IKLAN

Rabu, 11 Mei 2011

heliza helmi

http://www.facebook.com/helizahelmi

saya akui HELIZA HELMI adalah idola saya.... beliau adalah antara artis yg mempunyai KELAS tersendiri.Fesyen pakaiannya yang sangat sopan membuatkan saya ingin mengikuti perkembangan dirinya dan aktiviti beliau kebanyakannya memberi motivasi ..... banyak doa2 yang beliau kongsikan.... di FBnya..... thanks

PBS tahun 1 matapelajaran Bahasa Inggeris

Sekali lagi saya dipanggil untuk menghadiri taklimat TAKLIMAT PENATARAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA INGGERIS.Pentaksiran PBS adalah penambahbaikan kepada UPSR menjelang 2016.Dalam taklimat yang disampaikan saya dan rakan-rakan guru yang lain telah diminta untuk menubuhkan kawatankuasa PBS diperingkat sekolah. Penolong Kanan 1 adalah ketua pentaksir peringkat sekolah.Jawatankuasa adalah terdiri daripada

  1. ketua panitia yang dilantik(pentaksiran sekolah)
  2. guru pembimbing dan kaunseling (pentaksir psikometrik)
  3. Guru penolong yang dilantik (pentaksir Aktiviti,Jasmani,Sukan dan Kokurikulum)
  4. Guru cemerlang
  5. Setiausaha peperiksaan
pentaksiran adalah terbahagi kepada 2 cara iaitu 
  • formatif
Pentaksiran formatif hendaklah dijalankan secara berkala dari Januari hingga Disember.Guru-guru boleh menjalankan pentaksiran sama ada bulanan atau setiap kali habis topik yang diajar.Guru-guru hendaklah menjalankan pentaksiran apabila pelajar sudah bersedia untuk di taksir. Mereka hendaklah ditaksirkan bebrapa kali sebelum guru memberi gred yang sesuai kepada murid-murid . Gred adalah terdiri daripada band 1 hingga band 6
  • sumatif
Pentaksiran sumatif akan dilakukan 2 kali setahun iaitu peperiksaan MEI dan OKTOBER.sumatif juga adalah kesimpulan dari markah formatih yang diberi oleh guru.

 

Isnin, 9 Mei 2011

KELAS TAMBAHAN

SEMUA GURU TAHUN 6 DIMINTA MENGAJAR MENGIKUT JADUAL YG TELAH DIBERIKAN.KELAS TAHUN 6 ABU BAKAR HANYA MEMPUNYAI 38 ORG PELAJAR. KELAS TERSEBUT TELAH DIPECAHKAN KEPADA 4 KUMPULAN . SAYA MENGAJAR KUMPULAN A DAN B. KUMPULAN A 30 MINIT MANAKALA KUMPULAN B 30 MINIT. SAYA DAPATI SAYA DAPAT MEMBERI PERHATIAN KEPADA SETIAP INDIVIDU.PELAJAR SAYA JUGA MUDAH UNTUK BERSOAL JAWAB DENGAN SAYA DAN GURU-GURU TAHUN 6 YANG LAIN.MUDAH MUDAHAN PRESTASI MEREKA AKAN MENINGKAT MENJELANG PEPERIKSAAN BULAN MEI INI


IKLAN 3