IKLAN

Memaparkan catatan dengan label HUKUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HUKUM. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Februari 2013

Halal dan Haram:Hadis 40

 

 

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ((إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَ إِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَ بَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَ عِرْضِهِ، وَ مَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَ هِيَ الْقَلْبُ


HADIS KEENAM

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”





Pokok Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah.syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah – dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.

4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis – aqal terletak dihati)
hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.


Pengajaran hadis:

  • Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnyamelakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
  • Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.
  • Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
  • Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yanglain.

Sabtu, 17 Mac 2012

Hukum Menghilangkan bulu kaki dan tangan

 Assalamualaikum wbt

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya mengenai hukum menghilangkan bulu kedua kaki dan tangan....

Dan jawapannya: Jika bulu tersebut lebat, maka boleh menghilangkannya kerana kelihatan menjijikkan

  • Sebahagian ahli ilmu berkata , tidak dibolehkan menghilangkannya kerana termasuk dalam kategori mengubah kejadian ALLAH swt.
  • Ada pula sebahagiannya berpendapat boleh menghilangkannya kerana termasuk dalam perkara yang didiamkan oleh Allah.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud"Apa yang telah ALLAH diamkan maka hukumnya adalah dimaafkan"...maksudnya , tidak wajib juga tidak diharamkan bagi kamu.
  • Sebahagian ahli ilmu pula berkata bulu terbahagi kepada 3
    • Bahagian 1:Diharam dihilangkan cth janggut lelaki dan alis perempuan
    • Bahagian 2:Diperintah dihilangkan cth bulu ketiak, rambut kemaluan dan misai bagi lelaki
    • Bahagian 3:Didiamkan : iaitu ALLAH tidak mengkehendaki kewujudannya

Sumber:1001 soal jawab wanita dan agama
Terbitan Ana Muslim Publication

Rabu, 14 Mac 2012

Hukum memakai pendakap gigi

Assalamualaikum wbt

lamanya saya tak menulis dalam blog TEBU MANIS...kebanyakannya copy paste mana2 entry yang saya anggap akan memberi manafaat kepada kita semua.Saya harap kawan2 dan semua pembaca mendapat sedikit manafaat dari entry2 saya yang terdahulu

Alhamdulillah akhirnya Allah telah memberi saya ruang dan sedikit ilham untuk saya mencari sesuatu yang boleh saya ceritakan dan kemudian bolehlah kita fikirkan bersama2 perkara yang saya utarakan ini...INSYAALLAH

 Braces atau pendakap gigi kini sangat popular dan sudah menjadi trend bukan sahaja kepada golongan remaja malah kepada orang dewasa.Kalau kita lihat ramai telah menggunakan pendakap gigi untuk tujuan membetulkan kedudukan gigi dan mungkin juga untuk tujuan kecantikan.....Agak2 adakah kita sudah merujuk kepada ulamak2 boleh tak kita memakainya?

Ini sedikit dapatan saya mengenai hukum memakai braces dan lepas tu jom kita renung2kan apakah wajar kita menggunakan braces...kot2 pada masa depan ada dikalangan ahli keluarga kita ingin memakai braces dapatlah anda memberi nasihat kepada sipemakai tersebut.... mudah mudahan apa yang kita lakukan mendapat redha ALLAH swt

Hanya contoh

Rasulullah SAW bersabda: Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang minta disambungkan rambut, perempuan yang bertatu dan yang minta ditatu, perempuan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya, dan perempuan yang mencabut bulu muka dan bulu kening. (Al-Bukhari dan Muslim).

 Rasulullah SAW juga pernah melaknatnya, seperti tersebut dalam hadisnya:
“Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang disebut ‘al-Falaj’, iaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, agar kelihatan sedikit jarang.. Kemudian dia meletakkan sesuatu di celahan gigi itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap suatu penipuan dan berlebih-lebihan dalam berhias yang sama sekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend’ Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik.

Hadis ini secara umumnya menjadi hujah untuk menyatakan bahawa memakai pendakap gigi adalah sesuatu yang terlarang. Namun, ilmuan Islam telah membahagikan hukum pemakaian pendakap gigi kepada dua hukum, harus dan haram.

 Jika dirujuk kepada umum hadis, ianya telah sabit keharaman sekiranya apabila ia dilakukan semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan wajah lebih menarik. Imam an-Nawawi Rahimahullah menyebutkan sebab atau ‘illah diharamkan kerana adanya unsur di atas,  khasnya kerana kecantikan. Tetapi jika dilakukan kerana keperluan perubatan,  atau terdapat cacat pada gigi atau yang seumpamanya, tidaklah mengapa. (Syarah Sahih Muslim: 7/361).

Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.  Contohnya memakai pendapat gigi agar  kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan:  Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya,  samaada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan haru sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas.

 Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Dr. Yusuf al-Qaradawi berkata:    Seandainya orang tersebut mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang  boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, tidaklah berdosa untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya.  Ini kerana Allah tidak menjadikan agama untuk kita dengan penuh kesukaran (Al-Halal wal Haram Fil Islam).

Ia juga dibenarkan untuk dilakukan apabila untuk memperbaiki kedudukan gigi yang berubah selepas berlakunya kemalangan.  Kumiti fatwa pimpinan Dr. Abdullah al-Faqih menyatakan: Tidak salah untuk memakai pendakap gigi jika ia bertujuan untuk membetulkan kedudukan gigi ketempat yang asal selepas berlakunya kemalangan (islamweb.net, fatwa no: 88719).

Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal al-Moulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan.

