IKLAN

Selasa, 1 Oktober 2013

Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (Sains tahun 4)

Assalamualaikum--

Kssr sudah mencapai umur 3 tahun dan bakal--
Melewati usia 4 tahun awal tahun hadapan--
Ini beerti para murid tahun 3 (kumpulan pertama kssr)
akan meneruskan pengajian mereka tahun hadapan--
dalam tahun 4 iaitu tahap 2 mengajian mereka 
di sekolah rendah

Terdapat sedikit pembaharuan dalam dokumen kssr yang dibentangkan
kepada guru2 yang terlibat--
3 tahun yang lepas, guru hanya diperkenalkan dengan dokumen
Standard pembelajaran (SP) dan Standard Kandungan (SK)
Tapi untuk 2014 satu lagi dokumen diperkenalkan iaitu
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang di dalamnya mempunyai SK dan SP
Guru hanya perlu merujuk  DSKP kelak --  Its great for all teacher


sains tahun 4



Kelihatannya--DSKP yang diperkenalkan meringankan--
beban guru kerana no more band untuk murid--
Maknanya terdapat satu lagi cara pentaksiran
baru yang akan diperkenalkan --
Iaitu menggunakan tahap penguasaan sebagai cara mentafsir dan mengukur kebolehan pelajar
Ianya masih dalam bentuk numbering iaitu 1-6
Dimana skala 1 menunjukkan murid tahu manakala
skala 6 menunjukkan murid tahu,faham,dan boleh buat dengan beradab dan mithali
Guru tidak perlu lagi menggunakan  sistem sppbs -- (kepada pelajar tahun 4-6)
Untuk tahun 1 hingga 3 sppbs masih lagi diteruskan

Saya semakin jatuh cinta dengan kssr kerana kurikulum ini
tidak meng-anak-tirikan murid yang kurang berkebolehan

kurikulum standard sekolah rendah





Guru masih boleh membantu murid menguasai setiap satu daripada
topik yang diajar dalam setiap matapelajaran
Walaupun kerja guru menjadi semakin rumit
namun setelah 3 tahun bergelumang dengan kssr especially
subjek sains saya dapati tiada lagi diskriminari antara pelajar
pandai dengan yg kurang pandai

Untuk subjek sains
pentafsiran masih mengutamakan Kemahiran proses sains (KPS)
dan kemahiran manipulatif sains (KMS) 


jpn perlis
Kursus ini Dianjurkan oleh Unit Sains, Sektor Akademik JPN Perlis yang diketuai oleh puan Zaiton Minhat

KPS
memerhati,mengelas,mengukur menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi,menggunakan perhubungan ruang dan masa,mentafsir data,mendifinasi secara operasi,mengawal pembolehubah,membuat hipotesis,mengeksperimen

KMS

  1. Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul
  2. Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat
  3. melakar spesimen,peralatan dan bahan sains dengan betul
  4. membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul
  5. menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat
Yang terbaru dimasukkan dalam Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) ialah peraturan bilik sains

Next entry saya akan bedah topik yang akan dipelajari oleh murid tahun 4 2014 berdasarkan DSKP

SEKIAN
--bedahsiasat DSKP KSSR --
#tebumanis78#












SYUKRAN JAZILAN
Lepas baca jangan lupa like na-- errrmm lagi tinggalkan komen ya~ 

Tiada ulasan:

IKLAN 3