IKLAN

Memaparkan catatan dengan label AL QURAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AL QURAN. Papar semua catatan

Sabtu, 2 November 2013

ADAKAH MASIH BELUM SESUAI??




BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM WBT

Laksanakanlah hudud dan qisas, ia hukum yang jelas datang daripada Allah. Sudah pasti yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Siapakah yang lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh manusia dalam hidup mereka selain daripada Allah?

Kita berprasangka terhadap hukum yang Allah ciptakan. Kita kata hukum hudud dan qisas itu terlalu kejam, tak sesuai dengan zaman dan macam-macam lagi.

Kita takutkan orang yang kurang faham agama dan juga orang bukan Islam sehingga mereka berpresepsi tentang hukum Allah. Lalu kini Allah kembalikan ketakutan itu kepada kita selain merasa atidak selamat ketika berada di mana-mana.


hukum qisas


Tidak cukupkah lagi dengan kes ragut, rogol, rompak yang tak pernah sunyi setiap hari? Lalu kita ciptakan pelbagai hukuman baru yang ternyata tidak dapat menegah dan mencegah penjenayah untuk terus melakukan jenayah sewenang-wenangnya.
-Hudud untuk Islam, Bukan Islam bagaimana? Tidak Adil!!!-

Nanti dulu..jangan cepat melatah. Tak kan Allah itu bersifat jahil dan tidak adil? Ya memang hudud untuk muslim sahaja, tetapi untuk bukan Islam ada peruntukan hukum yang dinamakan sebagai ta'zir.

Ta'zir terletak kepada kebijaksanaan pemerintah. Bagaimana dia mahu menghukum pesalah bukan Islam. Pemerintah yang bijak akan menjalankan hukuman yang lebih kurang sama dengan apa yang dihadapi oleh pesalah beragama Islam. Keadilan masih tertegak dengan pelaksanaan hukum hudud dan qisas.

Jangan dipolitikkan hudud. Hukuman yang jelas daripada Allah bukan mainan untuk dipolitikkan.

Astaghfirullahal 'azim.

Wallahu'alam.


--KONGSI DARI FACEBOOK--

#tebumanis78

SYUKRAN JAZILAN
Klik like dan jangan lupa tinggalkan komen ya~ 

Ahad, 28 Julai 2013

Fadhilat mengamalkan surah Al-Kauthar


Assalamualaikum wbt 
Jom kita study tentang surah AL-KAUTHAR (",)


Surah Al-Kauthar ialah surah yang paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

  • Rasanya lebih manis daripada madu, 
  • warnanya pula lebih putih daripada susu 
  • dan lebih wangi daripada kasturi.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati nabi muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.



Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
  1. baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita. 
  2. jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan di leher, insyaallah hilang dahaga
  3.  jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
  4.  jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu 
  5. jika membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah 
  6.  jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
  7. jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Wah pahala besar, pahala besar ^_^ Pendek kata rajin-rajin lah amalkan surah ini.banyak kebaikan yang boleh dapat.Tak susahpun.Mudah dihafal, pendek dan lagi Allah janjikan pelbagai manfaat kepada kita.Masih tak mau lagi? Haih ruginya


sekian berita petang ^_^


Isnin, 25 Februari 2013

Kolam Al-Kauthar



Assalamualaikum


Di antara perkara-perkara akhirat yang wajib diketahui serta dipercayai dan diakui benarnya ialah ada di sana kolam air bagi tiap-tiap seorang Nabi a.s., untuk diminum oleh umat masing-masing.

Bagi Nabi Muhammad s.a.w. , disediakan sebuah kolam yang airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada air madu, piala-pialanya banyak tidak terhitung. Nabi Muhammad s.a.w. , akan berada dekat kolam itu pada hari qiamat menunggu sesiapa di antara umatnya s.a.w., yang datang minum dari airnya.


