IKLAN

Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

Isnin, 14 Oktober 2013

Aktiviti Sehari Sebelum AidilAdha


Isnin 14/10/2013

10.00 pagi~
Let me guess--
tentu ramai mak2 dan anak2 mak
lepak kat dapur hari ni.

Manakala ayah dan anak lelakinya pula
tengah beratur beli daging, tulang
limpa hari,paru dan  part2 lembu yang berkaitan
untuk juadah besok hari^__^

CikNurul pula masih kat atas jalan
I Mean somewhere around --
Menjelang raya memang itulah tugas ai
merayap kesana kesini wiwi--
tapi bukan sebarangan merayap Yeaa
CikNurul sedang beratur beli santan
sambil taip untuk update blog
wah-- tak buang masanya kiterrr
Tiap kali menjelang raya , saya paling bimbang tak dapat
beli santan--
Yalah tanpa santan tak dapatla cikNurul makan ketupat yang sangat yumyum--
Alhamdulillah hari ni tak yah Q lama2 kat tempat santan
tak sampai 5 minit CikNurul dan mak dah dapat santan hoho yes!yes!-- (happy sangat)

santan
Kedai santan di Arau -- Buat kerja memang tip top 5 star CikNurul Bagi




10 minit kemudian--
Phewww! Alhamdulillah dah sampai
saya dan Mak sekarang berada di Nat Pauh (Pasar pagi Pauh)
cadangnya nak beli daging,ayam.ikan etc
jom loading apa ada kat Nat Pauh :)

Semestinya daging dan tulang adalah dalam trending tertinggi hari ini
Letaklah berapa banyak butcher pun hari ni InshaaALLAH semua akan terjual

daging lembu

Kat perlis taksah lah hari ni tak jual ketupat
maklumlah golongan muda cam CikNurul bukan reti sangat pun nak buat ketupat
Mudahnya terus beli ketupat siap
Balik rebus --
Buat gulai daging--
taraa esok siap untuk dihidangkan


Hah--
Lagi satu kuih raya ready made
Hari Raya korban bukan orang nak sangat makan kuih
janji ada sejenis dua ja buat rambang mata tetamu
so belilah kat Nat Pauh ni ha--

kuih raya perlis
Lepas ni nak balik buat kije yer
that it from now
till see u all in my next update
Thanks for reading
dan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA--
pisss~

--Diari Cik Nurul Menjelang Perayaan--
#tebumanis78



SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Rabu, 31 Julai 2013

Tadarus yang Indah

 Assalamualaikum wbt

 Awak semua sihat?Dah baca Quran hari ni? Ok jom baca aktiviti sekolah CIKGU NURUL (".) pulak hari ni yeahhhh!!!! (mode bercerita sedang mengganas hik^^ )

 Ehem ehem (^_^) ayuuhhhh dengar cerita Ramadhan saya

Sudah menjadi kelaziman di sekolah saya program penghayatan Ramadhan rancak berjalan sepanjang bulan.Bermula dari hari pertama hingga akhir.Antara yang mengisi ruang dalam program tersebut semestinya tadarus Al-Quran

Guru-guru dan murid-murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibahagikan 3 juzuk setiap kumpulan.So, tugas cikgu ialah menjadi fasilitator ,memantau bacaan setiap murid dalam ahli kumpulannya.Selalunya pelajar yang boleh bertadarus ialah pelajar tahap 2 la.tahap satu adala beberapa orang.Lokasi kami berkumpul ialah di Masjid Al -Huda yang terletak betul2 depan pintu pagar sekolah

Untuk kali ni saya bertugas dengan Cikgu Fatimah dan Ustazah Munirah.Alhamdulullah hari ini 31 Julai 2013 bersamaan 22 Ramadhan kami berjaya menghabiskan bacaan bermula dari juzuk 6 hingga 9.Lega sebab sempat habiskan sebelum Hari Khatam Quran iaitu besok.... hehehe betul2 atas garisan

Menariknya bertugas di sekolah ini, setiap aktiviti Keislaman sangat aktif dijalankan.Jadi dapatlah saya belajar banyak hal terutama yg berkaitan dengan bacaan Al Quran.Oklah ni beberapa gambar untuk aktiviti Tadarus Al-Quran 2013.(tengah senyum simpul)

Inilah yang dipanggil kemeriahan Ramadhan.

Inilah kumpulan saya .Cikgu Fatimah yg pakai tudung oren merangkap kapten tadarus^_^

Well semua, nanti saya akan updatekan aktiviti menggubah bunga pulak... perghhh hasil gubahan sangat hebat walaupun terkeluar tajuk

Sekian kelas cikgu rini

pssttt:PBS tak siap lagi daa... (Penilaian berasaskan sekolah)

IKLAN 3