IKLAN

Rabu, 6 November 2013

RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI SYAITAN

rumah yang tidak dimasuki syaitan
  • Rumah yang bersih
  • Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
  • Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
  • Penghuninya jujur dan memenuhi janji
  • Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
  • Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
  • Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

Ahad, 3 November 2013

Bahasa Semut

Bismillahirrahmanirrahin

Assalamualaikum wbt


 Tiba-tiba hari ni --
Teringin nak tahu tentang bahasa semut
Anda semua pernah tak tengok semut berjalan-jalan
dan
tiba-tiba bila jumpa kawan mereka terus berenti dan berbual2
agaknya diorang bagi salam dan tanya kabar kot
Lepastu kan saya perasan antara semut tu bukan dari bangsa yang sama ada yang semut merah jumpa semut hitam pun masih bertegur sapa
Haih jiran tetangga kah?
Pernah tak anda alaminya?
Sangat menakjubkan-- so saya pun google sikit maklumat
ermm rupanya ada dua versi cerita yang saya dapat
Satu kajian dari barat dan satu lagi tertulis dalam Al-Quran
Mana satu yang perlu kita cayo?
Dah tahukan jawapannya--

semut



Saintis barat dalam kajian mereka menyatakan bahawa semut berkomunikasi menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan bukan bunyi .Akan tetapi kenyataan ini telah disangkal oleh Al-Quran berdasar Surah al-Naml, ayat 15-19.Inilah tafsir yang saya maksudkan


(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

surah An-Naml ayat 18-19
(cerita pasal semut tertulis dari ayat 15 hingga 19 , tapi saya lampirkan 18 dan 19 ja--selebihnya buka tafsir sendiri) 

Daripada tafsir tersebut kenyataan barat/teori barat adalah salah.Memang semut ada bunyi , ada bahasa dan boleh berbual antara satu semut dengan semut yang lain.Komukasi mereka adalah dengan bahasa mereka -- Wow-- its a great fact right!
 
Para saintis baratpun boleh hairan bagaimana frekuensi bunyi-bunyi yang dilepaskan semut-semut itu berbeza-beza dari satu semut dengan semut lain, dan dari jenis semut yang satu dengan jenis semut yang lain. Ada dua belas ribu spesis dalam dunia semut di muka bumi, melebihi bangsa manusia. Di hadapan jumlah yang luar biasa ini para penyelidik hairan mengenai bagaimana mereka sepadan dengan semua bunyi tersebut.

Hahaha hebat-- hebatnya semut--
(kuasa ALLAH yang paling hebat sebenarnya)
Mereka boleh faham semua bahasa semut walaupun --
sebenarnya terdapat 12,000 spesies semut didunia ini.
Wow sangat menakjubkan.
Kita manusia yang diberi akalpun tidak dapat mempelajari semua bahasa manusia di seluruh dunia.
Paling sangatpun tahu bahasa sendiri ja.Bahasa Inggeris pun tak pandai sangat kikiki-- izinkan saya ketawa sebentar ^__^ 

keluarga semut

So kesimpulannya semut ada bunyi dan ada bahasa tersendiri -- 12,000 beb
dan mereka tahu semua bahasa tersebut dan dapat berkomunikasi dengan semua bangsa semut didunia nih-- kita boleh?
Semut perlis dengan relaxnya boleh komunikasi dengan semut jepun hikhikhik
Terbaiklah kolumni semut
Saya tabik kat anda semua--
Manusia kena belajarbanyak perkara dari masyarakat semut
jangan bikin malu bangsa manusia yop--
Belajar jadi  bangsa yang ingin maju yerrr termasuk saya jugak

Sekian



--Serius teringin sangat nak tahu language semut--
#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

IKLAN 3