IKLAN

Khamis, 1 Ogos 2013

Cara mengetahui lailatul qadar mengikut Iman Al-Ghazali

Assalamualaikum wbt




كَانَ رَسُوْلُ اللهِ يَجْتَهِدُ فِيْ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهِ  رواه مسلم
Rasulullah saw. bersungguh-sungguh dalam sepuluh hari akhir bulan Ramadhan, hal yang tidak beliau lakukan pada bulan lainnya.”Dalam shahihain disebutkan, dari Aisyah rah. :
lailatul qadar



Menurut Imam Al Ghazali, Cara Untuk mengetahui Lailatul Qadar bisa dilihat dari permulaan atau malam pertama bulan Ramadhan :

1. Jika hari pertama jatuh pada malam Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam tanggal 29 Ramadhan

2. Jika malam pertama jatuh pada malam Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21 Ramadhan

3. Jika malam pertama jatuh pada malam Khamis maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25 Ramadhan

4. Jika malam pertama jatuh pada malam Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23 Ramadhan

5. Jika malam pertama jatuh pada malam Selasa atau Jumat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 Ramadhan.

malam lailatul qadar


Menyetujui kaedah ini, bererti malam Lailatul Qadar jatuh pada malam Rabu, 6 Ogos 2013 atau malam 29 Ramadan 1434 H, kerana awal Ramadhan adalah malam Rabu, 10 Julai 2013. Allahu A'lamu bi Muradihi...
Kaidah ini tercantum dalam kitab-kitab para ulama termasuk dalam kitab-kitab fiqih Syafi’iyyah. Rumus ini teruji dari kebiasaan para tokoh ulama yang telah menemui Lailatul Qadar. Formula ini diceritakan Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin; juga terdapat dalam kitab Hasyiah Sulaiman Al Kurdi juz hal 188; kitab Tafsir Shawi; kitab I’anah at-Thalibin II/257; Syaikh Ibrahim al Bajuri dalam Kitabnya Hasyiah 'Ala Ibn Qasim Al Ghazi juz I halaman 304; as Sayyid al Bakri dalam Kitabnya I'anatuth Thalibin Juz II halaman 257-258; juga kitab Mathla`ul Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathoni.


Jangan jadi hamba Ramadhan atau Hamba Lailatul Qadar kerana kedua-duanya akan hilang, tetapi jadilah hamba kepada Allah kerana Allah kekal abadi.Allah lebih mengetahui

Tiada ulasan:

IKLAN 3