Sesiapa yang dapat minum dari air kolam itu tidak akan merasai haus dahaga selama-lamanya; ada pun minum-minuman yang ada dalam Syurga maka disediakan hanya untuk diminum buat berlazat-lazat dan bersukaria sahaja, kerana: “Sesungguhnya engkau – wahai penduduk Syurga – tidak akan merasai haus dahaga di dalamnya”; (119 Surah Taha).

Air kolam itu tidak dapat diminum oleh sesiapa yang menukar pembawaan hidupnya yang baik kepada yang tidak baik selepas Nabi s.a.w., menyatakan apa yang baik dan apa yang sebaliknya, bahkan orang yang tersebut disekat dari sampainya ke kolam itu dan dijauhkan daripadanya.


Golongan kafir tidak dapat minum di kolam ini. Ulama mazhab Syafie mengatakan terdapat 2 kolam iaitu satu sebelum meniti titian Sirat dan satu lagi selepas meniti titian Sirat iaitu di Syurga. Maka golongan kafir sudah tentu tidak dapat minum di kolam sebelum meniti kerana mereka akan terjatuh ke dalam neraka dan tidak dapat meniti ke sebelah syurga.

Ada juga orang Islam yang akan terjatuh ke dalam neraka (sebelum dimasukkan ke dalam syurga), misalnya mereka yang kerjanya menjadi pelawak. Di dalam hadith disebut orang yang menggunakan mulutnya untuk membuat orang lain ketawa akan jatuh ke dalam neraka yang dalamnya 70 tahun perjalanan ke dasar neraka.


Kolam itu namanya “Kolam al-Kauthar”, kerana airnya adalah dari air sebatang sungai di Syurga yang bernama “al-Kauthar” yang dikurniakan Tuhan khas kepada Nabi Muhammad .s.a.w., sungai itulah yang memenuhi kolam yang tersebut melalui dua saluran emas dan perak. Bau tanah dasar sungai itu lebih harum daripada kasturi (misk).


Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: “Kauthar itu ialah sebatang sungai dalam Syurga, kedua-dua tebingnya adalah dari emas, aliran airnya di atas mutiara dan yakut, bau tanah di dasarnya lebih harum dari kasturi, dan airnya lebih manis dari air madu, dan lebih putih dari salji.”
Kisah kolam Al-Kausar

Sabtu, 23 Februari 2013

Halal dan Haram:Hadis 40

 

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَ إِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَ بَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَ عِرْضِهِ، وَ مَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَ هِيَ الْقَلْبُ


HADIS KEENAM

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”





Pokok Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah.syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah – dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.

4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis – aqal terletak dihati)
hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.


Pengajaran hadis:

  • Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnyamelakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
  • Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.
  • Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
  • Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yanglain.

Khamis, 21 Februari 2013

Amalan di Tolak:Hadis 5

TERJEMAHAN HADIS YANG KELIMA
Dari Ummul Mukminin Ummi Abdullah ’Aisyah r.a telah berkata, bahawa telah bersabda Rasulullah S.A.W : 
”Barangsiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan kami ini (Agama yang tidak kami perintahkan kepadanya), maka ia adalah ditolak.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Dalam riwayat Muslim ”Barangsiapa yang mengerjakan suatu ’amal pekerjaan yang tidak sesuai dengan apa yang kami perintahkan, maka ’amalnya ditolak.”



