IKLAN

Memaparkan catatan dengan label uai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label uai. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Ogos 2012

Nasihat baik 2

Assalamualaikum wbt




Kadang-kadang ada binatang yang menghampiri kita seperti dirumah kita itu sebenarnya untuk menguji kita, samada bersyukur dengan nikmat Allah atau tidak... Juga sebagai menguji keimanan seseorang itu... Perbanyakkan amal kebajikan lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan ini... Berilah makan pada mereka dari tangan-tangan kalian, agar menggugurkan dosa-dosa tangan yang terlampau banyak...
Sesungguhnya Allah Amat Kasih Kepada HambaNya Yang Sentiasa Mengasihi MakhlukNya Yang Lain...
 
 
Banyaknya Binatang Pada Hari Ini Tidak Takut Pada Manusia... Kerana Kebanyakan Manusia Itu Tidak Takut Pada Penciptanya...
 
Sesungguhnya Dalam Suatu Hadis Nabi Muhammad SAW Bersabda, "Aku Berbangga Pada Hari Akhirat Kelak Kerana Aku Mempunyai Paling Ramai Umat"... Lalu Apakah Kita Semua Mahu Nabi Berbangga Dengan Ramai Umatnya Yang Di Antaranya Terdiri Dari Kalangan Kita, Sedangkan Kita Semua Tidak Seperti Umat Yang Disangka-Sangkakan Oleh Baginda SAW...
 
 
Sumber:Dipetik dari kata2 ustaz Azhar Idrus
 
 
 
 

Rabu, 22 Ogos 2012

Amalan Sambutan Raya yang disarankan dalam Islam

Assalamualaikum 

Semoga EID  MUBARAK kali ini akan lebih mendekatkan kita dengan pencipta kita. :)














Sumber:Facebook Ustaz Azhar Idrus

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Pengadang Baru

Assalamualaikum..

Nota kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus  di Masjid Pengadang Baru. (11/07/2012)

- Kitab Hidayatul Sibyan -


Perkara sunat selepas solat
1. Perkara sunat yg dilakukan selepas solat jika tak buat tak dosa pun,oleh kerana dosa kita ni byk maka kita buatlah..sekurangnya boleh ringankan dosa kita.

2. Sunat berwirid bersama imam sampai habis,tak wajib..tp hormatilah majlis. Nak baca wirid sendiri pun tak salah tp jgn la baca dgn kuat,baca dgn perlahan je..

3. Kalau ada kerja boleh b'wirid semasa bgn dr tempat solat selepas selesai berjemaah dgn imam.

4. Sunat letak tangan kanan atas ubun-ubun dan dibaca doa,dan lurutkan tangan ke muka,kata ulama ubun-ubun adalah 1/4 dari kepala..

5. Sapu muka ada khilaf,ada ulama kata sunat dan ada jugak yg kata tidak..sapu atau tak solat tetap sah.

6. Orang lenim byk ceduk ilmu agama dari laman web,blog dan facebook,sampai t'sorok hukum yg ada dlm kitab-kitab lama..pahtu hentam pulak hukum orang yg sapu muka lepas solat,kata bidaah.

7. Perkara kecil yg khilafiyah dan tidak dicela syarak mereka pakat hentam,perkara besar mcm hukum hudud mereka senyap je..jadilah ulama kerajaan sekular..

8. Ulama sekular ni sesat,marah pulak bila dgr Parti Ikhwanul Muslimin Mesir menang pilihanraya..dikatanya parti ini parti komunis.

9. Doa yg dibaca atas ubun ini utk elakkan keluh kesah dlm kehidupan,rasa tak puas hati dan dukacita..b'dukacita dgn ujian Allah ni Allah tak suka,tp kalau b'dukacita bila umat islam ditindas tak mengapalah..

10. Jangan berdukacita dgn perkara dunia,walaupun kita ni susah tp masih ada lg orang yg lebih susah dari kita. Dunia adalah penjara bg orang yg beriman.

