemuda tersebut meneruskan kerjanya membuat roti. Sedang pemuda tersebut membuat roti, Imam Ahmad Bin Hambal duduk di sebelahnya.

Imam Ahmad Bin Hambal memperhatikan gerak geri pemuda tersebut menguli tepung untuk dijadikan roti. Sambil pemuda tersebut menguli tepung, dia beristighfar. Istighfarnya selari dengan tangannya yang menguli adunan tepung.


selalu berisrigfar
" Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim. Astaghfirullah al-azim."

Imam Ahmad Bin Hambal pun bertanya kepada pemuda tersebut.

"Sejak bilakan kau melazimi dirimu dengan perkara ini (istighfar) ?"

"Sejak aku mula membuat roti," jawab pemuda tersebut.

"Sejak bila kau mula membuat roti?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal lagi.

"Sejak aku baligh, aku menolong ayahku membuat roti. Sehinggalah kini," pemuda itu menjawab sambil menguli adunan.

"Adakah kau juga berdoa?," tanya Imam Ahmad Bin Hambal.

"Ya.. Aku berdoa pada Allah agar aku ditemukan dengan Imam Ahmad Bin Hambal,"jawab pemuda tersebut.

Imam Ahmad Bin Hambal pun berkata, "Akulah Imam Ahmad Bin Hambal.."

So, moral of the story is : Antara kelebihan istighfar adalah, hajat atau doa kita akan dimakbulkan dengan izin Allah.
--perkongsian dari internet--
#tebumanis78


Rabu, 9 Oktober 2013

Kisah seguci Emas



SELASA/ 9 OKTOBER 2013
5.23 PETANG

Di akhir zaman manusia berlumba-lumba mengejar kejayaan,harta benda dan kuasa
manusia sanggup menipu untuk hal-hal sedemikian.--

Mungkin....bagi kita--
dunia merupakan syurga idaman--
dan alangkah indahnya kalau kita dapat kaut segala macam yang
ada atas dunia ini

Sangat sedikit yang menolak harta dunia
kalau bisa--
harta orang juga  "hak aku"
tiada yang haram melainkan halal-halal belaka baginya
selagi mana dia bahagia dengan kekayaan dunia--
ye dak? ^___^

Cerita ini mungkin dapat mengejutkan kita dari dibuai mimpi --
Sebuah kisah yang terjadi di masa lampau, sebelum Nabi kita Muhammad dilahirkan. Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat langka ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.

Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah bersabda:

Ada seorang laki-laki membeli sebidang tanah dari seseorang. Ternyata di dalam tanahnya itu terdapat seguci emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepadanya: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”Si pemilik tanah berkata kepadanya: “Bahwasanya saya menjual tanah kepadamu berikut isinya.”

Rabu, 16 Januari 2013

42 KELEBIHAN SELAWAT KEATAS NABI

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan.
selawat
Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
1. melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.

3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat

4. bersamaan dengan selawat para malaikat

5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat

7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat

8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita

12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. mendapat darjat al-sidq

14. ditunaikan segala hajat

IKLAN 3