IKLAN

Isnin, 30 September 2013

Kamu yang pertama -- Kupasti mengingati dirimu ini

Assalamualaikum

yuhuuuu , pe kaba semua sahabat2--
dah break your first meal? belum ehhh--
jangan lupa sarapan awak2
takut isnin berlalu sepi-- ececeh
takut Isnin menjadi hari yang gelap--
padahal isnin hari yang hebat --dimana CINTA HATI kita lahir
namanya Muhammad SAW--
ya kan--
 So please jadikan snin menjadi tangga mula yang buat kita 
mahu memanjat tangga2 hari seterusnya dengan penuh spirit and full of enegy--


berlari mengejar


thats my intro
dan nasihat saya, jangan lupa start our day dengan solat Dhuha, selawat pada Mr Love kita,
zikir dan baca AL Quran--
Itulah rutin terhebat yang perlu kita laksanakan day by day so that
We can be the one who loved by ALLAH--
Inshaa ALLAH


dari kita ingat yang merepek2 baik kita ingat manusia2 hebat yang--bisa mencetuskan cinta kita pada RABB kita--Ceritanya -- moh kenali mereka yang pertama iniCekidaud
wira islam



30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 


1. Orang yang pertama menulis Bismillah -- Nabi Sulaiman AS
2. Orang yang pertama minum air zamzam-- Nabi Ismail AS. 
3. Orang yang pertama berkhatan-- Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat -- Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat -- Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah -- Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat -- Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam -- Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah -- Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam-- Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW --Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki -- Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita -- Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran --Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah -- Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan-- Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW -- Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW --Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah -- Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW -- Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW --Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh -- Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam-- Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam --Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam -- Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal -- Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW -- Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah -- Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry -- Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga --Nabi Muhammad SAW. 



ketenangan dan kebahagiaan


Tudia ramainya yang pertama
ingat sorang ja-- heeee
Mengingati orang yang hebat bisa memberi inspirasi untuk kita menjadi seperti mereka
Kalau tak menjadi yang pertama pun tapi at least--
Menjadi yang baik-baik--
Mungkin dimulut - kita luahkan yang kita tak baik sangat orangnya
tapi sudut terdalam hati kita menyatakan--
"Aku nak jadi baik"


uai 2014


Oleh kerana itu--
buatlah kebaikan banyak2
Moga2 dalam banyak kerja buat Kita
Allah nampak dan kesiankan kita , tuk dicampakkan dalam api
Amin

Selamat pagi sahabat

-- catatan hamba Allah yang ingin jadi baik--
#tebumanis78#



SYUKRAN JAZILAN

1 ulasan:

Nurul Ashikin berkata...

Alhamdulillah
telah ku singkirkan ia kekeke : bukan manusia

IKLAN 3