11. Kalau dunia ni utk org yg beriman maka tok imam dan tok bilal lah jd org yg paling kaya.

12. Tok bilal yg azan 5 kali sehari dpt bayaran kecik je..kalu penyanyi nyanyi 1 lagu je pn,dibayar ribu-ribu.

13. Dunia ini adalah syurga utk orang yg tak beriman dan lawan islam..

14. Wirid dan zikir yg dibaca lepas solat tak mengapa nak baca yg kita sendiri atau yg diajar ulama,tp yg t'baik adalah wirid yg diamalkan Rasulullah.

15. Jgn ngaku la zikir kita ni yg t'baik,zikir guru kita yg t'baik..kerana yg t'baik itu dtg dr nabi.

16. Nabi tidak pernah m'baca wirid yg sama tiap kali solat..jd ikutla nak baca wirid yg mane dulu,buleh belaka..

17. Boleh b'tasbih sbyk 11 kali atau 33 kali,semuanya ada sandaran..tiada ulama yg larang.

18. Nak wirid panjang-panjang pun lg bagus,tp hayatilah wirid yg dibaca itu. Gunakan dlm kehidupan,jgn takut pada orang..ni sapa nk gi kuliah pun takut,bimbang kne potong nama,rezeki kita Allah dah jamin..semua rezeki datang dariNya.

19. Islam ini ibarat roda,kadang diatas kadang dibawah..susah atau senang biarlah tetap b'sama islam.

20. Kita bertuah kerana tak dilahirkan pada zaman Nabi,belum tentu kita ni akan jd sahabat Nabi kalau ada pada masa tu..kena molek jd orang Abu Jahal.

21. Ni gok sapa nok dekat ngan ustaz-ustaz pun takut,nak minum air b'same pun bimbang..takut kena tukar,gaji seribu dua je padahal,orang jual kat pasar malam lg mahal gaji dari mu,tak takut pun.

22. Sesuatu rezeki itu belum tentu jd milik kita,kena molek yg ada dalam perut dah pun blh muntah keluar lg,mu nak bimbang mende kalu rezeki tu dah memang tetap utk mung..rezeki-rezeki ni adalah perkara yg beri manafaat utk kehidupan.

23. Kaya tak salah,kaya jugak tak jahat..tp yg jahat itu adalah perbuatan manusia itu sendiri. Kaya tp cari agama lg baik daripada miskin tp tak sedar diri,orang ngajar agama pun tak gi..


Selamat membaca dan mengamalkannya

Wasalam

Kenali umur Nabi-Nabi kita


Assalamualaikum wbt

Ini adalah pesanan daripada Ustaz idola saya.....jom kita baca

Umur orang yang kita sayang biasanya kita tahu dan ingat, tapi adakah kita tahu umur para nabi? Baiklah, hari ini yang tidak tahu akan tahu, yang dah tahu sebarkanlah kepada teman lain :)

*umur umat Nabi Muhammad saw di antara umur 60 hingga 70tahun.
 
 share dan like banyak2 selepas awak semua baca eh

sekian wasalam

Sabtu, 17 Mac 2012

Tanda-tanda Kiamat

Assalamualaikum..sedikit perkongsian note kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Masjid al-Taqwa,Batu Enam. (15/03/2012)
                                                  -Kitab Hadith 40- " Tanda-tanda Kiamat "



1. Kiamat adalah tanda akhirnya alam ini,rosak dan binasa.Semua yg ada di alam ini akan rosak musnah.


2. Salah satu tanda kiamat ialah alam ini lari dari aturannya.


3. Bila dunia hampir kiamat akan b,lakulah fitnah besar,iaitu fitnah alam yakni kekacauan akan b'laku pd dunia seperti seorang anak yg menyusahkan ayahnya.

4. Sabda Rasulullah s.a.w : "akan dtg satu masa seorang lelaki yg beriman diwaktu pagi tetapi menjadi kafir diwaktu petang ".

