IKLAN

Memaparkan catatan dengan label IBADAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IBADAH. Papar semua catatan

Ahad, 23 Disember 2012

Ibadah Wanita Haid




Perkara yang  Boleh dilakukan Oleh wanita Ketika datang Haid

haid,wanita,islam,ustaz azhar idrus,cinta,al-quran,mati,ibadah



1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain
Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Wallahu a’lam.



Rujukan;
1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Rabu, 19 Disember 2012

Kenapa Perlu Bersolat?



 Assalamualaikum wbt.

Solat adalah Tali hubungan yang kuat antara hamba dan tuhannya.Hubungan yang mencerminkan hinanya hamba dan agungnya TUHAN

Solat bermaksud DOA 
dan
Solat juga adalah ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam dengan aturan dan niat tertentu

Kenapa perlu bersolat?sedikit kupasan yang saya perolehi daripada sebuah blog

solat, sujud, kiamat,mungkar nakir

1-Kerana  Solat Adalah Hasil Rumusan Segala Arahan Agama.
2-Bersabar Atas Solat  Merupakan  Arahan Allah.
3-Kerana Solat Diantara Rukun Islam.
4-Kerana Solat A dalah Tiang Agama.
5-Kerana Solat Menjadi Petunjuk Kepada Segala Nabi-Nabi Dan Utusan Allah.
6-Kerana Ianya Lambang Islam Dan Membezakan Antara Islam Dan Bukan Islam.
7-Mengeluarkan Kita Dari Lingkungan Atau Persekitaran Dosa.
8-Dapat Menyucikan Dosa Di Hadapan Allah SWT.
9-Kerana Allah Tidak Menerima Amalan Soleh Dari Mereka Yang Meninggalkan Solat.
10-Kerana Solat Dapat Menarik Pertolongan Daripada Allah SWT.
11-Kerana Solat Adalah Pakaian Islam-Terdapat Riwayat Dalam Hadis.
12-Kerana Solat Adalah Pesanan Terakhir Dari Rasulullah Sebelum Baginda Wafat.
13-Dapat Menjadi Benteng Daripada Melakukan Perkara Maksiat.
14-Amalan Pertama Akan Disoal  Pada Hari Kiamat.
15-Kerana Solat Adalah Amanah Daripada Allah Dan Sesiapa Menjaganya Akan Mendapat Perlindungan Daripada Allah Azzawajal.


 Tidak ada kesusahan atau (bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin ALLAH dan sesiapa yang beriman kepada ALLAH, maka ALLAH memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku dengan hati yang tenang dan sabar).dan (ingatlah!)ALLAH maha mengetahui akan tiap2 sesuatu
Surah AT_TAGHABUN :11

Bersabarlah wahai saudara-saudaraku :)

Isnin, 1 Oktober 2012

Jangan membazir Ketika berwuduk

Assalamualaikum wbt sahabat2 sekelian

Isu kali ni yang saya nak ketengahkan adalah sangat remeh pada pandangan kita.Ianya berkaitan dengan pembaziran air yang keterlaluan ketika ingin mengangkat wuduk.Pembaziran kita ini adalah disebabkan di MALAYSIA tidak berlaku krisi air yang teruk, dan kita tiada masalah untuk mendapatkan air , betul tak?

Mengangkat wuduk sebenarnya adalah meratakan air pada anggota-anggota yang wajib.Tetapi realiti hari ini rata-rata dikalangan kita membasuh anggota badan ..sehingga bertimba-timba air dibazirkan sedangkan Islam melarang kita membazir apatah lagi untuk tujuan IBADAH.... 


Untuk penerangan lanjut jom baca hadis ni


Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad)
 
Ulasan Hadis:
1.        Melalui hadis ini, jelas kepada kita bahawa Rasulullah SAW melarang daripada melakukan pembaziran ketika berwuduk. Bagaimana pembaziran yang dimaksudkan di dalam berwuduk?
 
2.        Kebanyakan daripada kita selalu buka pili laju2 ketika ambil wuduk, sehingga basah pakaian, sepatutnya kita hendaklah mengelakkan pembaziran. Buka air perlahan ketika mengambil wuduk dan insyaALLAH boleh sempurna. Jangan membazir kerana membazir itu amalan syaitan!
 
3.        Sebenarnya kerana kejahilan, kita tidak rasa kita sedang melakukan dosa. Dosa membazir, ALLAH sudah menyatakan dalam Al-Quran. Membazir itu saudara syaitan. Hamba ALLAH yang membazir termasuk melakukan dosa kerana membazir dan ia sudah pasti menjejaskan tumpuan dan khusyuk ketika solat. Kerana solat yang khusyuk itu bermula daripada keadaan wuduk yang dilakukan dengan baik.
 
4.        Wuduk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama 'mengotorkan' dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan ini.
 
5.        Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. 

6.        Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezki yang datang daripada ALLAH SWT ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepetutnya. 

7.        Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita, jangan sampai perkara pahala bertukar menjadi haram disebabkan kelalaian kita terhadap urusan agama. WALLAHU’ALAM.




Sumber 

Jumaat, 24 Ogos 2012

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL



Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.


Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.


Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

http://www.facebook.com/ansuranumrah


Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.


Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.


Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.


Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.


Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.


Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.


Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.
 
SUMBER 

IKLAN 3