TAFSIRAN HADIS YANG KELIMA

1. Agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W dan syariatnya wajib diikuti oleh umat manusia yang hidup semasa Nabi Muhammad dan seterusnya sampai hari Kiamat dan kitabnya adalah Al Quranulkarim, satu kitab yang sudah lengkap mempunyai garis-garis besar peraturan hidup untuk menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.
2. Disamping Al Quranulkarim adalah Hadis Nabi (perkataan, perbuatan dan tingkahlaku Nabi) selaku kata pengantar untuk menerangkan apa-apa yang tersimpul dalam Al Quran yang hanya disebutkan garis besarnya sahaja, seperti menerangkan solat subuh 2 raka’at, Zuhur 4 raka’at serta cara perlaksanaannya dan sebagainya itu adalah terdapat dalam Hadis Nabi.
3. Segala perkataan Rasul, itu adalah benar, dan Nabi S.A.W bukanlah orang yang tersesat. Segala yang diucapkan Nabi itu sebenarnya adalah wahyu yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, sebagaimana bunyi firman Allah dalam Al Quran Surah An Najm ayat 2-5 : Ertinya : ” kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur'an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat”
4. Orang yang mengerjakan sesuatu dalam urusan Agama yang berlainan dengan peraturan Allah dan RasulNya, maka demikian itu ditolak dan itulah yang dinamakan ”Bid’ah”.
5. Agama Islam sudah mempunyai peraturan yang lengkap dan manusia tidak boleh menambah dan menguranginya. Demikian agar setiap Muslimin mengetahuinya.

Selasa, 19 Februari 2013

Peristiwa di Padang Mahsyar

 Assalamualaikum




Bagaimanakah keadaan kita pada pertemuan terakhir di hari pembalasan? Keamanakah arah tuju kita? Siapakah yang akan bersama kita? Semua akan terjawab dengan kisah ringkas ini.Mari baca dan hayati isi ceritanya :)

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



ⅰ- Pemimpin yang adil.


ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber :fb

Rabu, 19 Disember 2012

Kenapa Perlu Bersolat?



 Assalamualaikum wbt.

Solat adalah Tali hubungan yang kuat antara hamba dan tuhannya.Hubungan yang mencerminkan hinanya hamba dan agungnya TUHAN

Solat bermaksud DOA 
dan
Solat juga adalah ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan aturan dan niat tertentu

Kenapa perlu bersolat?sedikit kupasan yang saya perolehi daripada sebuah blog

solat, sujud, kiamat,mungkar nakir

1-Kerana  Solat Adalah Hasil Rumusan Segala Arahan Agama.
2-Bersabar Atas Solat  Merupakan  Arahan Allah.
3-Kerana Solat Diantara Rukun Islam.
4-Kerana Solat A dalah Tiang Agama.
5-Kerana Solat Menjadi Petunjuk Kepada Segala Nabi-Nabi Dan Utusan Allah.
6-Kerana Ianya Lambang Islam Dan Membezakan Antara Islam Dan Bukan Islam.
7-Mengeluarkan Kita Dari Lingkungan Atau Persekitaran Dosa.
8-Dapat Menyucikan Dosa Di Hadapan Allah SWT.
9-Kerana Allah Tidak Menerima Amalan Soleh Dari Mereka Yang Meninggalkan Solat.
10-Kerana Solat Dapat Menarik Pertolongan Daripada Allah SWT.
11-Kerana Solat Adalah Pakaian Islam-Terdapat Riwayat Dalam Hadis.
12-Kerana Solat Adalah Pesanan Terakhir Dari Rasulullah Sebelum Baginda Wafat.
13-Dapat Menjadi Benteng Daripada Melakukan Perkara Maksiat.
14-Amalan Pertama Akan Disoal  Pada Hari Kiamat.
15-Kerana Solat Adalah Amanah Daripada Allah Dan Sesiapa Menjaganya Akan Mendapat Perlindungan Daripada Allah Azzawajal.


 Tidak ada kesusahan atau (bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin ALLAH dan sesiapa yang beriman kepada ALLAH, maka ALLAH memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku dengan hati yang tenang dan sabar).dan (ingatlah!)ALLAH maha mengetahui akan tiap2 sesuatu
Surah AT_TAGHABUN :11

Bersabarlah wahai saudara-saudaraku :)

