IKLAN

Selasa, 30 Ogos 2011

syyy jangan bagitau kat orang

 Assalamualaikum wbt..Salam EID ALMUBARAK to all

 Semoga semuanya gembira meraikan hari kemenangan kita berpuasa ....... mudah mudahan latihan menahan segala jenis nafsu berjaya mendidik kita menjadi muslimin dan muslimah sejati.

back to our bisness... Ada perkara yang perlu kita war2kan dan ada yang perlua kita buat secara diam2..kenapa ek?

 Perintah Allah supaya kita diam2 melakukan ibadah adalah kerana supaya apa yg kita lakukan adalah semata2 kerananya dan tiada sebab lain ... Ini akan menjadikan kita lebih zuhud dan ikhlas... apapun teruskan bacaan kita sampai ke nokhtah... nsyaALLAH kita akan sama2 dapat manafaat

Dirawayatkan dari Nabi s.aw:

Apabila sudah hari kiamat, maka datanglah suatu kaum yang bersayap seperti sayapnya burung dan mereka terbang diatas dinding-dinding syurga.


Penjaga syurga bertanya kepada mereka: Siapakah kamu sekelian?


Mereka menjawab: Kami semua adalah dari umat Nabi Muhammad s.a.w.



Penjaga syurga bertanya: Apakah kamu mengetahui hisab?

Mereka menjawab: Tidak


Kemudian penjaga syurga bertanya lagi: Apakah kamu tahu titian (siraathal mustaqim)?


Mereka menjawab: Tidak


Penjaga syurga bertanya lagi: Dengan apa kamu mendapat darjat yang tinggi ini?


Mereka menjawab: Kami telah beribadat kepada Allah dengan cara diam-diam di dunia, maka kami dimasukkan ke dalam syurga di akhirat dengan diam-diam juga.


(Zabdatul Waa'izdiina)


nak mudah masuk syurga? jangan bising2 kalau beribadah tau :) 

1 ulasan:

Norgadis Labuan berkata...

Lemang ketupat biskut pun ada, meriah raya bersahut merdeka, dipohon maaf sahabat semua,
agar tiada hati terluka.

IKLAN 3