Assalamualaikum wbt
Jom kita study tentang surah AL-KAUTHAR (",)
- Rasanya lebih manis daripada madu,
- warnanya pula lebih putih daripada susu
- dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
- baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.
- jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher, insyaallah hilang dahaga
- jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
- jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu
- jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah
- jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
- jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi
Wah pahala besar, pahala besar ^_^ Pendek kata rajin-rajin lah amalkan surah ini.banyak kebaikan yang boleh dapat.Tak susahpun.Mudah dihafal, pendek dan lagi Allah janjikan pelbagai manfaat kepada kita.Masih tak mau lagi? Haih ruginya
sekian berita petang ^_^