Selasa, 28 Ogos 2012

Penghasilan Susu Haiwan Ternakan

SIRI AL-QURAN MENDAHULUI SAINS

Tempat penghasilan susu pada binatang ternak

Susu terhasil di bahagian mammary gland, dan keluar melalui bahagian udder. Mengikut rajah anatomi badan lembu, bahagian tersebut berada di bawah perut lembu (omasum dan abomasum). Mengikut rajah anatomi badan lembu juga, jika dilihat dari hadapan lembu, bahagian tersebut terletak di selepas hati (liver) dan sebelum salu
r najis. Jadi jika dilihat dari tepi, berdasarkan ayat 66 surah An-Nahl, maka benarlah ayat Al-Quran bahawa mammary gland berada di antara hati dan salur najis.
Perkara ini juga sama untuk penghasilan susu bagi haiwan-haiwan ternak lain seperti unta dan kambing.


Merle Cunningham, Animal Science and Industry

Bukti Al-Quran mendahului sains:

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (hati); (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
 
 

Ahad, 1 April 2012

Seperti Apakah Malaikat itu?

Assalamualaikum wbt

"katakanlah (Muhammad)""barangsiapa menjadi musuh Jibril maka ketahuilah bahawa dialah yang menurunkan Al Quran ke dalam hati mu dengan izin Allah yang membenarkan apa (kitab-kitab) yang dahulu dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman." QS Al Baqarah ,2:97

 malaikat adalah makhluk yang tidak pernah menyalahi perintah ALLAH dan hidp dalam dimensi yang berbeza dari manusia.Tidak seperti manusia, malaikat bukan dicipta untuk diuji, Allah menciptakan mereka sebagai makhluk yang tidak pernah berbuat salah.mereka di beri tugas yang berbeza2 dan menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah.

Jibrail ditugaskan untuk menyampaikan wahyu2 Allah kepada nabi2nya .ada malaikat yang mencatatkan di kedua2 sisi manusia yang mencatatka segala perbuatan yang mereka lakukan.Ada malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa di saat tibanya ajal mereka.Ada malaikan yang ditugaskan menjaga neraka .mereka mengawasi penghuninya agar menerima siksaan yang berat.


Allah menyatakan bahawa malaikat adalah abdinya
 "Al Masih sekali sekala tidak enggan menjadi hamba kepada ALLAH , tidak pula para Malaikat yang terdekat kepada ALLAH..." (QS AN NISA 4:172)

"Allah bersaksikan bahawa tidak ada Tuhan selain DIA, demikian pula bersaksikan Malaikat dan orang-orang yang berilmu ,Tidak ada TUHAN selain dia yang maha perkasa lagi maha bijaksana ." (QS ALI IMRAN 3:18)

Sumber:Tafsir Al Quran

Jumaat, 16 Mac 2012

Pembuatan Al-quran di Kilang

Assalamualaikum ...betapa telitinya Al-Quran di buat di kilang ... Pasti ramai umat Islam ingin melihat bagaimana Al Quran di cetak di Kilang dan bagaimana proses itu dilakukan.














Satu info menarik  wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tersebut. Semua pekerja atau pemerhati adalah hafiz, jadi untuk menjaga aurat dan untuk bg diorg tak lupa hafalan, wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tu.


sumber: kawan2

Sabtu, 18 Februari 2012

Titian Siratul Mustaqim


 Assalamualaikum wbt

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, Baginda bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

~Subhanallah,, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Allahumma solli 'ala muhammad ♥





Sama2lah kita mengambil ikhtibar dari entry ini... Saya, awak, mereka,baginda,dia,dan semua akan menempuh saat getir ini

Wallahua'lam

Sekian Wasalam

Khamis, 26 Januari 2012

3 golongan kesyurga tetapi tersungkur ke dalam neraka

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka… Nauzubillah…




1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..”Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.”