5. Antaranya lg,seorang islam yg mengaku beriman tetapi menentang hukum-hukum Allah..

6. Dlm satu Hadith,Nabi bersabda " di akhir zaman begitu cpt umatku menjadi kafir seperti panah meninggal busurnya".Beginilah yg b'laku sekarang,rmai yg m'jd kafir hanya dgn sepatah perkataan.

7. Kadang-kadang dgn kejahilan juga boleh memurtadkan seseorang yakni dgn perbuatan dan percakapan.


8. Diantaranya lagi tanda nk kiamat ada orang yg tukar agama dan ambik dunia iaitu para ilmuan agama yg tahu hukum hakam tetapi mendiamkan diri.Bimbang pendapatan dan hartanya terjejas.Perbuatan inilah yg dipanggil menjual agama.


9. Ahli agama seperti mufti yg tak berani nak keluarkan fatwa tentang kemungkaran maka hasil pendapatan bulanannya seperti memakan api Neraka kerana mendiamkan diri,mereka ini digelar syaitan bisu.


10. Duit menjadi raja,manusia sanggup lakukan apa saja kerana duit.Semua b'kehendakkan duit tak kira tua atau muda sampai lupa dan gadai perintah agama.


11. Takutlah hanya pada Allah,jgn takut pada manusia.Rezeki Allah yg tentukan,bukan manusia..takut pada manusia bererti menempah Neraka.


12. Tidak datang hari Kiamat itu sehingga masa menjadi t'lalu pendek..dulu dlm waktu sehari kite rasa lama je,tp skrg tgk la..kejap je..sedar2 mati dah kita ni..perjalanan masa sama je dulu dan sekarang,tetapi Allah buat perasaan kita ni rasa masa itu b'lalu dgn pantas..





Sekian Wallahualam

7 Sebab Isteri harus di hargai....


Assalamualaikum wbt
 Untuk para suami dan baru yg nak jadi suami ......(o_O)
Berikut ini saya senaraikan 7 sebab mengapa seorang isteri itu patut dihargai.

1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).

2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.

3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.

4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.

5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.

6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.

7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.

Sebenarnya ada banyak lagi sebab-sebab lain. Tapi cukuplah saya senaraikan 7 sebab tu.


Suami selepas solat doa lah untuk isteri kita dgn sebarang doa ...
"Wahai Dzat Yang Maha Perkasa Kutitipan anak istriku kepadaMu, Jagalah mereka Ya Allah Seperti Engkau telah menjaga Ismail dan ibunya Di tengah gurun pasir tiada bertepi.
Ya Allah, Dampingi istriku yg sholehah ini, agar kemudian Engkau akan menguatkan hatinya, melapangkan dadanya... Amin

sumber:Koleksi short note UAI

Rabu, 14 Mac 2012

Bertasbihlah menggunakan 'alat' yang boleh kita bawa masuk ke kubur




bawa PERALATAN semasa datang ke DUNIA dan isikan dengan KELENGKAPAN untuk balik ke AKHIRAT...

Peralatan Tubuh badan Yg boleh diisi :
1. NAFAS - Isikan dengan Kalimah
2. ANGGOTA - Isikan Wuduk
3. HATI - Isikan dengan IMAN
4. KEPALA - Isikan dengan ILMU
5. JARI - Isikan dengan Bilangan Zikir
6. MULUT - Isikan dengan Al-Quran
7. TELINGA - Isikan dengan Kuliah
8. MATA - Isikan dengan 3 Pandangan yg dapat PAHALA
9. KAKI - Isikan dengan perjalanan ke Masjid

❝ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati,tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. ❞ -Surah al-A'raaf :179-

Jumaat, 13 Januari 2012

Ustaz Azhar Idrus Pesan....

Assalamualaikum wbt

Saya mewakilkan pesanan drp UAI untuk semua "hey lady"

Jemput tatap



yang Buruk jadikan sempadan
 
sekian wasalam

IKLAN 3