Sebenarnya tujuan pemakaian pendakap gigi  bukan bertujuan hanya semata-mata untuk mencantikkan. Fungsi asal pendakap gigi bukan bertujuan untuk menjarangkan gigi atau mencantikkannya. Tetapi lebih kepada memudahkan fungsi gigi itu sendiri yg mungkin sebelum ini bengkang-bengkok yang memungkinkan berkumpulnya bakteria atau gigi tak tersusun yang mana mengakibatkan makanan selalu terlekat.

Antara contoh lain tujuan pemakaian pendakap gigi ialah bagi mengelakkan gigi bawah yang tergigit langi-langi yang boleh menyebabkan ulser. Begitu juga gigi yang terbuka yang boleh mempengaruhi  fungsi pengahadaman. Ada juga gigi yang berlapis sehingga berlaku ketidaksempurnaan ketika meberus gigi dan mengakibatkan masalah gusi dan bau mulut. Malah ada gigi yang kelihatan jongang yang bersangatan sehinggakan menimbulkan keaiban kepada dirinya.

Sekiranya berlaku kes-kes sedemikian, maka Islam tidak melarang mana-mana insan yang berusaha menghilangkan kecacatan dengan pemakaian pendakap gigi. Ini sesuai dengan garis panduan yang telah difatwakan oleh Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi :

“Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya akan dapat menjijikkan pandangan, maka waktu itu tidak berdosa kepada mereka yang berbuat demikian untuk tujuan menghilangkan penyakit yang bersarang dan mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran. (Al-Mar’ah Bainal Baiti Wal Mujtama’: halaman 105)
Maka disini, hukum pemakaian pendakap gigi berkait rapat dengan niat ataupun tujuan si pemakai tersebut. Berdasarkan Qawaid fiqh: Al-Umur Bimaqasidiha (Segala sesuatu tergantung kepada tujuannya).

Sepertimana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengkehendakki pahala dunia Kami berikan pahala itu dan barangsiapa mengkehendaki pahala akhirat Kami berikan pahala itu. Dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:145)

Juga hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“Hanyasanya setiap amalan itu dengan niat, dan hanyasanya setiap orang akan meperolehi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya iu kepada Allah dan RasulNya….” (Bukhari dan Muslim)

Apa yang disebutkan di atas tidaklah hanya terikat pada isu memakai pendakap gigi sahaja. Bahkan ia berkait rapat dengan semua aspek untuk mencantikkan tubuh atau melakukan pembedahan keatas tubuh badan. Yang  hanya dibenarkan ialah apabila ia dilakukan untuk menghilangkan keaiban yang benar-benar mengaibkan, atau untuk kesihatan dan menghilangkan kesukaran yang timbul atas kecacatan tersebut,  ataupun ia dilakukan untuk mengembalikannya kebentuk asal kerana kecacatan tersebut timbul selepas berlakunya kemalangan.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan dan menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang. Selain daripada isu pendakap gigi,  isu-isu lain yang perlu diambil perhatian sepertimana di dalam hadis di atas ialah isu mencukur kening. Hukum asalnya adalah haram kecuali jika kening tersebut benar-benar mengaibkan seperti dua kening yang bersambung, atau pun kerana ia menganggu penglihatan contohnya bulu mata yang terlalu panjang sehingga mengganggu mata.

Ada pun semata-mata untuk kecantikan,  menipiskan, atau menjadikan diri lebih menarik, ia sesuatu yang terlarang.

Semoga ada manafaatnya kepada kita...Wallahualam

Sumber:Imam Muda Asyraf

Rabu, 28 Disember 2011

Kenapa Islam tidak boleh mengucapkan Selamat Hari Krismas

Assalamualaikum wbt

Lamanya x sempat update blog... Tebu Manis dan Strawberi Susu sunyi dari sebarang entry... so akan sudah pastilah blog saya sunyi tanpa  tetamu juga ....

Bukannya apa saya sangat sibuk  dengah bisness fotostat... banyak terima bisness so...saya terpaksa lupakan blog sekejap :(

Saya nak share something yang ..... emmmm maybe kawan2 semua dah tahu... may be tak tahu...Apa yang saya nak sampaikan ni adalah mengikut versi saya yerrrr... may be ada yang tak setuju... may be jugak ada yang akan kata saya ni sangat konservatif... dan terlalu kuno....

Apa2pun sila baca sampai habis dulu

David: Morning.. what a great day..
Muslim: Morning.. so, hows ur Christmas?
David: Great.. will be enjoying very soon...
Muslim: Good..
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: But why?
Muslim: Seems like we can't stop u to drink liquor, but we can't drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: Can you confess our confession of faith? (syahadah)?
David: No!..Cannot!.. It will effect my faith..
Muslim: But why? just a word..:) say it.. :)
David: Now i am understand :)
So,korang faham tak mak dialog kat atas tu?.... kurang faham? ooo okayyyyy korang tengok kat bawah ni pulak



Harap2 semakin jelas ya.... sama ada memberikan ucapan MERRY KRISMAS pun berkemungkinan menggugurkan shahadah kita.... bagaimana kalau kita meraikan perayaan krismas bersama penganutnya.......tentu-tentulah salah...........

Ini sedikit lagi pendapat yang kita boleh kongsi.. semoga ia beri manafaat kepada kita semua wahai saudara SEISLAM ku

sumber: internet dan facebook

Sekian daripada saya... wasalam

Selasa, 11 Oktober 2011

KENCING BERDIRI

Assalamualaikum wbt

 Agak2 apa hukum buang air/kencing berdiri dalam Islam?


Apa yang dipraktikkan oleh RASULULLAH saw?

IKLAN 3