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.”Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azabsiksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

Marilah bersama kita fikir dan renungkan sama ada perbuatan kita, amalan kita pada hari ini, adalah demi mendapat redha hamba atau redha dari ALLAH, dan jika terselit walau sezarah pun niat ingin riak dan bermegah dengan perbuatan kita, sebaiknya kita bertaubat dan berdoa agar kita dijauhkan darinya, kerana ia mungkin satu hari nanti menjadi penghalang kita dari mencapai Syurga yang abadi.

sumber:facebook HELIZA HELMI


Sekian terima kasih

Ahad, 22 Januari 2012

KISAH ALQURAN DAN GADIS BERBANGSA CINA

Assalamualaikum wbt.

Ni hao ma? hen hao?.... Sempena CNY neh saya teringat sebuah kisah benar.Kisah ini di kongsikan daripada seorang USTAZAH iaitu teman baik saya semasa saya menjadi GURU SANDARAN... lebih kurangnya saya dapat cerita ini pada tahun 2001. Lama dah kan? but cerita itu masih segar diingatan saya... SO, apa kata saya share ngan semua..... kawan2 nak tahu dak ceritanya?

emma maembong


Jom Layan ~(-__-)


Kisah ini berlaku di salah sebuah Universiti awam  lewat 90-an.terdapat seorang gadis muslim  berkongsi bilik bersama seorang gadis berbangsa cina.... wokayyyy... Si gadis muslim ni jenis suka sangat mendengar alunan AL QURAN melalui kaset yang dibelinya...kiranya dia ada banyak koleksi bacaan AL QURAN... roomate dia pun tak kisah sebab dah biasa dengan suasana tuh...

Alkisahnya suatu hari gadis muslim ini meninggal dunia .So kaset2 si gadis ni masih tertinggal dalam asrama tersebut.nak tahu tak apa yang si gadis cina itu buat dengan kaset berkenaan? cer teka? adakah dia buang? atau dia sedekah kepada orang lain atau dia biarkan begitu sahaja kaset2 berkenaan?


ustaz azhar idrus


Jawapannya ialah... gadis cina itu terus melakukan rutin harian iaitu terus mendengar kaset berkenaan kerana dia sudah biasa mendengarnya...

hari bertemu hari,minggu bertemu minggu dan bulan bertemu bulan seterusnya tahun bertahun ... maka gadis cina berkenaan keluar dari universiti dan mulalah bekerja... beberapa tahun dia bekerja dia mencapai kejayaaan yang sangat luar biasa...

Dia telah ditemu ramah oleh wartawan dan bertanyakan tentang rahsia kejayaannya yang luar biasa itu... nak tahu kenapa apa jawapannya?
katanya 
.
.
.
.
.
"Rahsia kejayaan saya ialah kerana saya sering mendengar AL QURAN yang ditinggalkan oleh kawan saya yang sudah meninggal dunia, saya mendengar ALQURAN tersebut sejak saya belajar sehinggalah hari ini.... sekiranya saya tidak mendengarnya sehari hati saya menjadi tidak tenang kerana saya sudah biasa mendengarnya"

MasyaALLAH



Moral of the story... wahai sahabat2 sekelian... seorang yang tidak menganut islam hanya mendengarnya malah dia tidak memahami apa2 maksudpun dari alunan AL QURAN tersebut masih di beri RAHMAT oleh ALLAH dengan kejayaan dunia... Apatah kita yang memang seorang ISLAM dan dituntut sentiasa membaca AL QURAN... 

Kalau korang tiada masa membacanya kerana alasan sibukpun korang masih ada pilihan untuk mendengarnya... cama tuh? ha~ apa kata beli CD dan buka dalam kereta setiap kali korang pergi dan pulang kerja.... hasilnya korang takkan mampu berenggang dengan SUARA ALUNAN alquran kerana ia sangat mempersonakan... korang tau kan AL QURAN adalah komunikasi ALLAH dengan KITA... ALLAH nak sampaikan amanat, pesanan, amaran, nasihat dan segalanya di sini... sayangkan kalau kita tidak mendengar AMANAT yang ALLAH kasi kat kita...

