IKLAN

Jumaat, 2 September 2011

PETUA KALAU NAK KAYA


 Semua  orang nak kaya? yeke? Bukan setakat kaya wang tapi kaya semangat, kaya kasih sayang, kaya keredhaan dan etc.Tajuk kat atas tu sebenarnya cuma gempak ja..Apa yang saya nak bgtau kat sini adalah cara2 untuk meluaskan rezeki yang kita terasa sangat sempit......Saya dah amalkan petua ni...alhamdulillah memang menjadi...tapi yang penting ikhlas, redha dan yakin pada ALLAH...dan nanti lihatlah hasilnya? korang akan mengucap syukur banyak2 kerana Allah memang MAHA PembeRI..apa petuanya? JOM LAYAN!!!! baca dulu


Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: "Kalau kau
rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa
itulah masa paling sesuai untuk bersedekah." Dia menyambung "Kalau kau
sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa
tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki"

Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka
wallet ada rm2 saya sedekahkan rm1. Kalau ada rm40 saya sedekahkan rm10.
Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak
pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah,
kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah
permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga
amalan kawan saya.


Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident
kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang.
Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat
dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah
berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak
kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.


Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya
terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti
biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas.  Gaji seperti biasa, tapi
seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari
sumber yang kita sendiri tak sangka. Ianya bukan saja berbentuk duit ia
saperti kesihatan, kemudahan menerima ilmu utk dunia & akhirat.


"Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka
pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan
sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja
harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya
dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya."


(Surah al-Baqarah, ayat 272).

Hadis dari Abu Hurairah yang diriwayatkan Al-Bukhari bahwa seseorang
berkata kepada Nabi saw., "Sedekah yang mana yang lebih utama itu?" Nabi
bersabda, "Engkau bersedekah dalam keadaan senang (shahih) dan
berkeinginan (harish)."


Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari 'Uqbah ia mendengar Rasulullah
bersabda, "Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga
ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat."


Saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar
memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada
hamba-hambaNya yang bertaqwa & permurah .

Sekadar utk berpesan. Semoga ada manfaat.

3 ulasan:

✿ cik pieQa ✿ berkata...

oh sangat terbaek. thumbs up :)

♥ Nana BamBam ♥ berkata...

nanti boleh sedekah sikit duit raya kat anak saudara sepapat saya? hahahha

gurau je... :P

semutsengal berkata...

Err,

nice weh =)

IKLAN 3