IKLAN

Khamis, 5 Mei 2011

DISIPLIN PELAJAR, DI MANA SILAPNYA?

 Diantara faktor-faktor yang menyumbang kepada permasalahan pelajar ialah rumah,persekitaran, rakan sebaya dan media massa namun faktor yang terpenting ialah ibu bapa

Ibu bapa zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya masing-masing.Kuantiti masa mereka adalah  sangat terhad.Ada yang hanya dapat bertemu dengan anak mereka pada waktu malam sahaja.Jadi kanak-kanak tersebut membesar tanpa kawalan dari ibu bapa. Mereka bebas membuat keputusan tentang apa yang mereka ingin lakukan tanpa perlu merujuk kepada kebenaran ibu bapa masing -masing. Antara aktiviti popular yang menjadi pilihan kanak-kanak ialah bermain video game,play station, melayari internet dan berkawan dengan sesiapa sahaja yang mereka inginkan.Aktiviti tersebut akan membentuk sikap mereka pada masa akan datang

.Mereka akan menjadi orang yang agresif,suka berkhayal, nakal,dan menjadi kanak-kanak yang suka memberontak.Kebiasaannya sikap mereka yang suka memberontak diterjemahkan melalui perlakuan agresif mereka di sekolah.Ini adalah kerana di sekolah terdapat ramai kawan-kawan dan mereka boleh menunjukkan kehebatan meraka dihadapan kawan-kawan.Diantara pelajar yang menjadi mangsa tunjuk perasaan mereka ialah kanak-kanak yang lemah dan tidak melawan.Dia akan menjadi bahan untuk dibuli .

Menurut pemerhatian saya kanak-kanak tersebut juga gemar merosakkan peralatan sekolah contohnya merosakkan kerusi meja, menendang pintu, merosakkan pasu,meletakkan cap tapak kasut pada simen dan lain -lain lagi

Perbuatan kanak-kanak sekolah rendah yang saya tidak dapat bendung ialah membuang sampah di dalam bilik darjah.Bilik darjah mereka dijadikan tapak pembuangan sampah.Buku-buku latihan dikoyak dan dijadikan kapal terbang kertas dan ada yang sengaja menconteng dan kemudian menabur kertas-kertas tersebut di merata pelusuk kelas.

Pendek kata sikap kanak-kanak tersebut adalah kerana keinginan mereka melakukan perkara-perkara baru tanpa memperdulikan kesan kepada orang lain







Tiada ulasan:

IKLAN 3