So, apa kata korang mulakan dengan langkah pertama dengan memberi CD ALQURAN yang hanya berharga RM5-10.00 sahaja... but kesannya sangat menakjubkan...
jom mulakan sekarang

rosmah

Semoga dari kisah ini, dapat menyedarkan kita bahawa AL QURAN adalah KEJAIBAN DUNIA... bakal membawa kejayaan kepada kita di dunia dan pastinya menanti KITA DIAKHIRAT wallahualam

Sekian Terima Kasih



Isnin, 28 November 2011

Golongan wanita mengikut jenis pemakaian mereka


Assalamualaikum wbt.

Saya rasa sangat tersentap dengan cara awek2 cun zaman sekarang berpakaian.Dah memang Allah jadikan wajah perempuan cantik...malah susuk tubuh yang indah..jadi masing2 tak nak kalah lah dalam menonjolkan kecantikan fizikal mereka... aduhai~ sedihnya saya..Tentunya ramai lagi yang bersedih macam sayakan~ atas sebab itu saya nak kongsikan dapatan saya mengenai aurat wanita................Saya kelaskan cara pemakaian kepada 5 golongan

  1.  Free hair dan pakaiannya seksi meksi
  2.  Free hair tapi pakaiannya tak seksi
  3. Bertudung tetapi mak ai seksinya mengalahkan model 
  4. Bertudung dan menutup aurat menurut syarak.....
  5. Berhijab, berpurdah dan berpakaian seperti isteri nabi2
    Agak-agak korang dari golongan mana? Yang mana yang patut korang ikut?


    golongan 1

    golongan no 2.. ini masih dikira tidak bertudung ya kawan2

    golongan 2 sopankan... tapi masih dikira tidak menutup aurat (saja ambik gambar ni kalo ambik gambar wanita ISLAM nanti marah pulak )



    errr..ni golongan 1 dan 3

    ahah~ ni dia golongan 4..comeyyyykan

    Golongan 5

    pakaian isteri-isteri para Nabi
    Sabda Rasulullah s.a.w. : 

    "akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori) 

    Sila ambik perhatian..

    Pendapat pendapat jahil wanita-wanita islam masa kini
    •  Tutup aurat semua, sudah pasti masuk syurga ke..? Kamu Tuhan ke..?
    •  Tudung labuh pun buat dosa mengumpat orang...Walau kami pakai (seksi), hati kami baik...
    •  Pakai jarang ke...ketat ke...itu hak kami. Kalau tak suka, (lelaki) jangan tengok..!!
    • Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang pada individu yang memandang kami. Seksi itu sangat subjektif..
    •  Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa..
    • Salah ke kami pakai macam ni. Tutup aurat itu bagus. Tapi kami tak mahu jadi hipokrit. Ini adalah diri kami yang sebenar...
    •  Suka hati kamilah pakai macam ni. Kami tidak ganggu hidup orang lain...
    •  Apa yang kami buat (pakai) adalah antara kami dengan Tuhan..ALLAH lbih mngthui....
    •  Ini fesyen... tak salah mengikut fesyen...takkan kita mahu ketinggalan zaman..
    • . Kami pakai (seksi) macam ni mengikut arahan photographer/ pengarah filem untuk menyesuaikan dengan scene..apa boley wat...cari rzki....
    •  Bukan kami tidak mahu menutup aurat, cuma masanya belum sampai lagi...tunggu dulu ye.. 
    Sumber:peanut jambu  
    Contoh terbaik saya saya boleh googlekan

    tutup auratmu dengan melabuhkan tudung hingga melepas dada.... ada dalam ALQURAN bukan rekaan saya

    Nota hijab:wanita2 islam please.. matlamat anda tidak akan menghalalkan cara.Jangan bercakap sembarangan bab hukum Allah.. baik korang diamkan dari...takut tak terjawab dalam kubur nanti.....

    Korang tolong fikir yang last ni golongan yang mana ? V(~__^)~

     Sekian Wasalam

    Sabtu, 6 Ogos 2011

    KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


    "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim…bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    IKLAN 3