IKLAN

Selasa, 3 Mei 2011

TAKLIMAT SETIAUSAHA PEPERIKSAAN MENGENAI PBS

Assalamualaikum... how re u guys? sepanjang hari ni saya menghadiri taklimat di PSPN Perlis... taklimat yang merangkap kursus ini bertujuan mendedahkan SETIAUSAHA PEPERIKSAAN dengan cara memasukkan MARKAH pelajar berdasarkan PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH atau dikenali sebagai PBS

PBS diperkenalkan untuk menggantikan PPSMI yang bakal dimansuhkan tak lama lagi.Jadi pemarkahan adalah 40% diberi oleh guru-guru di sekolah manakala 60% lagi berdasarkan PEPERIKSAAN AWAM iaitu UPSR.Peperiksaan PMR akan dimansuhkah tetapi peperiksaan SPM masih diteruskan. So tujuan saya menghadiri taklimat itu adalah mempelajari bagaimana menguruskan pemarkahan 40% yang akan diberi kepada pelajar.Untuk tahun 2011 hanya pelajar tahun 1 terlibat kemudian tahun- tahun seterusnya kepada pelajar tahun 2 hingga 6.

Sistem yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan sangat mesra PENGGUNA. untuk mendaftar pelajar, saya hanya perlu memasukkan no MY KID pelajar .. maklumat lengkap akan terus dipaparkan.Ini adalah kerana sistem ini telah disambungkan dengan JABATAN PENDAFTARAN MALAYSIA..Sisitem ini saya anggap canggih dan sangat mudah digunakan.Walaupun belum menggunakan sepenuhnya namun Pihak Lembaga banyak bertanya sekiranya timbul masalah kepada kami, iaitu SETIAUSAHA PEPERIKSAAN.Bagusnya bila bekerja dengan organisasi yang sangat profesional.

Kebanyakan peserta kelihatan memahami penerangan ENCIK AZMAN iaitu pegawai dari LPM atau LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA.ucapan setinggi tahniah kepada JPN dan LPM atas usaha memartabatkan sistem pendidikan yang BERTEKNOLOGI dan UP TO DATE

Tiada ulasan:

IKLAN 3